sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label QZ8501. Show all posts
Showing posts with label QZ8501. Show all posts

Wednesday, 7 January 2015

#QZ8501 : Ekor Pesawat Malang Air Asia Ditemui


Bahagian ekor pesawat malang QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa ditemui, lapor Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas).

Ketua Basarnas, F Henry Bambang Soelistyo memberitahu bahawa nombor siri masih jelas pada serpihan tersebut.

Pencarian ekor pesawat tersebut penting kerana ia mengandungi rakaman suara dan data atau kotak hitam pesawat, lapor NBC News.

Namun, kotak hitam tersebut masih belum dijumpai, kata Bambang kepada wartawan pada satu sidang media.

Penemuan itu diumumkan selepas satu lagi serpihan pesawat Airbus A230-200 tersebut dikesan oleh kapal USS Fort Worth milik Amerika Syarikat.

Sehingga kini, sebanyak 37 mayat mangsa nahas sudah ditemui.

Pesawat penerbangan QZ8501 kepunyaan AirASia Indonesia berkenaan terhempas pada 28 Disember lepas.

Seramai 162 penumpang termasuk anak kapal berada di dalam pesawat tersebut semasa kejadian berlaku.


j

Thursday, 1 January 2015

#QZ8501 : Kapal Malaysia Temui Empat Mayat Pesawat AirAsia Indonesia



KUALA LUMPUR: Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Pahang, menemui tiga mayat terapung di Laut Jawa ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, hari ini.

Ini menjadikan jumlah mayat yang dijumpai oleh kapal Malaysia kepada empat, iaitu termasuk satu mayat yang dijumpai oleh KD Lekir pada pukul 9 pagi.

Panglima Tentera Laut Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dalam akaun Twitternya berkata tiga mayat itu ditemui pada 4.30 petang.


#QZ8501: At 1630H, KD Pahang, in Sector 1, found 3 bodies of victims, floating at sea. She is in the process of recovering them.— Abdul Aziz Jaafar (@ChiefofNavy)December 31, 2014

#QZ8501: Gambar menunjukkan mayat yg dijumpai oleh KD Lekir telah dinaikkan ke atas Kapal tersebut.pic.twitter.com/3vwcqpw4RT— Abdul Aziz Jaafar (@ChiefofNavy)December 31, 2014


"Pada jam 1630, KD Pahang menjumpai tiga mayat terapung di laut di Sektor 1. Kapal sedang menaikkan mayat tersebut," katanya.

Wednesday, 31 December 2014

#QZ8501 : Hanya AirMata Menceritakan Bila Bangkai Pesawat DiTemui



Tidak ada apa-apa ungkapan mampu dilafazkan melainkan airmata yang mengalir bilamana pasukan Mencari dan Menyelamat berjaya menemui bangkai pesawat malang Air Asia QZ8501 hari ini. 

Masuk hari ke empat, Pasukan Mencari dan Menyelamat Indonesia (SAR) berjaya mengesan bangkai pesawat AirAsia QZ8501 menggunakan sistem sonar.

Bangkai tersebut dikesan berada di dasar Laut Jawa, iaitu sehari selepas penemuan serpihan pesawat yang pertama.

Namun belum ada maklumat sama ada pesawat berkenaan masih berada dalam keadaan asal atau sebaliknya.

Terdahulu, Ketua SAR, Bambang Soelistyo mengumumkan setakat ini pasukan menyelamat telah menemui enam jasad daripada pesawat berkenaan.

Kapal Perang Indonesia, KRI Bung Tomo turut menemui sejumlah besar barangan peribadi milik mangsa selain beberapa objek keras daripada bahagian pesawat QZ8501.

Antara objek yang ditemui termasuk peralatan kecemasan, satu unit tingkap kecemasan, beg berisi makanan, kasut kanak-kanak dan sebuah kamera.

Gerakan mencari bagaimanapun dilaporkan berdepan kesukaran kerana ombak besar dan hujan lebat.

QZ8501: Mayat Berpegangan Tangan



PANGKALAN BUN - INDONESIA . Pembantu juruterbang Hercules C130 Indonesia, Leftenan Satu Tri Wibowo berkata, dia melihat tiga jasad mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 terapung dalam keadaan berpegangan tangan.

Jasad itu dilihat terapung di Selat Karimata bersama lapan lagi mayat.

“Ada sekitar tujuh hingga lapan objek menyerupai tubuh manusia. Tiga daripadanya terapung dalam keadaan berpegangan tangan.

“Satu lagi mayat berada di bawah serpihan pesawat. Jadi tak sempat diambil gambar,” katanya.

Tri berkata, kesemua jasad berkenaan dikesan dari ketinggian 150 meter dari atas permukaan air.

Selain mayat, turut ditemui objek keras menyerupai gelongsor kecemasan dan pintu pesawat.

QZ8501 Dijumpai, Perasaan Tony Hancur Luluh


KUALA LUMPUR - AirAsia Indonesia mengaku serpihan yang dijumpai semalam adalah daripada penerbangan QZ8501 yang hilang, seperti yang disahkan Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Republik Indonesia (Basarnas).

Dalam kenyataannya, syarikat penerbangan berkenaan berkata, serpihan pesawat Airbus A320-200 itu dijumpai di Selat Karimata, kira-kira 110 batu nautika ke barat daya Pangkalan Bun di Kalimantan Tengah.

Ketua pegawai eksekutif kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, perasaannya hancur luluh dengan perkembangan itu.

"Ini adalah detik yang amat getir bagi kami semua di Air Asia dalam menanti perkembangan selanjutnya tentang operasi mencari, tetapi perkara yang menjadi keutamaan kami sekarang ialah kebajikan anggota keluarga mereka yang menaiki QZ8501," katanya.

Kenyataan itu berkata, Air Asia Indonesia akan menjemput anggota keluarga terbabit ke Surabaya di mana sekumpulan penjaga kebajikan yang dedikasi akan ditugaskan membantu setiap keluarga bagi memastikan semua keperluan mereka dipenuhi.

"Kaunselor, ahli agama dan pakar kerohanian juga diundang ke pusat keluarga untuk memberi apa jua khidmat yang diperlukan," katanya.

Kenyataan itu berkata, operasi mencari dan menyelamat kini diteruskan dan siasatan lanjut terhadap serpihan yang dijumpai juga sedang dijalankan.

Presiden Indonesia Joko Widodo memberitahu media bahawa semua aset udara dan maritim akan digunakan dalam gerakan mencari secara besar-besaran bagi mengesan pesawat itu, yang hilang daripada pengesanan radar pada Ahad ketika dalam penerbangan ke Singapura dari Surabaya, Indonesia.

Tuesday, 30 December 2014

#QZ8501 : TERKINI Lebih 40 Mayat Di Bawa Keluar Dari Laut - Tentera Laut Indonesia


Sebuah kapal perang Indonesia telah mengeluarkan lebih 40 mayat dari laut pada Selasa, dalam usaha mencari pesawat AirAsia QZ 8501.

Jurucakap tentera laut, Manahan Simorangkir berkata angka ini sedang meningkat.

"Berdasarkan kepada radio tentera laut , dilaporkan bahawa kapal perang Bung Tomo telah membawa keluar 40 mayat dan jumlah itu semakin meningkat . Mereka sangat sibuk sekarang, " kata Simorangkir .

TERKINI : SERPIHAN PESAWAT AIR ASIA DITEMUI DI LAUT



JAKARTA: Kementerian Perhubungan (Kemenhub) Indonesia hari ini mengesahkan bahawa serpihan pesawat berwarna putih dan merah yang ditemui di perairan Pangkalan Bun Kalimantan Tengah adalah daripada pesawat AirAsia QZ8501.

Maklumat tersebut adalah dapatan daripada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang melihat serpihan tersebut secara langsung.

"Pasukan SAR kami, iaitu pesawat Kalibrasi Kementerian Perhubungan melihat adanya serpihan pesawat berwarna putih dan merah di perairan Pangkalan Bun," ujar Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo di Jakarta hari ini.

Beliau menjelaskan, penemuan serpihan pesawat tersebut berada di koordinat 03.52,50 Selatan dan 110.30,53 Timur.

Serpihan kedua, 03.52,73 Selatan dan 110.30,18 Timur.

Ketiga, 03.53,62 Selatan dan 110.29,39 Timur di perairan Pangkalan Bun.

“Kedudukannya di sekitar 100 batu dari pelabuhan Pengkalan Bun iaitu radius 225 darjah. Maklumat ini sudah diselaras pihak Badan SAR Nasional (Basarnas) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI)," katanya.

Menurutnya, buat masa ini, boleh disahkan bahawa serpihan itu adalah daripada pesawat AirAsia yang hilang dan ketika ini Menteri Pengangkutan telah berangkat ke Pangkalan Bun,” kata Djoko.

Sunday, 28 December 2014

#PrayForQZ8501 : TERKINI Juruterbang Lapor Elak Awan Sebelum Hilang Dari Radar



JAKARTA: Pesawat AirAsia QZ 8501 yang hilang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura, awal pagi tadi dikatakan sebelumnya melaporkan akan menghindari awan tebal.

Kompas.com sebentar tadi memetik Pegawai Perhubungan Udara Indonesia, Joko Murdjatmojo menyatakan juruterbang pesawat sempat melakukan komunikasi terakhir dengan Pengawal Trafik Udara (ATC) di Bandara Soekarno-Hatta pada jam 6.12 waktu Indonesia.

"Saat itu pesawat melaporkan akan menghindari awan dengan berbelok ke arah kiri. Saat itu pesawat terbang dengan ketinggian 32.000 kaki dengan arah 320 atau ke Barat Daya. "Pada pukul 06.17 WIB, pesawat hilang hubungan dan pada jam 6.18 pagi yang terlihat hanya 'flight plan' atau rencana penerbangan," katanya,

Pesawat berkenaan dikatakan membawa 138 penumpang dewasa, 16 anak-anak dan seorang bayi. - Kompas.com

#PrayForQZ8501 : Pesawat Airbus AirAsia DiKhabar Jatuh Di Perairan Belitung Timur



BANGKAPOS.COM, BELITUNG - Pesawat Airbus dikabarkan jatuh di perairan laut Belitung Timur, Bangka Beltung,. Namun belum dipastikan titik lokasi jatuhnya pesawat tersebut.

"Tadi Pak Danlanud telepon Bapak (Basuri), ngasi informasi ada pesawat air bus jatuh di sekitar perairan Beltim," ungkap Yuhinu, ajudan Bupati Beltim Basuri T Purnama, saat menghubungi bangkapos.com,

Terpisah Kasat Polair Beltim AKP Yanto mengatakan, informasi yang diperoleh dari direktorat polair Babel, perkiraan lokasi perairan Babel. Namun masih dipastikan lokasi pesawat jatuh.

"Kita masih koordinasi dengan direktorat dan mengumpulkan informasi dari nelayan maupun kapal yang melintas perairan Beltim," ungkap AKP Yanto saat dihubungi bangkapos.com

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...