sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label USA. Show all posts
Showing posts with label USA. Show all posts

Friday, 13 February 2015

Amerika Jangan Belagak Pandai - @azwanbro



Siapa yang tak kenal perangai Amerika yang suka mencampuri urusan negara lain, dalam kes Anwar yang dijatuhkan hukuman menjara 5 tahun kerana MELIWAT Saiful yang juga bekas pembantunya. Amerika dilihat mempertikaikan institusi kehakiman Malaysia kerana hukuman itu.

Kesalahan MELIWAT adalah satu perkara yang menyalahi undang-undang di Malaysia dan haram disisi agama Islam. Di Amerika memang tak payah cakap la bukan saja liwat DIHALALkan malah semua perkara mereka izinkan.

Dari dulu Amerika memang mempertahankan Anwar kerana bagi mereka Anwar adalah sekutu rapat mereka dan mengharap Anwar boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia agar mudah tunduk atas setiap arahan.

Bagi Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairul Azwan Harun, Amerika Syarikat berperangai seperti kanak-kanak kerana mempertikaikan dan mencampuri urusan negara orang lain.

Amerika juga dilihat sebuah negara ekstremis kerana menjadi penyibuk dan menjaga 'tepi kain' negara secara keterlaluan yang melampaui batasan diplomatik serta demokrasi sedia ada.



"Anwar dan Saiful (Mohd Saiful Bukhari Azlan) bukan rakyat Amerika, jadi mereka tidak payah hendak menyibuk hal negara kita. Ini soal Anwar dan bekas pembantu dia dahulu dan tidak ada kena mengena dengan kerajaan atau rakyat Amerika.

"Pentadbiran Rumah Putih juga dangkal sistem demokrasi dan kehakiman kita. Negara Uncle Sam berlagak pandai seolah-olah mereka arif sangat apa yang sedang berlaku.

"Amerika sendiri banyak isu hak asasi dan perundangan sendiri yang perlu diperbaiki dahulu," katanya

Tuesday, 7 May 2013

TERKINI !!! ANWAR TERKEDU AMERIKA IKTIRAF KEPUTUSAN PRU13 MALAYSIA #PRU13 #BNBagus


WASHINGTON - The United States has recognized Malaysia's election result, calling it the "most competitive" in the Southeast Asian nation's history, despite opposition claims of irregularities in the vote.

State Department spokesman Patrick Ventrell said the U.S. looked forward to working with the government to be formed by Prime Minister Najib Razak after his coalition returned to power after winning Sunday's parliamentary elections with a diminished majority and despite losing the popular vote.

Ventrell told reporters in Washington on Monday that the U.S. was aware of concerns about voting irregularities and noted the opposition parties faced significant restrictions on access to the media.

He said addressing these issues is important for strengthening confidence in the electoral process, and called on all parties "to peacefully respect the will of the voters."

Friday, 3 May 2013

OWHHH !! NI KERJA HANG SELAMA NI YA NUAR !!! BUKTI !!!#PilihBN #TolakPR #NajibMyPM #GE13 #PRU13 #BetterNation


Semakin banyak pendedahan dibuat menunjukkan Bersih dibiayai oleh kumpulan-kumpulan asing dari Amerika Syarikat di bawah naungan Anwar Ibrahim.

Umum mengetahui Bersih dibiayai oleh NDI dan OSI, kedua-duanya milik George Soros.

Walaupun bukti semakin jelas, masih ramai rakyat Malaysia yang dipergunakan oleh Ambiga & Anwar Ibrahim.


MAI KITA TENGOK DOKUMEN NI SEBAGAI BUKTI 

Inline image 3

Inline image 4

Inline image 5

TAK CUKUP MAI BACA SINI 

Wednesday, 17 April 2013

GEMPAR !!! PELUMBA MALAYSIA TERSELAMAT DARIPADA LETUPAN BOM DI MARATON BOSTON

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia yang menyertai Maraton Boston terselamat daripada dua insiden letupan bom berdekatan garisan penamat di Massachusetts, Amerika Syarikat.
“Saya bersyukur kerana tidak menjadi mangsa.

“Saya meninggalkan tempat kejadian 30 minit sebelum letupan berlaku memandangkan saya menamatkan larian dalam masa tiga jam 33 minit. Saya berada di stesen Arlington apabila letupan berlaku,” kata Lim Kian Huat, 57, ketika dihubungi.

Lim yang merupakan jurutera penyelenggaraan pesawat Malaysia Airlines berkata, walaupun dia tidak jelas mengenai apa yang berlaku, bandar tersebut bertukar menjadi huru-hara.

“Saya amat terkejut. Maraton Boston itu merupakan acara tertua dan terkemuka, tiada siapa menduga perkara itu berlaku,” kata Lim.

Operasi tren dihentikan serta merta sehingga menyebabkan Lim dan beberapa peserta terpaksa berjalan kaki sejauh 5km ke hotel penginapan mereka di Holiday Inn Express.

Di hotel berkenaan, mereka dinasihatkan untuk masuk ke bilik masing-masing dan tidak dibenarkan keluar sehingga arahan diberikan.

“Memandang kejadian itu berlaku pada waktu pagi di Malaysia, saya tidak menghubungi keluarga dengan segera untuk memaklumkan mereka.

“Sebaik saya menghubungi mereka, mereka amat terkejut. Mereka menasihatkan saya supaya menjaga diri dan menunggu kepulangan saya ke Malaysia,” katanya.

Lim mengambil keputusan untuk meninggalkan tempat maraton itu lebih awal kerana tiada ramai kawan dan cuaca sejuk.

“Saya sangat letih selain cuaca yang sejuk. Saya hanya menunggu untuk mengambil hadiah. Saya mungkin berada lebih lama di situ jika kawan saya ada bersama,” kata Lim.

Pelumba maraton itu yang bergiat aktif dalam acara tersebut selama tiga tahun untuk acara di Tokyo, Chiang Mai, Yangon dan Taipei akan kembali ke tanah air pada pukul 4 petang Rabu (waktu Boston) dan dijangka tiba pada pagi Khamis (waktu tempatan)

Friday, 5 April 2013

PANAS !! HARI INI ATAU ESOK SERANGAN NUKLEAR TERHADAP US DAN KOREA SELATAN !!


SEOUL 4 April - Korea Utara, hari ini memberi amaran bahawa negara itu telah memberi kebenaran kepada pasukan tentera negara itu untuk melancarkan rancangan serangan nuklear ke atas sasaran di Amerika Syarikat (AS).

"Masa berlakunya letupan semakin hampir," kata tentera Korea Utara sambil memberi amaran bahawa perang boleh berlaku sama ada 'hari ini atau esok'.

Ancaman terbaharu Pyongyang itu dibuat ketika Washington berusaha meningkatkan pertahanan peluru berpandu negara itu di Pasifik dengan bersiap sedia menghantar pemintas dari darat ke Guam, selain menempatkan dua kapal pemusnah anti-peluru berpandu Aegis.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), kumpulan pegawai Tentera Rakyat Korea memberi amaran kepada Washington bahawa ancaman AS akan 'dibalas dengan pelbagai jenis serangan nuklear'.

"Operasi tentera tanpa belas kasihan bagi bertindak balas atas ancaman AS telah diteliti dan disahkan," kata kenyataan itu.

Sementara itu, Pentagon mendedahkan akan menghantar meriam pemintas peluru berpandu dari darat untuk melindungi pangkalan tentera AS di pulau Guam yang terletak kira-kira 3,380 kilometer ke tenggara Korea Utara.

Pangkalan tentera AS di Guam menempatkan 6,000 tentera AS, kapal selam serta pengebom.

Meriam itu akan melengkapkan sistem pertahanan peluru berpandu AS di rantau itu selepas dua kapal pemusnah antipeluru berpandu Aegis dihantar sebelum ini.

Terminal Pertahanan Kawasan Altitud tinggi (THAAD) adalah sistem pertahanan yang dipasang pada trak yang mampu mengesan peluru berpandu musuh dan pelancarnya serta melancarkan pemintas bagi memusnahkannya. - AFP


Beberapa orang anggota tentera Amerika Syarikat dari Batalion Kimia Ke-23, memakai pakaian perlindungan semasa mengadakan demonstrasi iRobot PackBot di Kem Stanley, utara Seoul, Korea Selatan, semalam. - AFP

Thursday, 4 April 2013

GEMPAR !!! KOREA UTARA LULUS SERANGAN NUKLEAR KE ATAS US



SEOUL 4 April - Tentera Korea Utara hari ini memaklumkan ia telah mendapat kelulusan akhir untuk melancarkan serangan ketenteraan ke atas Amerika Syarikat (AS) dengan kemungkinan menggunakan senjata nuklear.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), Ketua Turus Tentera Rakyat Korea (KPA) berkata, beliau secara rasmi telah memaklumkan kepada Washington bahawa ancaman AS akan 'dibalas dengan pelbagai jenis serangan nuklear'.

"Serangan tanpa belas kasihan daripada pasukan tentera revolusi kami ekoran ancaman AS telah diteliti dan disahkan," kata kenyataan itu. - AFP

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...