sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday, 26 September 2012

PANAS !! KELUARGA BUDAK HINA ISLAM BERJAYA DISELAMATKAN AKIBAT DISERANG !!

RUMAH BUDAK HINA ISLAM DISERANG!!!


Rumah keluarga pemuda yang didakwa menghina Allah dan Nabi Muhammad S.A.W menerusi laman sosial Facebook diserang sekumpulan lelaki di Taman Klang Jaya, Klang awal pagi ini.

Rumah keluarga pemuda berusia 25 tahun itu diserang sekitar jam 1.30 pagi ini.

Wartawan Utusan yang tiba di rumah tersebut sekitar pukul 3 pagi ini mendapati keseluruhan barangan di dalam rumah itu rosak teruk dengan semua barang dipecahkan serta diselerakkan.

Turut dirosakkan sebuah kereta jenis Perodua Gen2 manakala rumah tersebut ditinggalkan dengan lampu dan kipas yang masih terbuka.

Usaha mendapatkan keluarga berkenaan juga gagal apabila rumah itu ditinggalkan selepas dipercayai mereka diselamatkan oleh orang ramai dan pihak berkuasa.

Sementara itu akaun facebook milik pemuda ini telah di 'hack' dan terbukti penafian beliau dan menyatakan laptopnya 'dicuri' adalah satu penipuan. Malanya bagi pemuda ini kerana sifat dan kebodohan sendiri telah membawa padah pada diri dan keluarganya sendiri. Buat rakyat Malaysia yang hidup berbilang kaum di negara ini, jagalah adap kita dan usah persoal hal bangsa atau agama orang lain. Cuba hidup untuk kedamaian dan kemakmuran bukan kehancuran.

Sumber : utusan online dan Klik Sini

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive