BULAN lalu, satu pertemuan tertutup secara harmoni, diatur oleh badan tertentu, antara saya dengan 10 pemuda parti Gerakan.
Pemuda Gerakan bertanyakan soalan bertubi-tubi dan mahukan jawapan, kenapa saya selalu dilihat melakukan attack kepada orang Cina dan melabelkan mereka sebagai ultra kiasu? Tidakkah lebih baik menulis menyeru kepada perpaduan nasional?
Saya jawab, tulisan saya tidak melakukan attack kepada semua orang Cina. Tidak semua Cina itu ultra kiasu. Masih ramai orang Cina yang baik.
Ultra kiasu yang setiap kali saya maksudkan adalah merujuk kepada mereka yang menentang agenda nasional seperti termaktub dalam Perlembagaan negara. Tidak kira, sama ada mereka Melayu, Cina, India atau sesiapapun.
Agenda nasional adalah agenda yang telah dipersetujui bersama, seperti kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera, dan lain-lain berkaitan. Kesemua ini mesti dihormati dan diutamakan dalam apa jua keadaan.
Saya tidak menanamkan kebencian. Tidak ada ertinya saya menganut agama Islam, jika saya mengajak umat Islam membenci mereka yang tidak ultra kiasu. Tanggungjawab asas saya kepada mereka adalah; sampaikan walaupun satu ayat (berdakwah).
Semua bangsa (makhluk) adalah ciptaan ALLAH SWT. Mesti dihormati. Tidak kira manusia atau binatang (termasuk babi). Tidak sewajarnya kita saling menghina atau bermusuh. Kecuali dalam ‘keadaan tertentu’.
Kemuliaan seseorang terletak pada iman dan takwa, bukan pada yang lain. Apa guna berbangga dengan bangsa, jika kita tidak dapat menjaga maruah bangsa sendiri.
Masih ramai manusia yang berbangsa hari ini, sengaja merosak bangsa sendiri dengan melakukan perbuatan negatif seperti berjudi, berzina, minum arak, hasad dengki, fitnah-memfitnah dan dosa besar yang lain.
Dalam menyeru kepada perpaduan nasional, kita sepatutnya dapat melahirkan lebih ramai orang-orang seperti Prof Khoo Kay Kim, Prof Teo Kok Seong, Mustapha Ma, Juhaidy Yean dan ramai lagi.
Mereka ini adalah kalangan Cina yang mementingkan agenda negara, berbanding bangsa.
Mereka selalu berhujah dengan mengambil kira fakta sejarah negara tercinta ini. Saya harap, lebih ramai lagi Cina, terutama ahli-ahli parti Gerakan, akan mengikuti jejak-jejak mereka. Malangnya, golongan inilah yang paling tidak disukai ultra kiasu.
Justeru, menjadi tanggungjawab saya untuk memperbetulkan salah faham ini. Alhamdulillah, Pemuda Gerakan mula memahami dan mengenali saya.
Pertama, artikel saya sentiasa menyeru kepada perpaduan nasional, bukan sebaliknya. Kita perlu membendung sifat ultra kiasu.
Jika mahu kenal saya, baca artikel saya secara penuh. Jangan baca laman web ultra kiasu yang selalu memanipulasi dan mensensasikan baris-baris kecil artikel saya dalam akhbar Sinar Harian.
Kedua, jangan campuri hal ehwal agama Islam, jika kamu semua tidak tahu tentangnya. Agama adalah isu yang amat sensitif bagi orang Islam.
Jika tidak tahu, lebihkan bertanya bagi mendapatkan jawapan. Agama Islam, adalah agama yang menyeru kepada perdamaian dan perpaduan.
Maka tidak hairan, dalam sekitar 1,400 tahun, Islam begitu cepat berkembang. Populasi kedua terbesar di dunia. Malah telah mengatasi agama-agama besar yang lebih awal kewujudannya.
Adakah Islam boleh tersebar jika tidak menggalakkan semua ini?
Ketiga, belajarlah memahami cara hidup Melayu dan sensitivitinya. Sekali-sekala, saya teramat ingin melihat bukan Melayu memakai baju Melayu ketika pembukaan Parlimen atau mengambil pingat kebesaran, daripada berlagak memakai blazer atau pakaian orang putih.
Keempat, perpaduan nasional tidak akan melalui perjuangan Malaysian Malaysia. Jika adil itu 1=1, maka MCA dan Gerakan tidak layak untuk mendapatkan kerusi Kabinet dalam keadaan persembahan mereka dalam PRU13 amat buruk.
Kelima, pemuda Gerakan dari awal mengatakan mereka bukan parti perkauman tetapi untuk semua kaum.
Gerakan menjadi ‘rosak’ disebabkan beberapa orang MCA yang telah mendominasi parti itu, sehingga menampakkan seolah-olah ia parti perkauman. Gerakan mahu kembali kepada landasan asal untuk semua kaum.
Jika begitulah keadaannya, Gerakan mesti dapat membuktikan bahawa ia berbeza dan lebih relevan berbanding MCA. Suara Gerakan mesti suara Malaysia, bukan suara perkauman.
Kesimpulannya, saya akan terus menulis untuk masa depan Malaysia, dengan mengambil kira nasihat pemuda Gerakan. Kepada yang tidak bersetuju, mereka ada hak untuk tidak membaca, mahupun untuk membalas, kerana kita mengamalkan demokrasi.
1 comment:
Umat Islam TULEN - memang cerdik dan tahu membezakan antara si KAPIR MUSUH ISLAM/umatnya dan yg. tidak.
Sekiranya kaum PENDATANG RASIS dari MUSUH ISLAM asyik MENGHINA/MENGGERTAK ISLAM/umatnya, maka dah tiba masanya NGO-NGO Islam/Melayu membawa di Mahkamah Persekutuan mengenai PENIPUAN ke atas SEJARAH kita. Di mana, Tanah Melayu kita ini dulunya adalah kepunyaan Kesultanan Melayu sehingga Kesultanan ISLAM/Melayu kita diTIPU si PENJAJAH KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS utk. menandatangani perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 (melaksanakan juga strategi DAJAL Malayan Union dlm. bentuk lain, lihat di - http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/pembentukan-persekutuan-tanah-melayu-1948.html , Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948)!
Biaq seluruh Barat pun sendiri tahu PENIPUAN ini dan sedaq tentang SEJARAH benar Tanah Melayu dan Bumiputera Islam/Melayunya yg. asyik di TINDAS oleh Penjajah/Pendatang KAPIR MUSUH ISLAM/umatnya!
PENIPUAN perjanjian 1948 ini yg. dipaksa oleh PENJAJAH British/ZIONIS ke atas Kesultanan Melayu serta rakyat BUMIPUTERA Islam/Melayunya, adalah utk. menghapuskan SEJARAH Tanah Melayu sbg. bumi ISLAM, termasuk dgn. menghapuskan terus KUASA EKSEKUTIF Kesultanan Melayu terutamanya berkaitan pemerintahan secara ISLAM, dan dlm. kuasa memberikan kerakyatan serta pemilikan tanah PUSAKA di bumi ISLAM kita (maka sebab itulah BERJUTA Pendatang Cina dan India diberi kerakyatan dan hakmilik tanah dgn. begitu mudah mengikut Perjanjian PENIPU ini, yg. berasaskan undg-undg DAJAL, si British-ZIONIS “jus soli”).
Maka, sebab itulah lihat bagaimana BIJAKnya Kesultanan Melayu serta Bapa-Bapa Kemerdekaan TERCINTA Islam/Melayu kita, dlm. memastikan KUASA EKSEKUTIF Kesultanan ISLAM/Melayu, yg. mendaulatkan PELANSUNGAN turun temurun, PEMERINTAHAN ISLAM di Tanah Melayu ISLAM ini, adalah ASAS undg-undg Perlembagaan, tak kira siapa pun menjadi K’jaan Persekutuan mahupun K‘jaan negeri; di - http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/melayu-islam-beraja-mib.html , 7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU:
Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia)....
Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini
Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan…..
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Wasiat Raja-raja Melayu merujuk kepada 7 wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada tanggal 5 Ogos 1957.
Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat ISLAM, dan bangsa dan hak Bumiputera (BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples).
Post a Comment