sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday, 20 April 2015

5 Adun Keluar Parti, Ubah Menteri Besar


Dalam menghadapi 2 pilihanraya kecil di Rompin dan di Permatang Pauh awal bulan 5 nanti, nampaknya memberi cabaran besar untuk Pakatan Rakyat yang di jelas kita lihat perpecahan antara mereka terutama Pas.

Khabar angin sejak dua tiga hari lepas mengenai 5 adun PKR yang dikatakan akan keluar parti dan menubuhkan kerajaan campuran antara Adun PKR, PAS, Umno dengan Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan kembali menerajui kerajaan Selangor.

Walaupun pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad menolak khabar angin itu, namun ia tidak dapat menolak khabar angin yang dilihat bakal menghantui pemerintahan Azmin Ali dan DAP.

5 Adun Pkr selangor ini dikatakan berang dengan kepimpinan Azmin yang lebih memihak kepada Dap sahaja. Permusuhan Dap dengan Pas juga menjadi tunjang utama gerakan menukar Menteri Besar dan membuat penyatuan dengan Umno Selangor.

Sebelum ini terdapat portal berita online melaporkan, Abdul Khalid dijangka kembali menerajui Selangor bagi mengantikan Azmin Ali.

Menurut sumber portal berkenaan, satu perjumpaan rahsia antara Abdul Khalid dan Abdul Hadi telah diadakan.

2 comments:

Anonymous said...

Baguslah kalau begitu. Demi agama dan bangsa. Kalau PKR memeritah bangsa Cina mengawal dasar dan projek walaupun mereka hanya 30%. Tidak kah orang Melayu nampak siapakah yang sebenarnya memerintah di Selangor. Ingat Allah jangan ingat dendam. Ingat rasul jangan ingat kerusi empuk dunia. Bolehkah anda putar-belit Allah dengan berbagai hujah di padang mahsyar nanti?

banggoi petai said...

ada aku kisah !!

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive