sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday, 23 July 2013

GEMPAR !!! #KualaBesut !! PAS TERDESAK TUDUH UMNO SEBAR SMS PALSU !!! @tunfaisal @ahmadmaslan




Bahang PRK Kuala Besut kian terasa hanya tinggal sehari sebelum pertandingan merebut Dun Kuala Bessut antara Pas dan Barisan Nasional. Semalam dalam ceramah Pas ada seorang pengacara Pas merapu meroyan menuduh UMNO membuat fitnah kepada Calon Pas. 

Katanya beliau ada menerima satu sms berbunyi : 

Adik kakak, pengundi UPU Kampung Baru yang nok undi atau doa untuk Che Long, diminta mari rumah Che Long malam ini. Che Long nak beri zakat sempena Ramadhan dan Hari Raya. Daripada : Ustaz Wan Azhar


Rakaman ceramah di Kampung Tok Saboh yang diambil malam tadi. Selesai sesi ceramah, pengacara telah meminta perhatian hadirin kepada satu SMS palsu yang kononnya telah disebarkan kepada penduduk kampung supaya beramai-ramai pergi ke rumah Che Long untuk menerima zakat padahal ianya tidak berlaku.

Ia digambarkan sebagai satu usaha SABOTAJ oleh pihak lawan untuk memburukkan imej calon dan parti Pas.

Seharusnya pengacara mengumumkan nombor talipon yang menghantar mesej itu supaya kita dapat sama-sama semak dan kesan pemiliknya, seterusnya membuat lapuran Polis sekiranya terbukti ia palsu.

Jangan dijadikan sebagai umpan politik murahan menagih simpati pengundi


Seperti yang dapat disaksikan dari video diatas, sesiapa pun boleh menghantar SMS seumpama itu. Janganlah perkara seperti itu dijadikan modal politik. Lebih baik diserahkan kepada pihak Polis untuk dilakukan siasatan.

dari sumber : dinturtle

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive