sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday, 10 August 2013

Gempar !! Askar Malaysia Parah di Tembak Di Sempadan Malaysia -Thailand @NajibRazak









BUKIT KAYU HITAM: Seorang anggota tentera yang sedang berkawal di kawasan pagar sempadan Malaysia-Thailand di sini cedera parah selepas dipercayai ditembak suspek bersenjata kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya berkata, difahamkan, mangsa yang berusia 26 tahun sedang membuat rondaan sempadan di lokasi N9 kawasan pagar Bukit Kayu Hitam sebelum ternampak pagar berlubang.

"Ketika membetulkan pagar itu, mangsa terdengar bunyi letupan sebelum melarikan diri. Ketika melarikan diri mangsa terjatuh selepas terkena satu das tembakan di badan yang ditembak dari arah Thailand," katanya ketika dihubungi BH sebentar tadi.


Katanya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar untuk rawatan susulan.

Bharian

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive