sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 16 February 2015

500 Warga Emas Tiong Hoa Terima Sumbangan Dari YTPS @azwanbro


Petang tadi Yayasan Tranformasi Pasir Salak (YPTS) dengan kerjasama Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) telah mengadakan program Sejahtera Rakyat Sempena Tahun Baru Cina di Parlimen Pasir Salak. 

Program ini disampaikan sendiri oleh Pengerusi YPTS, Khairul Azwan Harun yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia. 

Majlis ini di hadiri lebih 500 masyarakat Cina yang menentap di Parlimen Pasir Salak dan telah dirasmikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak YB Dato' Haji Zainol Fadzi Paharuddin. 




Masyarakat Cina akan menyambut Tahun Baru pada 19 Februari nanti, dalam majlis ini YTPS telah menyampaikan sumbagan berupa makanan keperluan harian kepada 500 orang warga emas dari keturunan Tiong Hoa. 

Azwan turut menyampaikan sumbangan bernilai RM1000.00 daripada YTPS kepada 10 buah sekolah yang terlibat dalam banjir baru-baru ini. 


Pihak penganjur program ini juga menjemput agensi-agensi kerajaan seperti Kastam membuka gerai pameran dan penerangan mengenai GST selain itu kementerian Kesihatan juga hadir bagi pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan mata secara percuma. 


Bagi penulis majlis seperti ini juga harus diikuti oleh pelbagai pihak bagi menyemai semangat kekeluargaan sesama rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan atas semangat 1 Malaysia. 

Tahniah Yayasan Transformasi Pasir Salak dan Gerakan 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive