sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label DUN SUNGAI TIANG. Show all posts
Showing posts with label DUN SUNGAI TIANG. Show all posts

Friday, 21 June 2013

WAKIL RAKYAT PENDANG HARUS SEGARKAN PEKAN JENUN DARI TERUS MUNDUR !!! @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah

Bangunan rumah kedai reput jejas imej Pekan Jenun

Sebagai anak jati Pendang Apj sedih jugak tengok tiada pembangunan yang  dilaksanakan terutama di Dun Sungai Tiang. Jika dari Guar Chempedak ke Pendang melalui jalan Bukit Jenun kita boleh lihat dan terjumpa satu deretan rumah kedai yang dimiliki oleh kaum Cina dan Melayu di pekan Bukit Jenun. 

Pekan yang dikatakan berusia lebih 100 tahun ini seperti dulu juga tiada perubahan dari segi bentuk dan rupa, cuma yang berubah hanyalah struktur bangunan yang 20 tahun dahulu kelihatan utuh dan kini semuanya hampir reput dan roboh.  

Apakah tiada langsung pelan atau kemajuan yang mahu dirancangkan dikawasan ini ? atau terus membiarkan pekan ini seperti pekan koboi di zaman Jepun dahulu ? Tidak layakkan penduduk sekitar kawasan ini menikmati pembangunan seperti tempat lain ? 

Baru-baru ini wartawan sinar ada membuat liputan kawasan ni dan laporan seperti dibawah , malu juga sebagai anak Pendang lihat keadaan sama seperti 20 tahun dulu di tempat sendiri. 

Penduduk sekitar Bukit Jenun mencadangkan bangunan rumah kedai yang reput dan terbiar di simpang tiga pekan di sini perlu dirobohkan kerana menjejaskan imej kawasan itu yang sedang membangun.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Jenun, Sharif Kassim berkata, penduduk mencadangkan supaya lapan rumah kedai di persimpangan itu dirobohkan dan didirikan bangunan baru dengan persetujuan pemilik tanah.

“Semua rumah kedai ada 18 unit namun hanya lapan sahaja yang reput dan terbiar usang sekian lama dan ia mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya.

“Bahagian belakang bangunan itu sudah runtuh manakala bahagian depan sahaja yang hanya menunggu masa untuk rebah menyembah bumi,” katanya.

Sharif berkata, orang ramai bimbang runtuhan bangunan itu mengena pada pengguna laluan kerana kedudukan bangunan yang berhampiran jalan raya.

Katanya, Majlis Daerah Pendang (MDP) sudah mengeluarkan arahan bahawa bangunan itu tidak selamat untuk diduduki lebih setahun lalu memandangkan bangunan itu berusia lebih 100 tahun.

“Cadangan merobohkan dan mendirikan bangunan baru di persimpangan itu dengan persetujuan pemilik tanah adalah tindakan yang baik demi kemajuan Pekan Bukit Jenun kerana bangunan itu juga dijadikan lokasi tidur gelandangan.

“Dengan pembinaan premis baru ia boleh menempatkan klinik 1Malaysia, perusahaan industri kecil dan sederhana (IKS), pusat khidmat masyarakat, pusat khidmat wakil rakyat dan pejabat penghulu yang dilihat mampu membawa kemajuan di kawasan ini kerana kedudukan bangunan itu sangat strategik,” katanya. 

Itu artikel yang ditulis oleh wartawan Sinar yang menemuramah seorang Ketua Kampung di Pekan Jenun. Kena ingat di Dun Sungai Tiang adalah kubu kuat Barisan Nasional dan Barisan Nasional menang di Dun ini tatkala Kedah dirampas PAS dahulu , jadi apakah harapan penduduk di Dun ini dipandang sipi atau buat-buat tak nampak. Rakyat juga mahu perubahandan perubahan yang dijanjikan harus ditunaikan. 

Buat pemimpin yang dipilih , hargailah pemintaan penduduk atau jika terasa rumit dan memeningkan biarkan terus banggunan lama di pekan Jenun ni roboh dan menjadi rumah pada anai-anai. Apalah sangat jasa pengundi disini , hanya pesawah , penoreh , dan orang kampung yang tidak mampu merasai arus pembangunan seperti kawasan lain . 

Tuesday, 7 May 2013

GEMPAR LAHANAT !!! MAT SABU TUDUH MASYARAKAT SIAM PENDANG PENGUNDI HANTU ? !!!! Woiii DEPA ANAK MALAYSIA PENDANG BUKAN HANTU !!! CELAKA PUNYA KOMUNIS !!!!!

Sebagai anak jati Pendang aku terasa jugak bila mat syiah ni kata lagu tu kat masyarakat siam yang sememangnya macam saudara mara dengan orang Melayu di Pendang.

 Sudah la dok lari sana sini dan bukan anak tempatanpun mat syiah ni tapi cakap dah serupa dia duk 50 tahun kat Pendang dan kenal semua pengundi masyarakat siam di situ.


Kalau hari-hari turun padang bantu rakyat takpa jugak tapi dekat mengundi baru nampak muka mai dok buat muka tebal kat sini dan bila kalah tuduh hantu sana hantu sini sedangkan dia yang jadi hantu dok hasut dan pecahbelahkan masyarakat Pendang. 

Sudahlah mat syiah oiiii , pergi mampus la hang , mana hang pi orang tolak dah oiiii , dah kena sepak hatrik pun nak dok tebai muka lagi kat sini !!!!

PENDANG - "Saya tidak terima kekalahan lagi."

Itulah yang ditegaskan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang ditewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Othman Abdul bagi kerusi Parlimen Pendang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu tewas pada calon BN itu yang memperoleh 32,165 undi dan menang dengan majoriti 2,638 undi

Mat Sabu sebelum ini kalah dalam dua PRU bagi kerusi Parlimen Kuala Kedah pada 2004 dan Parlimen Kuala Terengganu pada 2008.

Beliau turut meluahkan rasa kecewa kerana gagal mempertahan kerusi Parlimen Pendang yang disandang Datuk Dr Mohd Hayati Othman walaupun kawasan itu telah dikenali ramai sebagai kubu kuat Pas di Kedah.

“Saya kecewa kerana gagal pertahankan Parlimen Pendang namun saya tidak terima kekalahan ini lagi kerana saya akan buat kajian dan semak semula peratus undi Siam.

"Masyarakat Siam yang keluar mengundi di Sungai Tiang adalah luar biasa manakala di Tokai tidak mengalami masalah.

"Kemungkinan ada unsur-unsur penipuan di kawasan itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...