sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 5 September 2012

AL-FATIHAH DATO DR MAHADZIR MENINGGAL DUNIA

DATO DR MAHADZIR BIN MOHD KHIR MENINGGAL DUNIA

Salam semua Dato Dr Mahadzir Bin Mohd Khir bekas Ahli Parlimen Sungai Petani yang juga bekas Timbalan Menteri Pelajaran meninggal dunia sebentar tadi di UM Hospital.


DariNya kita datang kepadaNya jua kita kembali - Al-Fatihah buat Allahyarham Dato Dr Mahadzir Bin Mohd Khir.









                                   YB. Profesor Madya Dato' Dr. Mahadzir Mohd Khir

Profesor Madya Dato' Dr. Mahadzir Mohd. Khir dilahirkan pada 16 Mei 1945 di Kedah. Berpendidikan dari University of Michigan dan University Malaya (UM).

Kerjaya :
Bekas seorang guru
Pensyarah Universiti Malaya di Jabatan Sejarah
Presiden Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (KKAUM)
Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan

Penglibatan Politik :
Memenangi kerusi parlimen kawasan Sungai Petani (1999)

Merupakan seorang kolumnis di beberapa majalah tempatan dan tetamu forum di televisyen, membuatkannya sering dikenali ramai. Amat meminati karya sastera dan fiksyen, beliau mempunyai koleksi jumlah buku yang tidak pernah dihitungnya. Beliau juga merupakan seorang pakar sejarah. Buku koleksi terpilih yang dimiliki beliau banyak berkisar kepada sejarah negara ini dan negara serantau.

Sempena dengan perlantikan beliau sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Profesor Madya Dato' Dr. Mahadzir Mohd. Khir berharap dapat menjana generasi muda menjadi pemimpin berwibawa sebagai pewaris negara dalam abad akan datang. Tumpuan pertama beliau adalah kepada murid sekolah rendah dengan menerapkan pendidikan berasaskan teknologi maklumat terutama komputer. Tidak setakat itu sahaja, sebagai seorang wakil rakyat yang mempunyai minat membaca, beliau telah memperluaskan kewujudan Pusat Bacaan Rakyat (PUBARA) yang terdapat dibanyak daerah dalam Negeri Kedah. Beliau turut memberi perhatian yang lebih kepada perpustakaan sekolah rendah untuk memantapkan lagi kemudahan sedia ada.

Sebagai mengenang sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran antaranya Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K) oleh KDYMM Sultan Kedah.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive