sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 22 March 2014

#MH370 : KENYATAAN RAKAN KAPTEN ZAHARIE MENGENAI SIMULATOR KAPAL TERBANG !! #PRAYFORMH370



SINAR
: Salah seorang rakan kepada juruterbang MH 370, Thanos Kontogiannis mendedahkan perbualannya dengan Kapten Zaharie Ahmad Shah bagi menjawab fitnah terhadap rakannya itu.

Memetik laporan sebuah portal tempatan, Kontogiannis juga tidak puas hati ada pihak yang memburukkan imej Kapten Zaharie semata-mata dia memiliki sebuah simulator penerbangan di rumahnya.

Di laman blognya, motionsim.blogspot, Kontogiannis yang merupakan moderator X Sim DE berkongsi mesej perbualan mereka menerusi email.

Dalam perbualan itu mereka berkongsi maklumat dan idea untuk membina simulator yang lebih baik.

Kontogiannis seorang jurutera di Qualcomm membekalkan komponen Motion Controller bagi menaik taraf simulator Kapten Zaharie dan juruterbang lain.

Dalam blog itu juga, Kontogiannis menjelaskan hampir semua juruterbang berminat memiliki simulator penerbangan.

Dalam hal ini, Kapten Zaharie mempunyai minat yang mendalam sehingga membina simulator penerbangan sendiri.

Bagi Kontogiannis, segala tuduhan dan fitnah terhadap Kapten Zaharie adalah tidak berasas.


No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive