sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label INDONESIA. Show all posts
Showing posts with label INDONESIA. Show all posts

Saturday, 10 January 2015

Panas !!! Indonesia BOM Kapal Nelayan Malaysia, Malaysia Tak Mahu BOM SAMA ???



Aku tertarik sangat bila membawa berita mengenai pihak berkuasa Indonesia telah meletupkan sebuah kapal nelayan milik rakyat Malaysia yang dikatakan memasuki perairan mereka. 

BELAWAN - INDONESIA. Pihak berkuasa Polda Sumut dilaporkan telah meletupkan sebuah kapal nelayan milik Malaysia, baru-baru ini.

Kapal tersebut yang bernombor pendaftaran PKFA 7738 ditangkap selepas menceroboh dan menangkap ikan di Pandan Islet.

Memetik laporan Jakarta Post, Ketua Polis Sumatera Utara, Irjen Eko Hadi Sutedjo, kapal tersebut diletupkan menggunakan dinamit setelah mahkamah membenarkan tindakan tersebut.

Disember lepas, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno mengesahkan cadangan pengeboman kapal asing yang menangkap ikan secara haram di perairan negara itu.

“Anak kapal akan diselamatkan terlebih dahulu, kemudian apabila kapal sudah kosong baru dibom untuk menenggelamkannya.

“Ia sebagai pengajaran kepada semua penangkap ikan agar tidak mengulangi perbuatan salah itu,”

Sebagai rakyat Malaysia , aku tertarik untuk mengulas mengenai perkara ini, Bagi aku Pihak berkuasa juga patut BOM semua kapal HARAM dari Indonesia yang masuk ke sini tak kira nelayan ataupun mereka yang mahu CARI MAKAN secara HARAM di bumi Malaysia ini. 

Indonesia dah kuatkuasa undang-undang ini, mengaa kita tak boleh lakukan perkara yang sama ??? hari-hari beraa banyak KAPAL HARAM dari Indonesia bawa PATI untuk CARI MAKAN di Malaysia ??? 

ADAKAH KITA SANGGUP??? Teuk DADA LU Fikirlah Sendiri 

Wednesday, 31 December 2014

QZ8501: Mayat Berpegangan Tangan



PANGKALAN BUN - INDONESIA . Pembantu juruterbang Hercules C130 Indonesia, Leftenan Satu Tri Wibowo berkata, dia melihat tiga jasad mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 terapung dalam keadaan berpegangan tangan.

Jasad itu dilihat terapung di Selat Karimata bersama lapan lagi mayat.

“Ada sekitar tujuh hingga lapan objek menyerupai tubuh manusia. Tiga daripadanya terapung dalam keadaan berpegangan tangan.

“Satu lagi mayat berada di bawah serpihan pesawat. Jadi tak sempat diambil gambar,” katanya.

Tri berkata, kesemua jasad berkenaan dikesan dari ketinggian 150 meter dari atas permukaan air.

Selain mayat, turut ditemui objek keras menyerupai gelongsor kecemasan dan pintu pesawat.

Sunday, 16 June 2013

TUDIAAA !!!! 5 KALI DAH TAWAN INDON !!! CANGGIH !!!!

Terbuka Indonesia: Chong Wei raih gelaran ke-5

Lee Chong Wei

JAGUH badminton negara Datuk Lee Chong Wei berjaya meraih gelaran kelima Terbuka Indonesia apabila dengan mudah mengalahkan pemain Jerman, Marc Zwiebler di Stadium Istora Gelora Bung Karno di Jakarta hari ini.

Dalam perlawanan akhir itu, Chong Wei, pemain nombor satu dunia dan juga wakil tunggal Malaysia hanya mengambil masa 40 minit untuk menjinakkan pemain nombor 22 dunia itu dengan keputusan 21-15dan 21-14.

Keputusan itu membolehkan Chong Wei mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tujuh pertemuan dengan Zwiebler yang berusia 29 tahun itu.

Untuk rekod Chong Wei, 30, pernah menjuarai kejohanan Terbuka Indonesia itu pada 2007, 2009, 2010 dan 2011. SINAR 

APJ : JAGUH NI SORANG LA YANG DOK PEHARUM NAMA NEGARA 

Sunday, 9 June 2013

SELURUH INDONESIA BERI PENGHORMATAN TERAKHIR KEPADA TAUFIQ !!! TAKZIAH

JAKARTA - Keluarga, rakan-rakan politik dan sahabat handai hari ini memberi penghormatan terakhir kepada bekas speker Majlis Perundangan Rakyat (MPR), Taufiq Kiemas yang juga merupakan suami kepada Presiden Kelima Indonesia, Megawati Soekarnoputri.

Pengebumian dibuat penuh dengan istiadat tentera diadakan di Kalibata National Heroes Cemetery pada jam 11 pagi tadi yang turut dihadiri oleh beribu-ribu tetamu termasuk pegawai kerajaan, ahli politik, ahli MPR dan rakyat republik itu sendiri.

Keranda yang ditutup dengan bendera republik itu tiba dan disambut oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Sementara itu, Megawati, anak perempuan mereka dan ahli keluarga yang lain berjalan di belakang keranda.

Menurut jurucakap polis, Sarjan Komander Rikwanto, kira-kira 500 pegawai polis bahagian trafik ditugaskan untuk menjaga keselamatan semasa majlis pengebumian dijalankan.

Taufiq meninggal dunia dalam usia 70 tahun di sebuah hospital Singapura pada jam 7.05 petang waktu tempatan, semalam. SINAR

Saturday, 8 June 2013

PANAS !!! TAUFIK GANTUNG BUAT APA !!! MUDA LAGI !!! ADEHHH !!!


Taufek gantung reket selepas Terbuka Indonesia


JAKARTA 8 Jun - Bekas juara Olimpik Taufek Hidayat mengesahkan dia akan bersara daripada lapangan profesional selepas Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia yang akan bermula minggu depan.

Pemenang pingat emas Olimpik Athens 2004 dan juara dunia berusia 31 tahun itu berkata, dia belum mempunyai perancangan khusus selepas bersara kelak tetapi akan membantu membangunkan sukan badminton. - Agensi

Sunday, 16 December 2012

HIBURAN : PANAS !!! JULIA PAREZ BIKIN HAL DI PENANG !! INI MALAYSIA LA JULIA !!!



PRESIDEN Persatuan Seniman, Zed Zaidi hari ini mengesahkan bahawa kemasukan pelakon Indonesia, Julia Perez ke negara ini untuk menjalani penggambaran adalah tanpa permit sah.

Menurut Zed Zaidi, perkara itu sudah dirujuk kepada bahagian pelesenan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

“Saya telah semak dengan bahagian pelesenan Finas untuk pengesahan permit Julia Perez.

“Jawapan Finas, ada permohonan SPP atas tajuk filem ‘Sentuhan Malam Pertama’ tetapi tiada permohonan Pekerja Filem Asing (PFA) atas nama Julia Perez,” katanya melalui akaun Twitter.

Beliau menjelaskan bahawa di bawah syarat Padu Citra, Julia wajib menjadi ahli bagi salah satu daripada tiga persatuan yang diiktiraf oleh Finas.

“Dalam Persatuan Seniman, nama Julia Perez tidak berdaftar sedangkan ia syarat wajib bagi kelulusan permit SPP,” katanya.

Menurut pelakon utama Sembilu itu, pihak Finas juga bakal mengambil tindakan berhubung perkara itu.

“Finas sedang menjalankan siasatan di lokasi penggambaran melalui pasukan penguatkuasaan bahagian utara untuk tindakan.

“Insya-ALLAH Finas akan datang ke lokasi untuk membuat serbuan di Padang Kota Lama,” katanya.

Isnin lalu, Julia atau Jupe yang sedang menjalani penggambaran filem arahan Murali Abdullah, Sumpahan Malam Pertama di Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan di akaun Twitter yang menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia.

“Nunggu giliran take... sambil nonton sinetron Malaysia... oh my GOD... Indonesia kita jauuh majuuu... kita mahuu sekaliii... bangga jadi orang Indonesia (tunggu giliran penggambaran... sambil menonton drama Malaysia. Oh tuhan... Indonesia kita jauh maju... kita maju sekali. Bangga jadi orang Indonesia),” katanya.

Namun, tajuk drama yang ditontonnya masih belum diketahui.

Kenyataan itu mendapat respons daripada Zed Zaidi yang menyedari tentang kenyataan pelakon Indonesia itu tiga hari kemudiannya.

“Gampang Julia Prez hina industri seni Malaysia! Pemain sinetron Indonesia yang 'shooting' di Malaysia ini sangat biadab! Jupe nama manusia ke?” katanya, pagi semalam.

Kenyataan Zed Zaidi itu mendapat maklum balas daripada dua pelakon tempatan iaitu Fauziah Nawi dan Noorkhiriah.

Fauziah menulis, “memang kita asyik sanjung dia orang sekarang pada muka 'Malaysian'. 'Nothing great about their sinetron'. Tepuk dada tanya selera.”

Noorkhiriah pula menulis, “ajak ramai lagi 'shooting' si sini... lepas itu apa jadi... tolonglah ambil tindakan... dah lah bayar mahal. Kita ini melukut tepi gantang nak bayaran tinggi.”

Julia juga tidak terlepas membalas kenyataan Zed Zaidi itu dengan nada berang.

“Woi! Kau yang biadab!” katanya.

Dalam pada itu, Zed Zaidi menyentuh soal kemasukan Julia berlakon di Malaysia bakal disiasat sama ada secara sah atau tidak.

Beliau juga mempersoalkan tatu kalimah al-Quran di badan Julia.

Kenyataan Zed Zaidi nyata disedari Julia yang membalas kenyataannya.

“Kamu sangat jahat! Ingat banyak artis Malaysia juga di Indonesia,” balasnya.

Julia nyata tidak berpuas hati dengan kenyataan Zed Zaidi yang dikeluarkan jam 10.37 pagi semalam itu.

Jam 12.18 tengah hari semalam, Jupe mengeluarkan kenyataan balas yang mengait-ngaitkan isu penghinaan ke atas bekas Presiden Indonseia, BJ Habibie.

“Gara-gara bilang sinetron malay kurang bagus ane di haram-haram ke Malaysia. OK, semua politikus Malaysia harus keluar dari Indonesia kerana menghina BJ Habibie! Puas pas (Gara-gara kata drama Malaysia kurang bagus, saya diharam-haramkan ke Malaysia. Okey semua ahli politik Malaysia harus keluar dari Indonesia kerana menghina BJ Habibie,” katanya.

Pelakon Indonesia yang sinonim dengan jolokan seksi itu sering dipalit kontroversi baik di Indonesia mahupun di Malaysia.

Thursday, 29 November 2012

TUDIAA !!! HARIMAU MALAYA MENGAMOK BELASAH LOAS 4-1 !!! AUMMMMM !!!!



SKUAD Kebangsaan mempamerkan kehebatan luar biasa apabila menundukkan Loas 4-1 dalam perlawanan kedua Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Dengan meraih kutipan tiga mata, harapan anak buah Datuk K.Rajagobal untuk menempah tiket ke separuh akhir Piala AFF Suzuki kembali terbuka.

Harimau Malaya yang dikritik kerana persembahan hambar pada saingan pertama bagaimanapun mempamerkan aksi garang sebaik sahaja perlawanan bermula.

Pada minit ke-11, Safee Sali hampir membuka tirai jaringan, namun sepakan beliau tersasar ke kanan gol.

Selang minit kemudian, gerakan cantik Kunanlan Subramaniam dari kiri ke kotak penalti dan membuat hantaran kepada Safee terus gagal membolosi gawang Laos.

Penantian gol Malaysia akhirnya tertunai apabila sepakan percuma yang diberi kepada Harimau Malaya di kotak penalti berjaya dilakukan baik oleh Safiq Rahim pada minit ke-15 untuk mendahului di depan.

Susulan gol pertama, Malaysia nyata bersemangat dan gerakan menarik Mat Yo yang membawa bola ke dalam kotak penalti untuk membuat hantaran kepada Safee, sekali lagi gagal apabila percubaan penyerang pelita jaya itu tidak menepati sasaran.

Selepas itu, peluang baik Malaysia untuk menjarakkan kedudukan pada minit ke-29 menerusi Mat Yo tidak berhasil apabila sepakannya dari kanan tersasar

Malaysia terus mengasak, Safee sekali lagi membuat rembatan dari luar kotak penalti tetapi masih tidak berjaya.

Kealpaan benteng pertahanan Malaysia akhirnya mengundang padah apabila jaringan Khonesavanh Sihavong menyamakan kedudukan pada minit ke-39.

Sepuluh minit separuh masa kedua, Mat Yo hampir memberikan gol kedua buat Harimau Malaya, begitu pun pengerakan cantik Mat Yo tepat kepada penjaga gol Laos.

Selepas itu, hantaran Mahali kepada Safee dari sudut kanan terus tidak berhasil apabila tandukan Safee tidak menepati sasaran.

Safee akhirnya berjaya menembusi gawang gol Laos hasil hantaran Wan Zack Haikal dari kanan sekali gus selesa mendahului 2-1.

Susulan itu, Malaysia terus ghairah menambah jaringan apabila Wan Zack Haikal meledakkan gol ketiga buat tuan rumah.

Pelawat bagaimanapun masih tidak berputus asa dan terus membuat percubaan bagi mendapatkan gol, begitu pun gagal membolosi gawang lawan.

Anak buah Rajagobal menutup tirai perlawanan dengan gol keempat menerusi Mohd Khyril Muhymeen pada babak terakhir perlawanan.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...