sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday, 13 August 2013

PEHHH !!!! BARISAN WANITA UMNO BAKAL BERUBAH !!! AZALINA UCAP TAHNIAH PADA YB SURAYA YAACOB !!! @NajibRazak @suraya_yaacob @azalina

Jawatan dalam Wanita Umno tidak kurang hebatnya untuk diperkatakan menjelang Pemilihan Umno nanti , sudah mula kedengaran mereka-mereka yang mahu menawarkan diri untuk bertanding dan merubah kisah hitam yang berlaku dalam Wanita Umno setelah Ketua Wanitanya terpalit dengan scandal NFC dulu.

Bagaikan angin sawah membawa khabar berita di telinga Apj menyatakan bahawa Adun kawasan Apj iaitu Sungai Tiang akan bertanding bagi Naib Ketua Wanita Umno Malaysia nanti !!! wahhh kalau begitu berani Wanita ini menawarkan diri kenapa tidak Apj menyokong penuh beliau dalam Pemilihan Umno nanti walaupun di arena maya nih !!!

Nama Yb Datuk Suraya muncul selepas ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman mengucapkan tahniah kepada Adun Sungai Tiang itu menerusi laman mikro Twitter miliknya.

“Tahniah YB Suraya kerana ada keberanian bertanding jawatan Naib Ketua Wanita Malaysia,” tulisnya.

Sebelum ini, Suraya adalah pemegang jawatan Exco Wanita Umno.

Bagi Apj Wanita Umno perlu disegarkan kembali selepas dilihat longlai dibawah kepimpinan dahulu !!! Sebagai rakyat marhaen Apj mahukan Wanita Umno terus gah menjadi tulang belakang kepada Umno sendiri.

Wanita Umno harus berubah dengan barisan kepimpinan baru agar tidak rebah dan layu seperti dulu !!! huh !!! 

Sedikit tentang Datuk Suraya :

YB Suraya Yaacob merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Pendang, Kedah. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita & Keluarga , Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat , Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani , Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan , Exco Wanita UMNO Malaysia, Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia dan merupakan Presiden (Penaja) MAYC Kebangsaan.

Tokoh Belia Negara 2007

Pada 31 Januari 2008, di dalam Majlis Anugerah Belia Negara Malaysia 2007, beliau dinobatkan Tokoh Belia Wanita 2007 bersama-sama dengan Datuk Shamsul Anuar Nasarah yang dinobatkan Tokoh Belia Lelaki 2007.

Buat Datuk Azalina dan Yb Suraya , teruskan mara kehadapan bukan undur kebelakang menyelamatkan diri !!

2 comments:

Anonymous said...

Lari dari topik sikit tapi saya rasa blog ini boleh publish komen saya mengenai perlantikan Abdul Azeez Rahim sebagai pengerusi Tabung Haji.

Saya mintak tolong sangat-sangat dengan kerajaan utk tarik balik watikah perlantikan beliau.

Saya kenal Azeez. Ini kisah hidupnya. Sekolah rendah di SK bukit bintang. sekolah menengah di Sm bukit bintang PJ. GAGAL SRP. Masuk vanto akedemy PJ dan ambil SRP sekali lagi dan gagal SRP sekali lagi sbg pelajar persendirian.

Lepas itu dia kerja di Shah Motel di Pj sebagai pelayan. Sambil tu dia mula jual kereta terpakai di kalangan kawan2 dia. Dulu dia duduk di kg ghandi jln klang lama.

kemudian dia pindah ke rumah panjang dekat sg way. dia buka kedai kereta terpakai di pj. Nama kedai KTA- Kereta Terpakai Azeez.Banyak buat duit bila dia jual kereta kat pensyarah ITM dsb.

Masuk politik melalui kenalan di Baling. Dia lahir dan membesar di Petaling Jaya. Emak dia 100% mamak. dia janda 5 anak lelaki. Ayah dia rahim ( 100% mamak) tinggalkan anak2 dia dan kawin lain. ayah dia dulu pernah bawa teksi. pas tu berniaga kedai makan dsb.adik beradik dia nasir, rashid, rahman dan mutalib.

Dia bohong satu dunia yg dia ada MBA dari "Preston" universiti. Tak pernah ambil SPM tahu2 dah "beli" MBA.

Dia kalau baca ni pasti terkejut sbb maklumat ini betul 100%. Dia memang kenal sangat dengan saya.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive