Memang panas !!! panas bukan kerana matahari atas kepala tapi bahang kepanasan gendang pemilihan Umno sudah dipalu !! Antara yang terlibat dengan kepanasan nih adalah Arman PJU yang dah 'declare' teringin nak bertanding jawatan Exco Pemuda Umno Malaysia.
Mula-mula kenai Armand ni , memang Apj rasa dia ni samseng , tengok wajah bengis rasa hati ni mungkin dia ni kepala geng kongsi gelap ka , 3 line ka , 4 line ka , 5 line ka !! tapi bila dah lama kenai baru tau perangai sebenar mamat ni !!! Kalau di pehimpunan Agung dulu , ada kumpulan-kumpulan kecil duk sembang , depalah yang paling riuh duk gelak !! Armand ni memang yang boleh dibuat kawan , bab ambil berat dialah no satu !! ewahhh puji lebih pulak kat hang bro , kang orang kata hang 'bela dan taja' Apj pulak duk puji lebih-lebih nih !!
Sebagai kawan dan sama-sama berjuang dalam Umno Apj sokong 120% Armand bertanding dalam Exco Pemuda Malaysia. Bukan apa , Armand punya suara yang lantang dan Pemuda perlu lebih gagah berjuang , bukan lembik !!! Jadi calon macam nilah yang patut Pemuda Umno Malaysia ada.
Tidak salah rasanya Armand boleh berada dalam rangking 20 Exco yang ada. Pemuda Umno perlu berubah dan gagah seperti dulu !! bak kata Apj dalam satu artikel semalam ' kita perlu jadi bangsa Harimau dan jangan jadi bangsa Kambing '
Kita nak Pemuda Umno segagah Harimau yang bersatu bila diusik bukan jadi kayu macam bangsa kambing yang penakut !!!
Untuk Armand , Apj harap jika memang dan terpilih dalam barisan Exco Pemuda dapat bawa perubahan dan suara yang lantang dan bernas.
VOTE #Armand4Exco
No comments:
Post a Comment