dari twitter Azwan Bro
Semalam kecoh di media arus perdana dan media laman-laman media sosial mengenai kenyataan yang di buat oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim mengenai Isu rotan anak boleh
Rata-rata orang ramai termasuk kepimpinan umno menentang isu ini kerana jelas kita terikut-ikut rentak barat dalam mendidik anak-anak yang kononnya memartabatkan 'hak asasi manusia' . Aku petik kenyataan yang dibuat oleh Pergerakan Pemuda Umno Malaysia melalui Naib Ketua Pemudanya , Khairul Azwan Harun di laman sesawang Astro Awani.
Pergerakan Pemuda UMNO meminta undang-undang untuk perlindungan kanak-kanak kelak perlu jelas dibuat dengan mengambil kira hak ibu bapa atau penjaga dalam mendidik anak.
Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, ia juga perlu mengelak dari memenuhi kehendak hak asasi manusia terlampau yang dibuat di negara-negara luar yang jelas berbeza budaya dan tradisi kehidupan.
"Dalam konteks ini, perundangan baru juga perlu digubal agar ia tidak menghalang pelaksanaan perundangan syariah berkaitan.
"Bermakna kalau Islam mengizinkan ibu bapa merotan (secara dibenarkan) anak-anak untuk bersolat, jangan pula undang-undang baru nanti mengatasinya," katanya kepadaAstro AWANIdi sini, hari ini.
Khairul Azwan mengulas cadangan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim untuk menjadikan hukuman merotan anak sebagai satu kesalahan jenayah dalam rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan.
Tambah Khairul Azwan, undang-undang baru kelak diharap tidak bercampur aduk hak mendidik anak-anak dengan hak asasi manusia terlampau yang dibuat negara-negara yang tradisi dan budaya mereka amat berbeza dengan budaya masyarakat Islam.
"Kita dan Islam punya cara dan hak kita untuk membesar dan mendidik anak-anak.
"Jangan kerana tekanan antarabangsa dan negara-negara yang tradisi dan budaya mereka amat berbeza, kita pula yang terikut-ikut," jelasnya.
Bagaimanapun ujarnya, undang-undang dan pencegahan yang lebih ketat serta berkesan dilihat elemen penting untuk mengawal kes penderaan kanak-kanak.
"Ada bezanya di sini, masyarakat harus faham kes penderaan kanak-kanak itu lain konsepnya dengan mendidik anak-anak," katanya.
Aku harap lebih ramai pemimpin khususnya Ahli Parlimen mendengar penjelasan terus dari Menteri ini dan jika benar-benar seperti yang di tulis di akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan lain-lain lagi adalah benar , maka halanglah ia, jika diluluskan di Parlimen sudah tidak ada maknanya lagi buat kita terutama Melayu Islam di Malaysia ini .
jangan jadi begini dah la no
1 comment:
Bergembira Tepuk Tangan Sama-sama,
Kita Menari goyang bandan goyang Kaki,
Hooray Hooray Hooray Hooray Bergembira,
Nuar Brahim Al Jubori ke Penjara...
Haa haaa Haaa
Aku Tanyer Macai Aper Khabor?
Aku Tanyer Macai Aper Khabor?
Aku Tanyer Macai Aper Khabor....Nuar Di Penjara....
Yaaa Huuuu Malaysia akan Aman Tanya Peliwat Nuar Brahim...
Post a Comment