sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label BLACKOUT505. Show all posts
Showing posts with label BLACKOUT505. Show all posts

Saturday, 22 June 2013

TERKINI !!! PADAH MENANTI JIKA BUAT KECOH !!!! #Blackout505 #TolakPR

Polis larang orang awam sertai Black 505

Datuk Mohmad Salleh

KUALA LUMPUR - Pihak polis melarang orang awam untuk menyertai perhimpunan 'Blackout 505' yang bakal diadakan di Padang Merbok, esok.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan petang tadi, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, keputusan ini terpaksa dibuat kerana polis mendapat maklumat perhimpunan akan menjadi kacau-bilau.

"Kami mendapat maklumat bahawa pihak penganjur sudah mengarahkan para peserta perhimpunan itu untuk mewujudkan provokasi di Padang Merbok dan tujuh lokasi perjumpaan mereka," katanya.

Beliau berkata, tujuan provokasi itu dicetuskan untuk menimbulkan huru-hara di sekitar Kuala Lumpur.

"Apabila huru-hara berlaku, mereka akan menyebarkan gambar atau video provokasi ini melalui media massa termasuk internet untuk menunjukkan pihak berkuasa menggunakan kekerasan bagi menangani perhimpunan ini," katanya.

Sehubungan dengan itu Mohmad berkata, orang ramai tidak perlu menyertai perhimpunan itu kerana ianya jelas menunjukkan penganjur mahu mencetuskan provokasi antara peserta perhimpunan dan polis.

Katanya, perhimpunan esok salah dari segi undang-undang kerana ia bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman 2012 dan pihak polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada sesiapa yang melakukan kekecohan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihak polis tidak menutup mana-mana jalan yang terlibat dalam perhimpunan itu.

Antara jalan yang akan menjadi tempat berkumpul peserta perhimpunan sebelum ke Padang Merbok ialah Brickfields, Masjid Negara, Jalan Pudu, Jalan Raja Laut, Universiti Malaya, Sogo dan Pekeliling.

Friday, 21 June 2013

PANAS !!! KHALID ISMATH SYIAH UGUT POLIS !! KURANG AJAR !! @PDRMsia #Blackout505



"Kjayaan hmpunan sbtu ni ialah apabila 3 trak polis brjaya dterbalikkan, 2 water cannon berjaya ditumbangkan dan 3 bas FRU berjaya dipunahkan"

Ini adalah satu peragai kurang ajar oleh makhluk syiah Malaysia. Berani mencabar dan memberi amaran kepada pihak berkuasa !! sampai bila kita harus bersabar dengan adanya manusia seperti ini? 

Sanggupkah kita melihat mereka terus berleluasa dengan sikap kurang ajar dan hanya mahu hancurkan negara ini?

Undang-undang dilanggar macam tu saja seolah Malaysia ni dah tak ada undang-undang. Seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan berharap kerajaan dan pihak berkuasa ambil tindakkan bagi membendung perkara ini sebelum semuanya hancur.

Inilah akibat kerajaan mengikut kehendak pembangkang untuk menghapuskan ISA dan mereka boleh melakukan apa saja demi kepentingan politik mereka. 



Saturday, 8 June 2013

PANAS !!! YAHUDI BARATPUN KENA JUGAK DENGAN NUAR !! ADOii !! #Blackout505

KUASA BARAT PUN KENA TIPU 


Macam mana Anwar tipu barat untuk dapatkan sumber kewangan dengan berjanji akan jadi PM Malaysia.

1. Selepas menjelajah ke seluruh negara untuk membantah kerana gagal menjadi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kini sedar dirinya semakin dipinggirkan oleh sekutu-sekutunya.

2. Pembentukan kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Kelantan sehari selepas keputusan Piliha Raya Umum ke-13 diumumkan menunjukkan bermula pada peringkat awal lagi Pas dan Dap sependapat dengan Anwar.

3. Anwar meroyan kerana terlepas peluang terakhir menjadi Perdana Menteri tetapi bagi Pas dan Dap walaupun kalah untuk ke Putrajaya mereka tetap berpuas hati dengan prestasi masing-masing dalam PRU lalu.

4. Kini Anwar seolah-olah bercakap seorang diri dengan dibantu oleh beberapa kerat pemimpin PKR yang masih taksub dengan mimpi buruknya untuk menyalahkan Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan Raya atas kegagalannya.

5. Pengundi Cina tertipu dengan janji Anwar sehingga 97 peratus daripada mereka mengundi Dap tanpa mengambil kira apa bentuk tindak balas daripada orang Melayu yang melihat tindakan mereka itu sebagai satu pengkhianatan paling besar.

6. Himpunan-himpunan haram yang diadakan dihadiri kebanyakan orang muda Cina yang masih menaruh kepercayaan kepada Anwar walaupun mereka sedar telah ditipu.

7. Penyokong-penyokong Pas khususnya kini boleh dibilang dengan jari pada Himpunan 505 bagi menentang keputusan pilihan raya.

8. Bukan sahaja penyokong pembangkang telah ditipu hidup-hidup oleh Anwar malah kawan-kawan Baratnya turut juga kena kencing.

9. Melihat kepada keadaan ini, media Barat dan suara-suara pelobi Yahudi yang dahulunya kuat menyokong agenda Anwar sudah mudah menarik diri secara perlahan.

10. Umpamanya pendedahan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengenai sikap Anwar yang mungkir janji terhadap perjanjian beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menyerlahkan lagi kepada pihak Barat bahawa beliau bukannya seorang individu yang boleh dipercayai untuk menjayakan agenda mereka.

11. Sikap Anwar yang sukar berpegang apa-apa janji yang dibuat menyukarkan lagi pihak Barat yang selama ini mendokongnyya dari segi moral dan material untuk terus berbuat demikian.

12. Malah tindakan Jusuf untuk membuat pendedahan pengkhianatan Anwar terhadap janji tersebut melalaui akhbar berpengaruh Wall Street Journal sebenarnya mempunyai mesej yang tersirat.

13. Jusuf seolah-olah mahu memberitahu kepada Amerika Syarikat dan negara Barat yang lain supaya sedar diri bahawa sudah tiba masanya mereka meninggalkan Anwar seorang diri dengan fantasinya untuk menjadi pemimpin Malaysia.

14. Agenda Barat untuk melihat Anwar sebagai patung bernyawa yang boleh dieksploitasi bagi kepentingannya di negara ini sudah sampai ke penghujung jalan.

15. Bagi Barat Anwar kini dilihat lebih banyak liabilitinya daripada faedah untuk terus menyokong beliau.

16. Mungkin mesej yang ingin disampaikan oleh Jusuf telah difahami mereka lalu tidak lama setelah temuramah WSJ, majalah Economist yang dianggap jurucakap Barat menyuarakan sentimen bahawa pada usia 66 tahun, masa tidak lagi menyebelahi Anwar untuk menerusikan kempennya bagi pihak Barat.

17. Malah Economist melihat masa depan politik Anwar semakin malap apabila beliau gagal memimpin pakatan pembangkang menumbangkan BN.

18. Barat melihat kegagalan Anwar pada PRU13 sebagai bukti kukuh bahawa harapan yang mereka sandarkan kepada beliau sejak 40 puluh lalu tidak membuahkan hasil yang diharapkan.

19. Sejak 1998 ketika Anwar dipecat, pihak Barat dilihat begitu kuat menyokong agenda reformasi beliau sehingga media Barat tidak segan silu menganggap bekas pemimpin Abim itu sebagai 'West's best ever friend' atau kawan paling akrab Barat.

20. Mungkin pada masa itu Barat memandang rendah kemampuan BN di bawah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertahan dan yakin Anwar mampu menumbang kerajaan melalui rusuhan jalanannya.

21. Namun jangkaan Barat pada ketika itu meleset kerana Anwar terus dihumban ke dalam penjara Sg Buloh tetapi tetap lagi berharap akan kejayaan anak emas mereka itu.

22. Setelah dibebaskan pada 2004 dan bergiat semula pada 2008, Anwar terus menjanjikan kejayaan kepada Barat bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri akhirnya tetapi pada 2013 juga cubaannya gagal.

23. Ini adalah usaha terakhir beliau dan besar kemungkinan tidak ada lagi peluang seterusnya untuk merealisasikan impiannya.

24. Mungkin juga pihak Barat kini sedang mengintai-intai siapa tokoh politik di kalangan pembangkang yang boleh dibela bagi kepentingan mereka di rantau ini namun yang pasti ia bukan lagi orang yang bernama Anwar. 

kredit : kedah ke kl 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...