sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday, 1 January 2015

NKP @AzwanBro dan Sukarelawan Bantu Mangsa Banjir Sekitar Perak #BanjirMove


Hari ini Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairul Azwan Harun atau Azwan Bro dan sukarelawan turun ke lokasi banjir di sekitar negeri Perak bagi membantu menghantar barang-barang keperluan untuk mangsa banjir. 


Setakat 31 Disember lalu, keadaan banjir di Perak semakin buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan di daerah Kerian kian bertambah, dan ia menjadikan keseluruhan mangsa di seluruh negeri seramai 7,735 orang daripada 2,049 keluarga, berbanding 7,408 daripada 1,948 keluarga.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak, setakat ini di daerah Kerian, seramai 300 orang daripada 90 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan.

Daerah Perak Tengah masih terjejas teruk dengan seramai 4,512 mangsa daripada 1,201 keluarga kini berada di 19 pusat pemindahan.

Di daerah Hulu Perak, sebanyak 746 orang daripada 202 keluarga ditempatkan 16 pusat pemindahan.

Di daerah Kuala Kangsar yang turut meliputi kawasan Sungai Siput, jumlah mangsa tidak banyak berubah setakat ini iaitu 2,177 orang daripada 556 keluarga berada di 22 pusat






No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive