Beliau juga mendoakan supaya anggota yang cedera dalam kejadian itu segera pulih.
"Takziah kepada keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam kemalangan di Kuala Kangsar, semalam," kata Najib dalam laman Twitternya hari ini.
Dalam insiden pada 6.30 petang semalam, dua anggota tentera maut manakala dua lagi parah apabila kereta perisai yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik.
Sarjan Bayong anak Burma mati di tempat kejadian manakala Koperal Che Mohd Patanah Che Ismail meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Kuala Kangsar.
Dua anggota tentera yang parah, iaitu Koperal Sharifuddin Abdullah dan Lans Koperal Freaddy anak Barlabas, menerima rawatan di hospital sama.
No comments:
Post a Comment