Semua lakonan 3 sahabat ini tidak sedikitpun menjemukan sesiapa sahaja yang menonton , bagi saya sendiri , saya melihat betapa hebatnya mereka hinggakan anak-anak saya yang berumur 8 dan 7 tahunpun meminati dan ketawa melihat lakonan 3 sahabat ini. Aura mereka tidak mati ditelan zaman.
Sememangnya mereka tidak ada penganti , mereka memartabatkan filem-filem Melayu , lakonan mereka penuh maksud tang tersirat. Walaupun ada yang buta huruf dan hanya menghafal dailog tetapi hasilnya gah hingga kini.
Pagi tadi adalah penamat dan berakhirlah kisah terakhir Ajis ( Datuk Abdul Aziz Sattar ) merupakan kehilangan besar kepada dunia seni tanah air.
Abdul Aziz, 89, meninggal dunia di Hospital Kajang awal hari ini setelah mengalami serangan jantung.
Pelakon protagonis dan pelawak dalam siri filem Melayu Bujang Lapok itu meninggal dunia pada kira-kira pukul 2 pagi, menurut anak perempuannya Sandakiah.
Saya yakin dan pasti , Ramli , Sudin dan Ajis akan dikenang sampai bila-bila oleh anak bangsa. Besar sungguh pengorbanan mereka .

Selamat Malam Ramli , Sudin dan Ajis , semoga ditempatkan bersama orang yang beriman. - Al-Fatihah