sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label SYIAH KEDAH. Show all posts
Showing posts with label SYIAH KEDAH. Show all posts

Thursday, 29 August 2013

PANAS SIDANG DUN KEDAH !!! ADUN PAS TOLAK UNDANG UNDANG BANTERAS SYIAH DI KEDAH ?? APA DAH JADI PAS NIH !!! @MukhrizMahathir #KedahAmanMakmur



Ketegasan Kerajaan BN Kedah untuk membanteras gejala penyebaran fahaman Syiah di Kedah wajar dipuji apabila usul membanteras fahaman berkenaan dibentang didalam sidang Dun Kedah semalam..

Disini timbul persoalan kenapa pihak pembangkang khususnya Pas menolak enakmen untuk membanteras gejala Syiah di kedah..Jika Pas betul betul menentang Syiah, kenapa tidak menyokong undang undang baru tersebut ??

Adakah Pas melihat undang undang banteras Syiah berkenaan adalah satu ancaman kepada Pas?? Jika benar satu ancaman, dicadangkan agar Majlis Agama Islam Kedah mewujudkan 1 pasukan khas untuk memantau pergerakkan pemimpin pemimpin Pas..

Monday, 12 August 2013

Gempar !!! Kes Mandi Jenazah Puak Syiah Di Kedah Cara Berdiri ?? Pemimpin Pas Sembunyi Cerita ???



Pehhh memang mengejutkan apa yang Apj baca dari blog-blog sahabat TMK tentang pendedahan kes syiah kat Kedah dan ada dikatakan jenazah puak syiah dimandikan secara berdiri!! Fuhh tak biasa lihat lagi ni !!! 

Nanti Apj akan siarkan satu artikel tentang kubur pengikut syiah di Pendang !! Pendedahan yang mengejutkan !!! Sebelum tu Apj petik artikel kes mandi jenazah puak syiah katanya di Kuala Kedah !! Makin parah !!! 

Sunday, 28 July 2013

GEMPAR !!! PENGIKUT SYIAH KEPANASAN DI KEDAH !!! @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah #KedahAmanMakmur




Ketegasan Menteri Besar dalam membasmi kegiatan gerakkan Syiah di Kedah membuatkan puak-puak Syiah di kedah mula rasa kepanasan, perkara itu terbukti apabiala gerakkan Syiah mula berselindung di sebalik Ahlul Sunnah Wal Jamaah, walaupun mereka yang menafikan penglibatan dalam aktiviti Syiah boleh dikenal pasti melalui perbuatan atau kenyataan mereka kerana ia akan menjurus kepada fahaman itu.

Mukhriz berkata, “Bukti itu ada, ia tersembunyi. Kita hanya perlu teliti dari aspek kenyataan mereka sebelum ini, sama ada dalam ceramah atau tazkirah yang pastinya ada unsur menyokong fahaman Syiah,” 

Monday, 1 July 2013

GEMPAR !!! PAS PECAT AHLI TERLIBAT SYIAH !!! JANGAN TUNGGU LAGI !!! #HanyaDiKedah

Pas pecat ahli terlibat kegiatan Syiah

ALOR SETAR - Pas akan mengenakan hukuman tegas ke atas ahlinya termasuk memecat keahlian jika terbukti mereka terlibat dengan kegiatan Syiah.

Tindakan itu adalah untuk mencegah kegiatan yang dikatakan makin menular dalam kalangan pemimpin dan penyokong parti itu walaupun sehingga kini masih belum dapat dibuktikan.

Ahli Majlis Syura Ulamak Pas (Syura), Zaharuddin Mohammad berkata, antara syarat menjadi ahli Pas ialah mesti berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti.

“Jika ada bukti seorang itu adalah pengikut Syiah, kita pecat serta merta tidak kira apa jawatannya sekali pun dalam parti,” katanya ketika menjawab pertanyaan peserta Forum Post Mortem PRU13 Menuju PRU14 diadakan di Komplek Pas Kedah di sini, kelmarin.

Sebelum ini, seorang pemimpin kanan Pas didakwa terbabit dengan ajaran Syiah, yang turut menjadi faktor kekalahan PR di Kedah.

Menurut sumber dalaman, Syura sudah memanggil pemimpin berkenaan untuk membuat pengakuan sama ada terlibat atau sebaliknya dengan Syiah.

Beliau berkata, beberapa hari lalu pemimpin itu sudah menandatangani surat pengakuan bahawa tidak terbabit dengan sebarang aktiviti Syiah seperti yang diuar-uarkan.

Kerajaan negeri sebelum ini memohon kerjasama golongan ulama dan masyarakat setempat dalam menangani isu penyebaran ajaran Syiah yang berlaku di negeri ini.

Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan, Mohd Rawi Abd Hamid berkata, semua pihak perlu memainkan peranan kerana ia merupakan ancaman terbesar akidah yang harus dikekang.

Menurutnya, golongan ulama lebih arif untuk mengenal pasti individu terlibat dan maklumat itu boleh dijadikan panduan agar orang ramai lebih berhati-hati manakala pusat pengajian agama diminta menyalurkan maklumat mengenai penyebaran ajaran itu jika dikesan di kawasan mereka - SINAR

Apj : Jangan cakap ja terus bertindak wahai Pas ..

Friday, 21 June 2013

ISU SYIAH BERLELUASA , DIMANA MENTERI AGAMA ISLAM KITA ? @NajibRazak




Apj ulang video diatas untuk bersuara lagi tentang isu Syiah yang makin berleluasa di Malaysia ni .Kat Malaysia ni negara Ahli Sunnah Wa Jama'ah yang bermazhabkan Imam As-Shafie RA. Semenangnya Malaysia tidak mengiktiraf  Syiah kat Malaysia ni dan sesetengah negeri ,Syiah difatwakan sebagai ajaran sesat. 

Dalam rasa kerisauan akan berleluasanya Syiah di Malaysia dan yang terbaru mereka telah merasmikan markas Syiah di Klang, Selangor seperti video diatas, hati ni rasa terkilan dimana suara dan tindakkan pemegang amanah menjaga Agama Islam di Malaysia ni termasuk Menteri Agama Islam? Apakah tindakkan atau hanya memekak dan membutakan mata sahaja mengenai isu ini. 

Kali ini mungkin ayatnya agak menentang tapi tentangan ini untuk apa ? Untuk memastikan amanah dan tanggungawab yang diberikan itu dilaksanakan. Kita kena ingat betapa beratnya amanah untuk menjaga Agama Islam ini !! Kalau sesibukmana sekalipun amanah yang diberikan kena laksanakan tatkala Agama Islam diserang kiri, kanan , depan , belakang , atas dan bawah ini. Nak kata sibuk politik, pru dahpun tamat dan tanggungjawab dahpun diberikan. 

Tiada suara-suara besar yang menentang akan penyebaran syiah ni, ini baru kes syiah belum lagi kes lain yang melibatkan Agama. Siapa lagi nak bersuara dan bertindak ? Adakah nak minta ah chai atau mutusamy menolong kita untuk bertindak ? 


Gerakan Syiah Di Kedah -

Inilah dia wajah-wajah penganut Agama Syiah di PENDANG, KEDAH yang membuat laporan polis terhadap Ustaz Alaudin bin Dato’ Abu Bakar yang berani membongkar ajaran sesat Syiah di sana. penganut Syiah ni ibarat penganut Qadiani, semakin lama semakin membiak, lepas tu mula buat masjid sendiri, buat perkampungan sendiri, buat komuniti sendiri.

Kawasan kawasan yang dikatakan mempunyai pengaruh Syiah antara kawasan paling banyak menaikkan bendera hitam seperti di Kuala Kedah, Padang Terap, Baling, Jerai dan beberapa lagi kawasan kecil di Kedah..- Sumber FB 

Syiah di Malaysia dah berani menonolkan diri , kerana apa ? kerana kita tiada suara dan tindakan keatas mereka ? Penakut atau sibuk dengan hal lain sampai tanggungawab yang diamanahkan kita abaikan? 

Apj harap sangat pihak yang dipertanggungjawabkan termasuk Menteri Agama kita melakukan sesuatu bagi membanteras segala ancaman terhadap Islam di Malaysia ni. Jangan sampai amanah itu memakan diri kita sendiri sudah la. 

Politik-politik jugak jangan sampai politik itu membunuh kita sudah la no. 


POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...