sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday, 18 July 2014

TERKINI #MH17 : RAKAMAN PERBUALAN PEMISAH BUKTI PESAWAT DITEMBAK JATUH



Agensi keselamatan Ukraine, SBU, hari ini, mendedahkan dua rakaman perbualan telefon yang didakwa menjadi bukti bahawa pesawat MH17 ditembak jatuh oleh anggota puak pemisah Rusia.

The Kyiv Post, yang menyiarkan perbualan telefon yang didedahkan oleh SBU itu, melaporkan bahawa perbualan telefon pertama, dibuat 20 minit selepas MH17 terhempas, di antara komander Donetsk People's Republic, Igor Bezler dan Kolonel Angkatan Tentera Rusia, Vasili Geranin.

Berikut perbualan telefon tersebut:

Igor Bezler:Kami baru menembak jatuh sebuah pesawat. Kumpulan Minera. Ia jatuh di luar Yenakievo (Donetsk Oblast).

Vasili Geranin:Juruterbang. Di mana juruterbang-juruterbang?

Igor Bezler: Telah pergi untuk mencari dan mengambil gambar pesawat. Ia berasap.

Vasili Geranin: Berapa minit lalu?

Igor Bezler:Lebih kurang 30 minit lalu

Perbualan telefon kedua pula membabitkan anggota pemberontak bernama Major dan Greek.

Semasa perbualan telefon itu, Major berkata pesawat itu ditembak jatuh oleh satu kumpulan dari pusat pemeriksaan Chernukhino.

Major juga memberitahu Greek bahawa pesawat itu berkecai di udara dan ia adalah 100% pesawat komersial.

Major turut berkata serpihan pesawat tersebut jatuh ke dalam laman (sebuah rumah).

Apabila Greek bertanya sekiranya adakah dia berjumpa sebarang dokumen, Major berkata hanya dokumen seorang pelajar Indonesia dari Universiti Thompson dijumpai.

Major: Mengenai pesawat ditembak jatuh di kawasan-Snizhne Torez. Ia adalah pesawat komersial. Jatuh berhampiran Grabove. Terdapat banyak mayat-mayat wanita dan kanak-kanak. Penduduk sedang melihat semua ini.

Siaran televisyen berkata ia sebuah pesawat pengangkut AN-26, tetapi ada perkataan Malaysia Airlines atas pesawat itu. Apa yang ia lakukan di wilayah Ukraine?

Soalannya dibalas oleh seorang komander militan.

“Ini bermakna pesawat itu membawa kumpulan pengintip. Mereka tidak seharusnya terbang. Perang sedang berlangsung.

1 comment:

Anonymous said...

Bah. Pertama:

Jadi kalau Presiden Putin benar yg. disasarkan, lagi mustahil pemberontak Russia yg. terlibat - aku memang syak betul KEGANASAN buas ini perbuatan si ZIONIS-Israel-HAIWAN BUAS dan penyokong Baratnya serta ejen tempatan dari PAP-DAPBANGKAI/PKRSODOM! Kerana si PENGGANAS ZIONIS-KEPARAT/Israel-NATO dah menguasai rejim Ukraine tu serta juga UN – sebab tu PM ZIONIS UK mahu UN yg. menyiasat supaya disyaki, Russia dpt. dipersalahkan dan NATO boleh beroperasi secara rasmi di Ukraine (lihat di http://www.intrepidreport.com/archives/12495 , Ukraine and Latin America: Same neocon cabal behind political disruption, By Wayne Madsen, March 24, 2014)!
Si rejim Ukraine/Barat-NATO serta media ZIONIS memang cuba memanipulasi dan menyalahkan kumpulan pemberontak pro-Russia itu, tapi General pemberontak pro-Russia; Igor Girkin tu bukan maksudkan MH17 dlm. videonya, tapi kapalterbang tentera Ukraine, An-26! Disyaki MH17 ditembak jatuh oleh rejim Ukraine-NATO selepas kapalterbang tentera Ukraine AN-26 itu ditembak – dan ejen rejim Ukraine-NATO yg. MENYAMAQ masuk dlm. kumpulan pemberontak Russia itu, kemudiannya MENIPU Gen. Igor yg. tidak sendiri berada di tempat kejadian (lihat transkrip telefon antara Gen. Igor dan Kolenel Russia itu), selepas MH17 hilang, kononnya MH17 yg. ditembak olehnya!

Lagipun dilapurkan rejim Ukraine kononnya serpihan MH17 adalah di beberapa tempat jarak jauh - jadi mungkin satu tpt itu adalah serpihan AN-26 - tapi sudah dibersihkan rejim Ukraine! Jadi disyaki, kumpulan Pemberontak pro-Russia ini telah diPERANGKAP – asalnya akan dituduh membunuh Pres. Putin (untuk menghancurkan kerjasama Russia dan kumpulan pembrontak ini) tapi bila rejim Ukraine tersalah tembak MH17 kita, maka mereka tetap menuduh kumpulan pemberontak ini utk. MENGHANCURkannya dan juga Russia yg. menyokongnya; serta penglibatan NATO secara rasmi dlm. Ukraine.

Makcik Sambal Belacan.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive