PENDANG – Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan semalam membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang berhubung ancaman bunuh terhadap dirinya yang dipaparkan menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini.
Ketegasan Menteri Besar dalam membasmi kegiatan gerakkan Syiah di Kedah membuatkan puak-puak Syiah di kedah mula rasa kepanasan, perkara itu terbukti apabiala gerakkan Syiah mula berselindung di sebalik Ahlul Sunnah Wal Jamaah, walaupun mereka yang menafikan penglibatan dalam aktiviti Syiah boleh dikenal pasti melalui perbuatan atau kenyataan mereka kerana ia akan menjurus kepada fahaman itu.
Mukhriz berkata, “Bukti itu ada, ia tersembunyi. Kita hanya perlu teliti dari aspek kenyataan mereka sebelum ini, sama ada dalam ceramah atau tazkirah yang pastinya ada unsur menyokong fahaman Syiah,”