sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label BLACK 505. Show all posts
Showing posts with label BLACK 505. Show all posts

Monday, 24 June 2013

PANAS !!! HUSAM AMBIK 10 PEGUAM KES KENA TAHAN !!! KAYA MAK DATUK DIA NIH !!! #Blackout505




Dengar cerita Husam Musa dikenakan perintah tahan reman selama dua hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) semalam. 
Perintah dikeluarkan Majistret Nik Habri Muhamad bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948. Reman ke atas beliau berkuat kuasa hari ini sehingga esok.

Husam yang ditahan di Kampung Pandan Ampang, jam 4 petang semalam, dipercayai berkait kenyataan disiar media rasmi Pas, meminta orang ramai menyertai himpunan Black505 di Padang Merbok, di Kuala Lumpur, semalam.

Husam telah mengeluarkan fatwanya  “Andai kata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, InsyaAllah ia adalah syahid fi sabillah”.
Bila dah kena tangkap macam-macam la penyakit datang, dengar kata  keadaan kesihatan Husam tidak berapa baik dan sudah tiga hari demam serta menghidap gastrik serius. Hihi nasib baik tak kena sawan kambing . 

Nak tambah panas lagi gempar Husam diwakili 10 peguam dan lima daripadanya iaitu, Hisham, Rashid Yah, Shahruddin Mohamad, Nik Baharom Nik Abdullah dan Wan Razak Wan Dollah hadir di IPD, semalam. Wahhh , kaya sungguh Husam ni ya , kata tak dak duit tapi boleh ambik 10 peguam tu !!! berapa bayar tu der ?? atau depa bagi free untung-untung dapat pahala ke syurga !! huh 

Saturday, 22 June 2013

TERKINI !!! PADAH MENANTI JIKA BUAT KECOH !!!! #Blackout505 #TolakPR

Polis larang orang awam sertai Black 505

Datuk Mohmad Salleh

KUALA LUMPUR - Pihak polis melarang orang awam untuk menyertai perhimpunan 'Blackout 505' yang bakal diadakan di Padang Merbok, esok.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan petang tadi, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, keputusan ini terpaksa dibuat kerana polis mendapat maklumat perhimpunan akan menjadi kacau-bilau.

"Kami mendapat maklumat bahawa pihak penganjur sudah mengarahkan para peserta perhimpunan itu untuk mewujudkan provokasi di Padang Merbok dan tujuh lokasi perjumpaan mereka," katanya.

Beliau berkata, tujuan provokasi itu dicetuskan untuk menimbulkan huru-hara di sekitar Kuala Lumpur.

"Apabila huru-hara berlaku, mereka akan menyebarkan gambar atau video provokasi ini melalui media massa termasuk internet untuk menunjukkan pihak berkuasa menggunakan kekerasan bagi menangani perhimpunan ini," katanya.

Sehubungan dengan itu Mohmad berkata, orang ramai tidak perlu menyertai perhimpunan itu kerana ianya jelas menunjukkan penganjur mahu mencetuskan provokasi antara peserta perhimpunan dan polis.

Katanya, perhimpunan esok salah dari segi undang-undang kerana ia bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman 2012 dan pihak polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada sesiapa yang melakukan kekecohan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihak polis tidak menutup mana-mana jalan yang terlibat dalam perhimpunan itu.

Antara jalan yang akan menjadi tempat berkumpul peserta perhimpunan sebelum ke Padang Merbok ialah Brickfields, Masjid Negara, Jalan Pudu, Jalan Raja Laut, Universiti Malaya, Sogo dan Pekeliling.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...