sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label CIKGU NON. Show all posts
Showing posts with label CIKGU NON. Show all posts

Friday, 5 April 2013

Thursday, 4 April 2013

GEMPAR !!! CIKGU NON DISERANG DI MEMALI !!! CEHH PAS TERKUTUK !!! #PRU13 #TukarKedah


Seperti yang kita jangka, sudah tentu kedatangan Cikgu Non berceramah di Kampung Memali akan diganggu oleh tegar Pas yang dunggu. Namun Cikgu Non tenang, sambil mencabar 'makhluk' yang cuba menganggu ceramah beliau.

Jika terbukti saya membuat kesilapan, moga sedia ada yang membetulkannya. Saya mewakilkan diri untuk mencari titik kebenaran dan perpaduan ummah. Biarlah kita sama-sama seiring bersama orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah.

Sesuai dengan apa yang saban hari kita membaca dan berdoa kepada Allah pada akhir surah Fatihah,‘Bimbinglah kami ke jalan yang lurus. Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang dimurkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat.’

Pendedahan tentang keresahan ini sebenarnya mewakili ribuan lagi ahli-ahli Pas yang kurang senang dengan perkembangan politik tanah air sekarang. Ribuan ahli Pas sedang bingung dengan perubahan sikap pimpinan mereka. Bagaimanapun, ada sesuatu yang menghalang mereka dari membuat teguran.

Majoriti ahli Pas berpegang kepada daripada mendatangkan mudarat yang besar, biarlah kekal mudarat yang kecil. Oleh itu diam, tutup mulut. Kalau bising-bising dekat luar, jadilah nasib seperti Dato’ Dr. Hasan Ali yang dihumban keluar dari tingkap Pas.


jom lagi hebat disini 

Sunday, 16 December 2012

PENDEDAHAN : VIDEO : MARUAH TIDAK BOLEH DIBELI DENGAN AIR MATA MEMALI !! PAS TIDAK TAKUT DENGAN ALLAH !!!


Seorang bekas ahli seumur hidup PAS, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena sebagai CN Al-Afghani mendedahkan PAS telah menandatangani satu perjanjian sulit dengan DAP dan PKR untuk menggugurkan perjuangan hudud dan Negara Islam.

Menurutnya, perjanjian sulit itu ditandatangani pada 18 Disember 2009 di antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita ini ditipu oleh pimpinan. Kalau baca dalam buku saya ini, ada saya sebut, persefahaman pada 18 Disember 2009 telah disebut dan ditandatangani oleh tiga orang pemimpin.

"PAS oleh Tuan Guru Haji Hadi, PKR oleh penasihat dia, dan DAP oleh Lim Kit Siang.

"Apa yang ditandatangani, di antara kandungannya, apabila PR berkuasa di Putrajaya, pemerintahan ini tidak akan menyentuh tentang hudud dan Negara Islam,"dedahnya dalam Wacana Mengembalikan Pas ke Landasan Asal, 11 November.

C.N Al-Afghani sebelum ini pernah menulis buku kontoversi bertajuk " Mohd Sabu Air Mata di Bumi Memali," mendedahkan wujudnya penyelewengan dan penipuan berjuta-juta ringgit milik berpuluh-puluh anak yatim, 14 balu dan 200 mangsa Memali oleh pihak kepimpinan PAS.

Akibatnya, buku tersebut dilarang dijual ketika berlangsungnya Majlis Memperingati 25 Tahun Memali pada November 2010, namun difahamkan saudara mara dan anak-anak mangsa Memali berusaha gigih menjual buku tersebut agar penyelewengan itu terdedah kepada umum.

Menurut penulis, kutipan derma yang dibuat dari tahun 1986 sehingga ke 2001 iaitu selama 15 tahun, tidak pernah dibuat laporan penyata kewangan yang jelas.

Kesannya, pada tahun 2001, salah seorang keluarga mangsa pernah membuat laporan polis tentang penyelewengan tersebut. - MEDAN TEMPUR 







APJ : ALLAH MENGETAHUI SETIAP APA KAMU LAKUKAN 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...