Beliau berkata demikian dalam sidang media di persidangan DUN Kedah, semalam.
Jelas Mukhriz, 1MDB memiliki kepentingan sebanyak 51 peratus di dalam perjanjian usahasama tersebut manakala Dana Ekuiti Persendirian Yurus yang diuruskan Dusable memiliki 49 peratus.
Kata Mukhriz, tanah tersebut terletak di belakang Kolej Universiti Insaniah (KUIN) adalah merupakan tanah pertanian kelapa sawit.
Menurut Mukhriz lagi, pada tahun 2014, wakil 1MDB telah bertemu dengan wakil Bina Darulaman Berhad (BDB), anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah untuk tujuan pengambilalihan tanah di Kuala Ketil untuk pembangunan projek tenaga solar tersebut dan 1MDB telah membayar RM3.5 juta sebagai deposit.
sumber : Malaysia kini
No comments:
Post a Comment