sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label SURAYA YAAKOB. Show all posts
Showing posts with label SURAYA YAAKOB. Show all posts

Wednesday, 21 August 2013

PANAS !!!! SAH SAH SAH ORANG PENDANG SAH LAWAN !!!! @suraya_yaacob @MukhrizMahathir @NajibRazak


Ketua Wanita Umno Bahagian Pendang merangkap Exco Wanita Umno Malaysia, Datuk Suraya Yaacob menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Ketua Wanita Umno Malaysia pada pemilihan parti Oktober depan.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah membuat keputusan itu selepas mendapat sokongan banyak pihak termasuk ahli dan pimpinan wanita negeri.

“Saya menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Ketua Wanita Umno Malaysia dan menghormati keputusan Datuk Seri Azalina Othman Said untuk bertanding jawatan berkenaan.

“Saya sudah buat keputusan sejak dua minggu lalu. Cuma ada beberapa persepsi yang saya tidak berasa selesa,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Wisma Darul Aman, semalam.

Tuesday, 13 August 2013

PEHHH !!!! BARISAN WANITA UMNO BAKAL BERUBAH !!! AZALINA UCAP TAHNIAH PADA YB SURAYA YAACOB !!! @NajibRazak @suraya_yaacob @azalina


Jawatan dalam Wanita Umno tidak kurang hebatnya untuk diperkatakan menjelang Pemilihan Umno nanti , sudah mula kedengaran mereka-mereka yang mahu menawarkan diri untuk bertanding dan merubah kisah hitam yang berlaku dalam Wanita Umno setelah Ketua Wanitanya terpalit dengan scandal NFC dulu.

Friday, 21 June 2013

WAKIL RAKYAT PENDANG HARUS SEGARKAN PEKAN JENUN DARI TERUS MUNDUR !!! @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah

Bangunan rumah kedai reput jejas imej Pekan Jenun

Sebagai anak jati Pendang Apj sedih jugak tengok tiada pembangunan yang  dilaksanakan terutama di Dun Sungai Tiang. Jika dari Guar Chempedak ke Pendang melalui jalan Bukit Jenun kita boleh lihat dan terjumpa satu deretan rumah kedai yang dimiliki oleh kaum Cina dan Melayu di pekan Bukit Jenun. 

Pekan yang dikatakan berusia lebih 100 tahun ini seperti dulu juga tiada perubahan dari segi bentuk dan rupa, cuma yang berubah hanyalah struktur bangunan yang 20 tahun dahulu kelihatan utuh dan kini semuanya hampir reput dan roboh.  

Apakah tiada langsung pelan atau kemajuan yang mahu dirancangkan dikawasan ini ? atau terus membiarkan pekan ini seperti pekan koboi di zaman Jepun dahulu ? Tidak layakkan penduduk sekitar kawasan ini menikmati pembangunan seperti tempat lain ? 

Baru-baru ini wartawan sinar ada membuat liputan kawasan ni dan laporan seperti dibawah , malu juga sebagai anak Pendang lihat keadaan sama seperti 20 tahun dulu di tempat sendiri. 

Penduduk sekitar Bukit Jenun mencadangkan bangunan rumah kedai yang reput dan terbiar di simpang tiga pekan di sini perlu dirobohkan kerana menjejaskan imej kawasan itu yang sedang membangun.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Jenun, Sharif Kassim berkata, penduduk mencadangkan supaya lapan rumah kedai di persimpangan itu dirobohkan dan didirikan bangunan baru dengan persetujuan pemilik tanah.

“Semua rumah kedai ada 18 unit namun hanya lapan sahaja yang reput dan terbiar usang sekian lama dan ia mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya.

“Bahagian belakang bangunan itu sudah runtuh manakala bahagian depan sahaja yang hanya menunggu masa untuk rebah menyembah bumi,” katanya.

Sharif berkata, orang ramai bimbang runtuhan bangunan itu mengena pada pengguna laluan kerana kedudukan bangunan yang berhampiran jalan raya.

Katanya, Majlis Daerah Pendang (MDP) sudah mengeluarkan arahan bahawa bangunan itu tidak selamat untuk diduduki lebih setahun lalu memandangkan bangunan itu berusia lebih 100 tahun.

“Cadangan merobohkan dan mendirikan bangunan baru di persimpangan itu dengan persetujuan pemilik tanah adalah tindakan yang baik demi kemajuan Pekan Bukit Jenun kerana bangunan itu juga dijadikan lokasi tidur gelandangan.

“Dengan pembinaan premis baru ia boleh menempatkan klinik 1Malaysia, perusahaan industri kecil dan sederhana (IKS), pusat khidmat masyarakat, pusat khidmat wakil rakyat dan pejabat penghulu yang dilihat mampu membawa kemajuan di kawasan ini kerana kedudukan bangunan itu sangat strategik,” katanya. 

Itu artikel yang ditulis oleh wartawan Sinar yang menemuramah seorang Ketua Kampung di Pekan Jenun. Kena ingat di Dun Sungai Tiang adalah kubu kuat Barisan Nasional dan Barisan Nasional menang di Dun ini tatkala Kedah dirampas PAS dahulu , jadi apakah harapan penduduk di Dun ini dipandang sipi atau buat-buat tak nampak. Rakyat juga mahu perubahandan perubahan yang dijanjikan harus ditunaikan. 

Buat pemimpin yang dipilih , hargailah pemintaan penduduk atau jika terasa rumit dan memeningkan biarkan terus banggunan lama di pekan Jenun ni roboh dan menjadi rumah pada anai-anai. Apalah sangat jasa pengundi disini , hanya pesawah , penoreh , dan orang kampung yang tidak mampu merasai arus pembangunan seperti kawasan lain . 

Monday, 13 May 2013

ITU DIAA !!!! BARISAN EXCO NEGERI KEDAH HEBAT !!!!! #HanyaDiKedah

       

ALOR SETAR – Seramai lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah dijadual mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu di Istana Anak Bukit di sini Rabu ini.
Upacara mengangkat sumpah dijadual berlangsung di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah pada pukul 10 pagi.
Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir pagi semalam mengadakan pertemuan dengan ADUN Barisan Nasional (BN) di Wisma Darul Aman di sini.
Pertemuan tertutup itu antara lain dipercayai mempunyai kaitan dengan pemilihan barisan Exco Kerajaan Negeri.
Spekulasi ADUN yang bakal mengisi senarai Exco mula menjadi bualan setelah Mukhriz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-10 pada 6 Mei lalu.
ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail yang berpengalaman dalam sektor korporat termasuk pernah memegang jawatan Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) dan merupakan Pengerusi Majlis Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) negeri dijangka mengisi portfolio industri.
ADUN Ayer Hangat, Mohd. Rawi Abdul Hamid yang boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Arab serta Siam selain fasih berbahasa Melayu dan Inggeris pula dijangka memegang portfolio pelancongan dan agama.
Sementara ADUN Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob yang memasuki penggal ketiga perkhidmatan pula disebut-sebut bakal memegang portfolio berkaitan wanita dan keluarga.
Wakil rakyat lain yang turut dijangka ialah ADUN Belantek, Datuk Mohd. Tajudin Abdullah dikatakan akan memegang portfolio luar bandar manakala ADUN Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain dalam portfolio pendidikan.
Muka baharu yang turut mendapat kepercayaan Mukhriz ialah ADUN Kuala Nerang, Badrol Hisham Hashim untuk memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan serta ADUN Jitra, Amiruddin Omar bagi portfolio belia dan sukan.
Turut mendapat tempat dalam Exco Kerajaan Negeri Kedah ialah ADUN Bandar Baharu, Datin Noor Sabrina Mohd. Noor yang merupakan ahli biologi dengan memegang portfolio teknologi maklumat.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu, BN memperoleh 21 daripada 36 kerusi DUN sekali gus mendapat majoriti mudah bagi membolehkannya memerintah negeri ini.
Lazimnya kerajaan negeri sebelum ini melantik 10 Exco untuk memegang pelbagai portfolio, namun dipercayai kerajaan negeri pada kali ini akan melantik lapan orang sahaja untuk ke jawatan berkenaan.
Ia berikutan pendirian MCA untuk tidak meletakkan wakil rakyat parti itu dalam kerajaan negeri ekoran prestasi buruk pada PRU-13 selain tiada calon MIC Kedah yang menang.
Menteri Besar bagaimanapun boleh mewujudkan satu jawatan khas setaraf Exco masing-masing untuk mewakili kaum Cina, India dan Siam.
KOSMO

Friday, 19 April 2013

PRU13 : CALON SUNGAI TIANG TETAP PILIHAN RAKYAT #PRU13 #GE13 #TolakPAS


Tidak asing lagi dikalangan penduduk di DUN Sungai Tiang iaitu YB Suraya Yaakob , dengan sentiasa turun padang bertemu dan menyelesaikan masalah rakyat beliau sentiasa disenanggi oleh penduduk di DUN ini.

Sedikit tentang YB Suraya Yaakob 

YB Puan Suraya Binti Yaakob, beliau dilahirkan pada 10 April 1969, tinggal di No. 12, Taman Sophia, Jalan Kuala Kedah, 05400 Alor Setar, Kedah Darul Aman. 

Suami beliau bernama Syed Al-Fandi Dato’ Syed Mansor Barakbah. YB Suraya berpendidikan dari University Of Wales College Of Cardiff (Law Horns) dan (Barrister – At-Law-Lincoln’s Inn). 

Beliau merupakan Exco Wanita UMNO Malaysia, Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia dan merupakan Presiden (Penaja) MAYC Kebangsaan.

Semoga YB Suraya Yaakob dapat mengekalkan kerusi DUN Sungai Tiang dan memenanggi PRU13 dengan majoriti yang lebih besar.

KAMI SOKONG YB SURAYA 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...