sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label KAPTEN ZAHARIE. Show all posts
Showing posts with label KAPTEN ZAHARIE. Show all posts

Wednesday, 26 March 2014

UPDATE #MH370 : KENYATAAN KETUA POLIS NEGARA MENGENAI SIMULATOR KAPTEN ZAHARIE !! #PRAYFORMH370



Siasatan mengenai simulator yang dimiliki kapten juruterbang MH370 masih berjalan dan Bukit Aman masih tunggu rakan luar negara untuk memberi maklumat siasatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata demikian pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah tidak seharusnya timbul telah membina set simulasi penerbangan Boeing 777 untuk terus mempertajamkan kemahirannya.

Set simulasi itu telah menempatkan tiga skrin LCD 32 inci dan tiga skrin sesentuh 21 inci yang mewakili alat navigasi dan fungsi yang berbeza seperti di dalam pesawat Boeing 777 yang sebenar.

Bekas penuntut di Penang Free School ini telah mencatatkan 18, 365 jam penerbangan sejak menyertai Malaysia Airlines pada 1981.

Awal pagi Sabtu lalu, negara dikejutnya dengan kehilangan pesawat penerbangan MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan didakwa hilang dari radar selepas 2 jam perjalanan.


Saturday, 22 March 2014

#MH370 : KENYATAAN RAKAN KAPTEN ZAHARIE MENGENAI SIMULATOR KAPAL TERBANG !! #PRAYFORMH370



SINAR
: Salah seorang rakan kepada juruterbang MH 370, Thanos Kontogiannis mendedahkan perbualannya dengan Kapten Zaharie Ahmad Shah bagi menjawab fitnah terhadap rakannya itu.

Memetik laporan sebuah portal tempatan, Kontogiannis juga tidak puas hati ada pihak yang memburukkan imej Kapten Zaharie semata-mata dia memiliki sebuah simulator penerbangan di rumahnya.

Di laman blognya, motionsim.blogspot, Kontogiannis yang merupakan moderator X Sim DE berkongsi mesej perbualan mereka menerusi email.

Dalam perbualan itu mereka berkongsi maklumat dan idea untuk membina simulator yang lebih baik.

Kontogiannis seorang jurutera di Qualcomm membekalkan komponen Motion Controller bagi menaik taraf simulator Kapten Zaharie dan juruterbang lain.

Dalam blog itu juga, Kontogiannis menjelaskan hampir semua juruterbang berminat memiliki simulator penerbangan.

Dalam hal ini, Kapten Zaharie mempunyai minat yang mendalam sehingga membina simulator penerbangan sendiri.

Bagi Kontogiannis, segala tuduhan dan fitnah terhadap Kapten Zaharie adalah tidak berasas.


Wednesday, 19 March 2014

HOT NEWS #MH370 : HASIL SIASATAN SIMULATOR KAPTEN ZAHARIE AKAN DIDEDAH - DS HISHAM #PRAYFORMH370



Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan pendedahan hasil siasatan simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah akan dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat.

Hishammuddin berkata pendedahan mengenai hasil siasatan berhubung simulator yang diambil di rumah juruterbang pesawat MH370 itu akan dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Pihak Ketua Polis Negara akan membuat pendedahan mengenai simulator yang kini masih dalam siasatan," katanya pada sidang media di hotel Sama-Sama di sini, hari ini.

Sabtu lalu, pegawai penyiasat PDRM mengambil simulator penerbangan Kapten Zaharie Ahmad Shah di rumahnya di Shah Alam.

Ia kemudian dipasang semula semalam di ibu pejabat Bukit Aman bagi mencari petunjuk kehilangan MH370 yang masih misteri.

Tuesday, 18 March 2014

PANAS !!! ZAHARIE ADALAH 'TOK PENAKAN' CUCU ANWAR DAN AZIZAH !!! #PRAYFORMH370 #MH370

BERSAMAMAZIDUL : Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail berang apabila portal berita United Kingdom mengaitkan suaminya, Anwar Ibrahim dengan juruterbang pesawat MAS MH370, Kapten Zahari Ahmad Shah.

Barangkali pada awalnya, sesiapa sahaja membaca tajuk MStar di atas, berfikir, Zaharie hanya sekadar ahli seumur hidup PKR sahaja.

Tidak lebih daripada itu.




Namun, kini ternyata, juruterbang itu adalah bapa saudara kepada menantunya.


Klik di sini.




Blogger, Tun Faisal Ismail Aziz telah ditemu bual oleh wartawan portal Malaysia Kini dan mendakwa Wan Azizah tidak berkata benar.




Klik di sini.


Hemat saya, jika Wan Azizah serta Anwar bersifat jujur, mereka tidak perlu mengelirukan rakyat Malaysia.

Nyatakan hanya FAKTA Dan KEBENARAN.

Hari ini, Anwar bertindak tidak ubah seperti pesawat MH370, berpatah balik. Sebelum ini, mendakwa tidak mengenali juruterbang itu dan hari ini mengesahkan, Zaharie saudara kepada menantunya sendiri.




Hakikatnya, dalam tatacara kehidupan masyarakat Melayu, saudara menantu, sudah semestinya saudara Anwar dan Wan Azizah juga.

Monday, 17 March 2014

GEMPAR #MH370 : PKR SAHKAN KAPTEN PESAWAT MH370 ADALAH PENYOKONG FANATIK ANWAR !!!



RAKYAT NEWS : Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengesahkan juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan seorang ahli parti yang fanatik terhadap kepimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Ketua PKR Cabang Subang Sivarasa Rasiah dalam satu kenyataan hari ini berkata, Kapten Zaharie telah menyertai PKR pada 23 Januari tahun lalu.

Akan tetapi, Sivarasa meminta semua pihak menghentikan spekulasi mengaitkan Kapten Zaharie dengan insiden pesawat yang hilang baru-baru ini.




Sivarasa turut menyifatkan Zaharie seorang yang disenangi dan baik malah membantu cabang Subang ketika kempen pilihan raya umum dan terlibat dalam acara sosial anjuran cabang berkenaan.

Ahli Parlimen Subang itu merujuk laporan Mail Online yang mendakwa Kapten Zaharie sangat fanatik terhadap Ketua Umum PKR itu.

Tabloid luar negara itu juga melaporkan bahawa Kapten Zaharie telah hadir ke mahkamah bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar berikutan keputusan Kes Liwat II yang mendapati Anwar bersalah. [LAPORAN PENUH DI SINI]

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...