PANAS : LETUPAN BOM GEGAR TUDM KUANTAN !!!
Kejadian ni berlaku pada pagi 03 Sep lalu, satu tembakan bom dari pesawat TUDM jenis Hawk telah mengegarkan seluruh kawasan TUDM Kuantan, Pahang. Semua wakil media tergamam dengan perbagai aksi dan demontrasi perang oleh pihak TUDM semasa Lawatan Media Kanan bersama Menteri pertahanan ke TUDM Kuantan.Pahang.
Aku bersama rakan media lain berlepas dari TUDM Subang jam 8.30 pagi menaiki pesawat Charlie menuju ke pengkalan udara TUDM Kuantan. Pertama kali aku menaiki pesawat tentera, bangga, teruja, bimbang semua ada, tapi aku rasa bertuah kerana berpeluang bersama rakan media lain menaiki pesawat TUDM.
Walaupun tak mewah seperti pesawat Air Asia atau MAS tapi pesawat TUDM sangat istimewa dan terfikir dalam fikiran aku erti perjuagan dan pergorbanan anggota tentera besar ertinya pada Negara. Kira-kira 10 minit hendak sampai di TUDM Kuantan kami dikejutkan dengan kehadiran 2 pesawat pejuang TUDM iaitu MIG-29 memintas pesawat Charlie yang kami naiki, debaran pada semua rakan media tentang apa yang berlaku sebenarnya dalam lawatan ini.
Aku makin teruja dapat melihat pesawat MIG-29 terbang dari dekat, bangganya aku pada negara tercinta ini. Sempat aku merakam detik bertuah ini dari udara buat kenangan dan laporan dalam tv nanti.
Setelah selamat sampai di Pengkalan udara TUDM Kuantan, kami dikejutkan lagi dengan jeritan satu pasukan lengkap bersenjata mengarahkan kami turun dengan pantas, fuhhh apa lagi lepas ni, dalam rakaman aku sempat rakam detik kejadian itu, aku lihat 5 orang lelaki ditangkap oleh unit tentera tadi, pakaian mereka sama macam kami, takkan TUDM siksa kawan-kawan media aku?
Cissss. terkena kami, rupanya dalam pesawat yang kami naiki ada 5 penganas yang cuba merampas pesawat, kejadian ini salah satu demontrasi oleh pasukan TUDM. Sangat menarik dan makin bersemangat kami nak tahu apa lagi akan berlaku semasa lawatan ini.
Aku sambung episod perjalanan lawatan kami ke TUDM Kuantan esok, nantikan rakaman dan aksi hebat TUDM Malaysia bersama Media .
Wsalam.
No comments:
Post a Comment