sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday, 28 August 2013

PANAS !!!! PEMIMPIN BN PERLU UBAH MENTALITI MENGENAI MEDIA SOSIAL !!! @tunfaisal @NajibRazak



Dominasi Pakatan Rakyat (PR) di alam maya dilihat lebih ketara jika dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN) dalam menarik penglibatan orang ramai di media sosial seperti Twitter, blog, dan Facebook.

Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pemuda Umno Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz menerusi satu kenyataan kepada Antarapos berkata, ini kerana rata-rata pemimpin dan jentera BN yang ada ketika ini masih lagi di takuk lama dengan hanya bergantung kepada blog dan portal berita sahaja. "BN masih ketinggalan dan kurang berkesan dalam menarik penglibatan orang ramai dalam media sosial. "Pemimpin dan jentera BN masih berada dalam era blog dan portal berita," jelas beliau.

Tun Faisal berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebelum ini yang didakwa mengagumi kesungguhan Pakatan Rakyat dalam memberi ruang kepada orang muda untuk terlibat aktif dalam gabungan itu dan "pengurusan media sosial mereka yang sedikit lebih baik berbanding BN".

Menurut Exco Pemuda Umno Malaysia ini lagi, kebanyakan pemimpin BN ketika ini masih lagi belum benar-benar memahami penggunaan media sosial secara berkesan. Malah, beliau mendakwa ada di kalangan pemimpin BN yang menganggap blog dan portal sebagai media sosial.

"Manakala dalam aspek media sosial, pemimpin BN belum sampai ke tahap memahami penggunaan media sosial yang berkesan. "Ada pemimpin BN yang menganggap blog dan portal berita sama dengan media sosial," katanya.

Jelasnya lagi, penggiat media sosial pro-BN perlukan diberi latihan dan pendedahan semula mengenai strategi media sosial.

Katanya, ini kerana PR mempunyai jentera sepenuh masa yang dibayar bagi menggerakkan agenda mereka di laman sosial. Justeru, Tun Faisal menggesa BN melakukan perkara yang sama.

"Penggiat media sosial pro-BN pula memerlukan latihan dan pendedahan semula mengenai strategi media sosial. "Pada waktu yang sama,BN jangan terlalu naif memikirkan bahawa Pakatan tidak mempunyai jentera sepenuh masa dan berbayar dalam media sosial. "BN perlu lakukan perkara yang sama," gesa beliau.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive