sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label amerika. Show all posts
Showing posts with label amerika. Show all posts

Friday, 13 February 2015

Amerika Jangan Belagak Pandai - @azwanbro



Siapa yang tak kenal perangai Amerika yang suka mencampuri urusan negara lain, dalam kes Anwar yang dijatuhkan hukuman menjara 5 tahun kerana MELIWAT Saiful yang juga bekas pembantunya. Amerika dilihat mempertikaikan institusi kehakiman Malaysia kerana hukuman itu.

Kesalahan MELIWAT adalah satu perkara yang menyalahi undang-undang di Malaysia dan haram disisi agama Islam. Di Amerika memang tak payah cakap la bukan saja liwat DIHALALkan malah semua perkara mereka izinkan.

Dari dulu Amerika memang mempertahankan Anwar kerana bagi mereka Anwar adalah sekutu rapat mereka dan mengharap Anwar boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia agar mudah tunduk atas setiap arahan.

Bagi Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairul Azwan Harun, Amerika Syarikat berperangai seperti kanak-kanak kerana mempertikaikan dan mencampuri urusan negara orang lain.

Amerika juga dilihat sebuah negara ekstremis kerana menjadi penyibuk dan menjaga 'tepi kain' negara secara keterlaluan yang melampaui batasan diplomatik serta demokrasi sedia ada.



"Anwar dan Saiful (Mohd Saiful Bukhari Azlan) bukan rakyat Amerika, jadi mereka tidak payah hendak menyibuk hal negara kita. Ini soal Anwar dan bekas pembantu dia dahulu dan tidak ada kena mengena dengan kerajaan atau rakyat Amerika.

"Pentadbiran Rumah Putih juga dangkal sistem demokrasi dan kehakiman kita. Negara Uncle Sam berlagak pandai seolah-olah mereka arif sangat apa yang sedang berlaku.

"Amerika sendiri banyak isu hak asasi dan perundangan sendiri yang perlu diperbaiki dahulu," katanya

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...