Bangsa Harimau yang kuat lagi gagah , bila anaknya diserang pasti bukan seekor tapi semua datang menyerang pengacau yang menyerang. Itulah lambang semua kekuatan, bersatu bersama tika sudah dan senang.
Bangsa kambing pulak , jika anak di usik atau diserang , hanya mampu melihat dan kaku .. Bangsa penakut dan lambang kehancuran. Pastinya bangsa ni disukai oleh bangsa penyerang kerana sikap lemah lembut dan penakut.
Apj dilahirkan di era zaman Tun Mahathir menjadi pemimpin negara. Masa tu hujung tahun 80an tiada zaman internet-internet , handfon serba canggih macam sekarang. Apj hanya dimomokkan oleh cerita-cerita dari mulut ke mulut dan surat khabar yang sekali sekali dibeli oleh orang tua.
Masa tu bagi jawatan Perdana Menteri memang menjadi sebutan disekolah , seolah dialah idola yang patut menjadi ikutan. Cerita tentang kehebatan seorang Perdana Menteri bernama Mahathir .
Masuk 90an, kepala otak ni didedahkan dengan cara pentadbiran Perdana Menteri yang sangat digeruni dan disukai ramai kawan dan musuh. Terasa negara ni aman damai tanpa ada cerita masalah perkauman atau rasis pada sesetengah kaum.
Jika berlaku apa-apa masalah terus diselesaikan oleh satu akta bernama ISA , pastinya ramai pengkhianat dan musuh negara amat gerun dengan akta ini. Akta yang membuatkan negara aman damai.
Kini setelah hampir 13 tahun zaman pemerintahan Mahathir berakhir,tiada lagi akta-akta yang digeruni, semuanya dihapuskan hasil termakan dan ikut tekanan dari pembangkang yang diketuai DAP , macam-macam benda berlaku , keamanan yang kita rasa sekarang ?? dengan tembak menembak merata tempat , penjenayah dibela , ugutan antara kaum berleluasa , hina agama , hina kaum , hina Sultan yang menjadi kekuatan lambang bangsa Melayu dan Malaysia ni.. itu baru serba sedikit Apj nak cerita tentang keamanan.
PRU13 mengajar kita sebenarnya erti kekuatan , kekuatan bangsa Melayu yang kian lemah , dek kerana banyak benda dah kita korbankan demi desakan dari satu pihak lain, Kita lemah longlai atas kesilapan sendiri dan orang lain mula bangun pijak kepala kita.
PRU13 adalah pentas dimana mengajar kita agar tidak terjerat dengan tekanan dari sekelumit golongan yang punya cita-cita licik melemahkan bangsa Melayu , kerana apa ?? bangsa Melayu hanya tinggal kuasa , yang lain dah hancur ditelan masa.
Kita lemah dalam menguruskan pentadbiran negara dan bukan menguatkan undang-undang yang ada malah melemahkan kesemuanya , ISA hanya tinggal nama , Akta hasutan juga dikuburkan , apa lagi selepas ini yang mahu kita korbankan !!!
Berapa banyak lagi kita bakal lihat penjenayah diagungkan , penghasut dibebaskan , pemfitnah dibiarkan , penghina diampunkan ?? lemahnya kita !! Kita mahu lihat ada lagi manusia pembela Islam seperti 4 orang pemuda di Selangor yang bakal dihukum mati kerana membalas dendam dengan penghina Islam ? Sedangkan si penghina Islam bebas dan mampu ketawa sinis , itulah nasib korang wahai Melayu dan islam !!
Perdana Menteri tidak lagi menjadi idola kepada masyarakat , kerana apa ?? sistem dan cara yang tidak betul dilaksanakan kononnya untuk bergerak kearah yang lebih baik !!
Jika apa yang terjadi sebelum ini tidak menjadi ingatan atau amaran kepada kerajaan , tidak mustahil pru14 nanti semuanya lenyap dan hancur , jika masih melabur pada bangsa yang tak mengenang jasa pastinya bala akan tiba dan membiarkan bangsa yang mengenang jasa semasa pru13 , pastinya kerajaan bakal tersungkur di pintu neraka.
Kepada kerajaan jangan jadi bangsa kambing yang penakut dan tunduk pada keadaan , jadilah seperti bangsa harimau yang bersatu dan bertindak jika terancam .
No comments:
Post a Comment