sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday, 8 September 2012

BIADAP LANCARKAN PERANG SELAMATKAN AMOI DOLL???


PR LANCAR JIHAD PERTAHAN AMMAR DAN SIN YEE??

gambar sumber fb ye

Dengan penangkapan ikon biadab, Ammar dan Sin Yee, PR dikatakan sedang mengatur langkah untuk membela kedua-dua mereka sebagai modal politik seterusnya.

Di masa yang sama, ibu bapa Ammar yang pantas bertindak menyerahkannya kepada pihak polis telah pun meminta maaf kepada Perdana Menteri dan rakyat Malaysia atas tindakan biadap anak mereka. Malah, mereka juga sedang berusaha untuk berjumpa dengan Perdana Menteri bagi meminta maaf secara rasmi dan bersemuka sebagai tanda ikhlas dan insaf. 





Sin Yee bagaimanapun, menggunakan pentas politik untuk meminta maaf iaitu melalui DAP dan dengan membuat sidang media dalam bahasa Cina yang diterjemahkan. Tiada permohonan maaf secara langsung kepada Perdana Menteri yang dilafazkan, hanya permohonan maaf secara umum kepada rakyat Malaysia. Itupun entah tepat entah tidak dengan terjemahan yang diperdengarkan kepada kita.

Tidak seperti Ammar, pihak Sin Yee tidak menyatakan minat untuk menemui Perdana Menteri dan meminta maaf secara rasmi dan bersemuka.

Sebaliknya, dengan meminta bantuan DAP, parti itu pantas menjadikan tangan Sin Yee yang digari ketika tangkapan sebagai isu untuk menenggelamkan isu sebenar, iaitu bersikap biadab terhadap pemimpin negara.

Namun, oleh kerana bukan hanya Sin Yee yang terlibat, DAP merasa bimbang jika sifat perkauman mereka kelihatan begitu ketara jika hanya Sin Yee yang dibela. Justeru, mahu tidak mahu, PR perlu kelihatan membela semua yang terlibat secara adil. Keputusannya, Ammar dan Sin Yee, kedua-duanya perlu dibela oleh PR.

Untuk itu, kedua-dua mereka tidak boleh dibiarkan digambarkan sebagai pesalah tetapi perlu dijadikan wira. Bagi mencapai matlamat ini, PAS perlu melancarkan jihad untuk membela kedua-dua Ammar dan Sin Yee atas nama keadilan dalam Islam.

Hujah yang digunakan oleh PR ialah kedua-dua mereka masih muda dan kesalahan yang dilakukan adalah tidak seberapa iaitu hanya memijak dan menunjuk punggung kepada gambar, bukannya kepala Dato’ Seri Najib. Oleh itu, mereka tidak layak dilayan seperti penjenayah dengan mengenakan gari ketika tangkapan. Tindakan tersebut akan digembar-gemburkan sebagai menunjukkan yang kerajaan tidak berperi-kemanusiaan, tidak bertimbang rasa dan sengaja ingin menutup hak bersuara rakyat.

Di samping itu, DAP tetap juga akan menggunakan pendekatan perkauman bagi menaikkan kemarahan kaum Cina terhadap kerajaan. Beberapa isu akan ditimbulkan bagi menunjukkan layanan berbeza oleh polis terhadap peserta Cina dan Melayu yang ditangkap atau antara Sin Yee dan Ammar.

Inilah antara stragegi jihad PR untuk Sin Yee dan Ammar dan mereka bakal melancarnya secara serentak secepat mungkin.

Nampaknya demi kuasa, PR, termasuk PAS sanggup melancarkan jihad membela perlakuan menunjuk punggung di khalayak ramai. Kerana kuasa PAS sanggup berjihad untuk anak Cina yang kurang ajar terhadap pemimpin Islam. Lebih buruk ialah si anak Cina itu langsung tidak menunjukkan keikhlasan dan keinsafan dalam permohonan maafnya. Sudahlah dibuat di dalam bahasa Cina yang mana Perdana Menteri tidak dapat memahaminya, lebih teruk lagi ialah hakikat bahawa seorang warganegara yang mengaku setia kepada negara tidak mampu berbahasa kebangsaan walaupun untuk memohon maaf.

Inilah produk DAP dan produk inilah yang PKR dan PAS sedang bantu untuk diperkembangkan dan diperkuatkan.

Nampaknya, jihad PR adalah jihad untuk memenangkan kafir harbi


Sumber : amir hakimi

PSSST : PAKATAN SELALU JADI HERO SELAMATKAN PENJENAYAH!!! 

1 comment:

Anonymous said...

tinggal dlm Malaysia..tp xkan langsung xtahu berbahasa Melayu?
harap bangsa Melayu cepat sedar...

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive