sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label PELAJAR. Show all posts
Showing posts with label PELAJAR. Show all posts

Thursday, 1 August 2013

TERKINI !!! SEORANG PELAJAR MALAYSIA MAUT DI JORDAN !!! @NajibRazak

Seorang pelajar persendirian dari Malaysia yang sedang mengikuti kursus jangka pendek bahasa Arab di Amman, Jordan maut selepas kenderaan dinaikinya terbabas di jalan menuju ke Laut Mati, Jordan hari ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, mangsa, Nik Mohd. Ariff Suparjo, 19, terlibat dalam kemalangan maut itu bersama abangnya, Nik Mohd. Alif, 20. -

utusan online 

APj : Al-Fatihah , semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang yg beriman 

Friday, 7 December 2012

TUDIAA !!! PELAJAR JUAL MOTOR UNTUK KE GAZA !!!

CONTOH


GEORGETOWN - Seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) sanggup menjual motosikalnya bagi menyertai Misi Solidariti Gaza 2012 yang dijadual tiba di Palestin, hari ini.

Muhammad Mohibbuddin Shahul Hamid, pelajar tahun tiga dari Pusat Pengajian Perumahan Bangunan dan Perancangan bertolak ke Gaza bersama 120 sukarelawan dari seluruh negara, malam tadi.

"Saya sangat tersentuh dengan nasib mereka (penduduk Gaza) di sana dan ingin melihat sendiri tentang apa yang selama ini saya dengar dan tonton di media," katanya ketika dihubungi Naib Canselor USM Prof Datuk Omar Osman di sini hari ini.

Turut menyertai misi itu ialah Abu Suffian Mansoor, pelajar tahun dua Pusat Pengajian Komunikasi dan Nazurah Mohd Noh pelajar tahun dua Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan.

Omar turut menasihati pelajar berkenaan supaya berhati-hati sepanjang misi itu dan mengucapkan tahniah atas keprihatinan dan pengorbanan yang dilakukan mereka.

"Mereka dijangka pulang ke tanah air 13 Disember ini dan setakat ini semuanya berjalan lancar," katanya. - Bernama

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...