sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label P RAMLEE. Show all posts
Showing posts with label P RAMLEE. Show all posts

Wednesday, 7 May 2014

LENGKAPLAH SUDAH 3 SAHABAT MENGADAP ILAHI - AL-FATIHAH


Ternoktah sudah kisah perjalanan seni 3 sahabat dan bintang lagenda filem Melayu tanah air pergi mengadap Maha Pencipta . Di mulai dengan Seniman Agung P Ramlee diikuti Sudin  dan semalam Ajis .

Semua lakonan 3 sahabat ini tidak sedikitpun menjemukan sesiapa sahaja yang menonton , bagi saya sendiri , saya melihat betapa hebatnya mereka hinggakan anak-anak saya yang berumur 8 dan 7 tahunpun meminati dan ketawa melihat lakonan 3 sahabat ini. Aura mereka tidak mati ditelan zaman.

Sememangnya mereka tidak ada penganti , mereka memartabatkan filem-filem Melayu , lakonan mereka penuh maksud tang tersirat. Walaupun ada yang buta huruf dan hanya menghafal dailog tetapi hasilnya gah hingga kini. 

Pagi tadi adalah penamat dan berakhirlah kisah terakhir  Ajis (  Datuk Abdul Aziz Sattar ) merupakan kehilangan besar kepada dunia seni tanah air.

Abdul Aziz, 89, meninggal dunia di Hospital Kajang awal hari ini setelah mengalami serangan jantung.

Pelakon protagonis dan pelawak dalam siri filem Melayu Bujang Lapok itu meninggal dunia pada kira-kira pukul 2 pagi, menurut anak perempuannya Sandakiah.

Saya yakin dan pasti , Ramli , Sudin dan Ajis  akan dikenang sampai bila-bila oleh anak bangsa. Besar sungguh pengorbanan mereka . 

Selamat Malam Ramli , Sudin dan Ajis , semoga ditempatkan bersama orang yang beriman. - Al-Fatihah

Tuesday, 4 June 2013

VIDEO SEDIH : PERGINYA SENIMAN AGUNG S SHAMSUDDIN - AL-FATIHAH


Hari ni kita kehilangan seorang lagi tokoh seni tanah air iaitu seniman S.Shamsuddin . Beliau meninggal dunia pada pukul 10.56 pagi tadi di kediamannya di Bukit Batok Avenue , Jurong , Singapura.

Kita sedia maklum Allahyarham sememangnya terkenal semenjak era P.Ramlee lagi . Lakonannya yang tidak lapok di tenggelam zaman seperti Ali Baba Bujang Lapok , Seniman Bujang Lapok dan macam-macam lagi.

Semoga Rohnya dicucuri rahmat Allah . Al- Fatihah .


Sedikit tentang Allahyarham

Shamsudin bin Dali atau lebih kenali sebagai S. Shamsudin merupakan pelakon komedi terkenal filem Melayu terutama era Studio Jalan Ampas di Singapura. Beliau kelahiran Singapura dan tinggal di rumah anak bongsunya di flet Bukit Batok, Singapura. S. shamsudin dilahirkan pada 1 Januari 1929

Beliau seangkatan dengan seniman agung Allahyarham P Ramlee, Allahyarham A R Tompel dan Datuk Aziz Satar, dan telah berlakon dalam lebih 30 filem sejak 1948. 

Shamsudin berkahwin dengan Puteh Esmoon pada 1954 mempunyai tujuh anak dan 14 cucu. 

Pada 26 Jun 2010 ,Bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Datuk Mustafa Maarof dan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Mohd Mahyidin Mustakim melawat S Shamsuddin. Sumbangan RM10,000 dari dana Finas turut diberikan. 



DI MANA KAN KU CARI GANTI 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...