sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday, 27 May 2012

VIDEO TERKINI HBN2012 : MITSUBISHI LENCER LANGGAR PENONTON~~


VIDEO EKSKLUSIF: KES LANGGAR PENONTON DI HBN2012





Sebentar tadi, DS Ahmad Shabery Cheek berkesempatan melawat mangsa insiden Drag Race malam tadi di Hospital Putrajaya. Ami bin Nakim, 27 tahun, kini berada di wad pembedahan dan kedua-dua kakinya retak akibat rempuhan dari kereta Mitsubishi Lancer Turbo yang dipandu oleh peserta Drag Race.


Menurut saksi kejadian, marshal yang bertugas telah mengarahkan para penonton untuk menjauhi jalan ketika perlumbaan berlangsung namun arahan mereka tidak dihiraukan oleh penonton malah terus menyebarangi jalan utama untuk menyaksikan perlumbaan dengan lebih dekat lagi.


Lebih 10,000 orang datang untuk menyaksikan perlumbaan drag yang julung-julung kali diadakan di Putrajaya pada hari ke-4 penganjuran Hari Belia Negara 2012. Dalam insiden terbabit, seramai 17 orang mangsa terlibat dan tiga orang dikejarkan ke ICU Hospital Putrajaya manakala selebihnya dirawat sebagai pesakit luar.


Tiga orang yang parah kini telah mendapat rawatan, seorang dalam wad pembedahan, seorang masih dalam bilik pembedahan dan seorang lagi masih dalam ICU tetapi stabil. Bapa kepada salah seorang mangsa menyatakan yang mereka tidak menyalahkan KBS kerana anak mereka memang peminat sukan lumba drag dan sanggup kemana sahaja jika ada perlumbaan yang dianjurkan.


Menteri Belia dan Sukan menambah, kos untuk ketiga-tiga mangsa yang masih mendapat rawatan akan ditanggung oleh KBS dan pihaknya masih menunggu laporan dari pengurus acara lumba drag untuk dibentangkan di Parlimen.


DS Shabery juga berkata yang sukan lumba drag ini akan dimansuhkan pada penganjuran akan datang kerana tidak mahu insiden yang sama berulang.



SUMBER : JBERNAM

KERAJAAN TETAP BERTANGGUNGJAWAB

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive