sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label PERANG. Show all posts
Showing posts with label PERANG. Show all posts

Thursday, 4 April 2013

GEMPAR !!! KOREA UTARA LULUS SERANGAN NUKLEAR KE ATAS US



SEOUL 4 April - Tentera Korea Utara hari ini memaklumkan ia telah mendapat kelulusan akhir untuk melancarkan serangan ketenteraan ke atas Amerika Syarikat (AS) dengan kemungkinan menggunakan senjata nuklear.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), Ketua Turus Tentera Rakyat Korea (KPA) berkata, beliau secara rasmi telah memaklumkan kepada Washington bahawa ancaman AS akan 'dibalas dengan pelbagai jenis serangan nuklear'.

"Serangan tanpa belas kasihan daripada pasukan tentera revolusi kami ekoran ancaman AS telah diteliti dan disahkan," kata kenyataan itu. - AFP

Monday, 11 March 2013

UPDATE OP DAULAT : TEROWONG BAWAH TANAH #Pray4Sabah



TIADA TEROWONG BAWAH TANAH DITEMUI


Kuala Lumpur, 11 Mac - Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib menafikan dakwaan penceroboh dari selatan Filipina berjaya memasuki Kampung Tanduo menerusi terowong bawah tanah yang dibina sejak November lepas.

"Setakat ini kami tidak mendapat sebarang maklumat mengenai adanya terowong itu.

"Malah, apabila tentera mengadakan serangan udara pun kami tidak temui terowong bawah tanah itu, yang ada cuma kereta yang hancur," katanya hari ini ketika dihubungi menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3 yang disiar secara langsung.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang memetik penduduk Kampung Tanduo di Lahad Datu sebagai berkata penceroboh Sulu telah membuat perancangan rapi ketika memasuki kampung itu termasuk membina terowong bawah tanah.

Penduduk mendakwa penceroboh menggunakan jentera pengorek untuk mengali lubang seolah-olah sedang mencari emas tetapi didakwa helah membina kubu dan terowong bagi dijadikan tempat persembunyian apabila diserang.

Ditanya sama ada kemungkinan penceroboh Sulu hanya berada di sekitar Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, Hamzah berkata: "Tak boleh anggap mereka (penceroboh) berada di dua kampung ini sahaja."

Mengulas mengenai insiden seorang remaja lelaki maut manakala seorang lagi lelaki cedera di kaki setelah terkena tembakan pasukan keselamatan dalam operasi memburu penceroboh di Kampung Sungai Bilis semalam, Hamza berkata kejadian itu berlaku di dalam liputan kawasan operasi.

Tegasnya apabila berada dalam kawasan operasi, kesiapsiagaan pasukan keselamatan sememangnya berada pada tahap yang tertinggi dan tidak akan memberi ruang dan peluang kepada pihak musuh untuk membuat serangan balas.

"Dalam apa keadaan sekali pun kita akan bertindak sebab itu pasukan keselamatan sering mengingatkan orang ramai jangan menghampiri kawasan operasi," katanya.

Friday, 1 March 2013

UPDATE LAHAD DATU : NAMA 2 KOMANDO YANG TERBUNUH DIDEDAHKAN

GAMBAR CONTOH 

Setakat ini, dua anggota keselamatan negara dilaporkan terkorban didalam pertempuran dengan penceroboh di tempat kejadian. Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando telah terkorban setelah mengalami kecederaan parah akibat tembakan mortar musuh.

Friday, 7 December 2012

TUDIAA !!! PELAJAR JUAL MOTOR UNTUK KE GAZA !!!

CONTOH


GEORGETOWN - Seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) sanggup menjual motosikalnya bagi menyertai Misi Solidariti Gaza 2012 yang dijadual tiba di Palestin, hari ini.

Muhammad Mohibbuddin Shahul Hamid, pelajar tahun tiga dari Pusat Pengajian Perumahan Bangunan dan Perancangan bertolak ke Gaza bersama 120 sukarelawan dari seluruh negara, malam tadi.

"Saya sangat tersentuh dengan nasib mereka (penduduk Gaza) di sana dan ingin melihat sendiri tentang apa yang selama ini saya dengar dan tonton di media," katanya ketika dihubungi Naib Canselor USM Prof Datuk Omar Osman di sini hari ini.

Turut menyertai misi itu ialah Abu Suffian Mansoor, pelajar tahun dua Pusat Pengajian Komunikasi dan Nazurah Mohd Noh pelajar tahun dua Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan.

Omar turut menasihati pelajar berkenaan supaya berhati-hati sepanjang misi itu dan mengucapkan tahniah atas keprihatinan dan pengorbanan yang dilakukan mereka.

"Mereka dijangka pulang ke tanah air 13 Disember ini dan setakat ini semuanya berjalan lancar," katanya. - Bernama

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...