sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 23 February 2015

Video : CEO SADA BALUN MAHFUZ OMAR



Makin melalut pulak Mahpuz ni aku tengok, dah terbelit dengan jawapan dari SADA di kona pi kot lain pulak !! Mula-mula bising kata SADA nak bawak naik TARIF AYAQ kat Kedah padahal SADA tak penah duk bincang pun pasal TARIF AYAQ, Lepas Terbelit dengan jawapan SADA, MAHPUZ Kona pulak kata SADA nak buat untung BESAQ nak bagi kat Kerajaan Negeri !!

Apa punya ngok la Mahpuz ni !!! nak tunjuk pandai dan hebat bab kira-kira tapi bodoh piang !!! buat malu Pas saja oii !! 

Ni hang dengaq apa CEO SADA Habaq na !! Jangan duk menFITNAH memanjang !! 

Pengguna air di Kedah tidak perlu bimbang kerana pelarasan desposit yang dilaksanakan bermula 1 Februari lepas tidak ada kaitan dengan kenaikan tarif air sebagaimana didakwa pihak pembangkang, kata Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (Sada).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Adzmi Din berkata, pelarasan deposit itu hanya membabitkan 1.73 peratus atau 9,401 daripada kesemua 540,000 pemegang
akaun Sada di negeri Kedah.

"Pelarasan deposit oleh SADA bukanlah satu isu kenaikan (tarif) sebagaimana diuar-uarkan atau langkah pertama untuk menaikkan tarif. Tarif bekalan air Sada
sebenarnya masih belum dibuat kajian. Ia tidak relevan langsung (dakwaan pembangkang)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau juga menafikan langkah pelarasan deposit itu merupakan usaha syarikat atau kerajaan negeri untuk mengumpul wang dan berkata, SADA bukan syarikat yang mengejar keuntungan tetapi wujud untuk menjaga kebajikan rakyat negeri.

Kenyataan Adzmi itu adalah untuk menjawab dakwaan Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar semalam yang mendakwa Sada bakal beroleh keuntungan RM18 juta hasil daripada langkah pelarasan depositnya itu.

"Jikalau semak tarif-tarif air seluruh negara, kadar yang dikenakan oleh Sada adalah di antara yang terendah," kata Adzmi dan menambah, walaupun pelarasan deposit bermula 1 Februari tetapi pengguna mempunyai tempoh sehingga 31 Mei untuk menjelaskannya.

Sada menurutnya tetap mengenakan tarif air di antara terendah di negara, walaupun kos merawat air mentah sentiasa meningkat saban tahun.

Beliau berkata, pelarasan kadar deposit merupakan langkah yang biasa diambil oleh syarikat-syarikat utiliti di negara ini termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB).


Tudiaa !!! nampak dak permainan Mahpuz ni ?? 

mat sabu dengan mamat dalam video ni sama saja 2 x5 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive