sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label AIR MATA MEMALI. Show all posts
Showing posts with label AIR MATA MEMALI. Show all posts

Monday, 4 March 2013

EKSKLUSIF : VIDEO KERAJAAN PAS KEDAH ZALIMI PENDUDUK BUKIT HIJAU , BALING #TukarKedah

Baling 03/03/12 - Akibat tidak tahan dengan masalah air yang di alami lebih dari 100 buah rumah, lebih kurang 100 lebih penduduk Kampung Bukit Hijau telah mengadakan himpunan bantahan kepada Kerajaan Negeri Kedah yang di lihat mengambil sikap lepas tangan dengan permasalahan yang sedang di hadapi penduduk kampung akibat pembalakan yang tidak terkawal.

Menurut penduduk kampung terbabit yang di kenali dengan gelaran Pak Su, Pihak Kerajaan Negeri pernah berjanji sebelum melakukan pembalakan akan mengambil balak di bahagian bawah dari kawasan takungan air masyarakat Kampung Bukit Hijau. Namun apa yang terjadi selepas pembalakan adalah sebaliknya .

Janji hanya tinggal janji apabila pembalakan tetap berlaku di bahagian atas yang menjadi tempat takungan air Masyarakat yang di gunakan seharian penduduk kampung tersebut.

Apabila di tanya soalan " Apakah wakil Kerajaan Negeri kedah atau YB di kawasan tersebut yang mewakili PAS Kedah pernah tampil menyelesaikan permasalahan yang di hadapi penduduk kampung berkenaan ??

" Wakil dari Kerajaan Negeri tidak pernah tampil menyelesaikan permasalahan ini. Malahan Wakil Rakyat kawasan tersebut yang mewakili PAS tidak pernah mengambil tahu permasalahan air yang sedang di hadapi penduduk kampung " katanya.

Melalui tinjauan yang di buat pihak Team Media Kedah. Kawasan tersebut telah di penuhi dengan kayu-kayu balak lama di kawasan takungan air masyarakat Kampung Bukit Hijau yang gagal di bawa keluar dan di percayai kayu balak terbabit gagal di lesenkan Jabatan Hutan.

Selain dari permasalahan air, beberapa penduduk kampung juga tampil di berhimpun terbabit adalah di sebabkan kegagalan Kerajaan Negeri menunaikan janji mereka akan memberi geran tanah kepada penduduk kampung yang mengusahakan tanah di kawasan kaki Gunung Inas.


Monday, 28 January 2013

ADUN PAS KUPANG TIPU GERAN TANAH : PAKCIK TUA LUAH PERASAAN BERGOLOK BERGADAI !!!! #SlmtknGngInas #tukarkedah


Pak Tahak antara 110 orang peneroka tanah di kaki Gunung Inas yang ditipu oleh Adun PAS Kupang kerana janji-janji manis YB PAS Kupang berkenaan. Mereka diarahkan membayar bermacam-macam perkara bagi proses untuk mendapatkan geran tanah yang diterokai mereka. 

Ada antara mereka sanggup membayar rm 1000 hingga 10 ribu ringgit untuk mendapatkan geran tanah berkenaan. Bukan bari sebulan atau 2 bulan perkara ini terjadi tetapi sudah hampir 2 tahun penduduk yang membayar kepada pejabat Adun PAS Kupang masih tidak mendapat apa-apa lagi geran atau surat dari pejabat tanah.


Menurut Pak Tahak 70 , beliau terpaksa berhutang dan bergolokgadai bagi menjelaskan rm 10000 untuk mendapatkan geran tanah yang diteroka beliau kepada pejabat Adun PAS Kupang. Pak Tahak ternyata kecewa kerana PAS yang mendaulatkan Islam telah menipu penduduk yang susah seperti beliau dan rakan-rakannya.


Kerana tidak lagi mampu bersabar mereka berkumpul dan berdialog bersama penasihat undang-undang unit media baru iaitu Tun Mohd Ammar dan wakil daripada UMNO bagi mendapat pandangan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku ini.

Mereka sepakat menubuhkan Badan Bertindak bagi menghantar memorandum kepada Menteri Besar Kedah dan membuat laporan POLIS dan SPRM beramai-ramai.

APJ : buat YB Jo , Time kamu sudah berakhir ~~~

Sunday, 16 December 2012

PENDEDAHAN : VIDEO : MARUAH TIDAK BOLEH DIBELI DENGAN AIR MATA MEMALI !! PAS TIDAK TAKUT DENGAN ALLAH !!!


Seorang bekas ahli seumur hidup PAS, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena sebagai CN Al-Afghani mendedahkan PAS telah menandatangani satu perjanjian sulit dengan DAP dan PKR untuk menggugurkan perjuangan hudud dan Negara Islam.

Menurutnya, perjanjian sulit itu ditandatangani pada 18 Disember 2009 di antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita ini ditipu oleh pimpinan. Kalau baca dalam buku saya ini, ada saya sebut, persefahaman pada 18 Disember 2009 telah disebut dan ditandatangani oleh tiga orang pemimpin.

"PAS oleh Tuan Guru Haji Hadi, PKR oleh penasihat dia, dan DAP oleh Lim Kit Siang.

"Apa yang ditandatangani, di antara kandungannya, apabila PR berkuasa di Putrajaya, pemerintahan ini tidak akan menyentuh tentang hudud dan Negara Islam,"dedahnya dalam Wacana Mengembalikan Pas ke Landasan Asal, 11 November.

C.N Al-Afghani sebelum ini pernah menulis buku kontoversi bertajuk " Mohd Sabu Air Mata di Bumi Memali," mendedahkan wujudnya penyelewengan dan penipuan berjuta-juta ringgit milik berpuluh-puluh anak yatim, 14 balu dan 200 mangsa Memali oleh pihak kepimpinan PAS.

Akibatnya, buku tersebut dilarang dijual ketika berlangsungnya Majlis Memperingati 25 Tahun Memali pada November 2010, namun difahamkan saudara mara dan anak-anak mangsa Memali berusaha gigih menjual buku tersebut agar penyelewengan itu terdedah kepada umum.

Menurut penulis, kutipan derma yang dibuat dari tahun 1986 sehingga ke 2001 iaitu selama 15 tahun, tidak pernah dibuat laporan penyata kewangan yang jelas.

Kesannya, pada tahun 2001, salah seorang keluarga mangsa pernah membuat laporan polis tentang penyelewengan tersebut. - MEDAN TEMPUR 







APJ : ALLAH MENGETAHUI SETIAP APA KAMU LAKUKAN 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...