sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 29 April 2015

Dakwaan Jentera Pemuda UMNO Tidak Turun Rompin Karut, Berniat Jahat


Ada pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan kepimpinan pemuda yang dikatakan sedang bergolak, ianya dikatakan berpunca dari fitnah terhadap '5 sekawan ' dan Pemuda Umno Johor di rompin baru-baru ini sehinggakan Pemuda Umno Malaysia dituduh dilarang membantu PRK Rompin.

Tindakan pihak tertentu yang sengaja memainkan isu kononnya jentera Pemuda UMNO tidak turun padang untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dilihat hanyalah mainan politik semata-mata.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rompin Datuk Mohd Johari Hussain menganggap dakwaan itu sengaja ditimbulkan bagi mengucar kacirkan hubungan baik dalam kalangan anggota parti di kawasan itu.

"Kita dengar orang bercakap (jentera) Pemuda amat perlahan, tidak aktif dan agresif. Itu semua hanya di peringkat permulaan.

"Kini kita boleh lihat Pemuda UMNO terus memainkan peranan sebagai jentera utama dalam memastikan segala gerak kerja berjalan lancar," 

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tioman berkata selepas hari penamaan calon, 22 April lepas, Pemuda terus menggerakkan lebih 1,500 jenteranya daripada 14 bahagian untuk berkempen mendekati rakyat.

Mereka telah dikerahkan untuk memasang poster dan bendera di kesemua kawasan di daerah Rompin selain memasuki kawasan pedalaman bagi mendekati masyarakat di kawasan itu.

"Kita guna pendekatan lebih mendekati pemuda di dalam kawasan pedalaman untuk memujuk mereka keluar mengundi pada 5 Mei nanti dalam dalam memastikan majoriti meningkat dan kerusi Parlimen itu terus menjadi milik Barisan Nasional.

"Sehingga kini, lebih 70 peratus kawasan telah berjaya kita masuk untuk berkempen termasuk di Bukit Ibam dan Bandar Muadzam dan tumpuan kini tinggal hanya bahagian Tioman," katanya.

Ahad lepas, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menyangkal dakwaan jentera Pemuda parti itu tidak turun padang untuk berkempen kerana tidak kelihatan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kebanyakan kawasan Parlimen Rompin.

Pandangan penulis mudah, apa yang kita dapat lihat, pihak-pihak yang sengaja menfitnah pemuda ini ada agenda mereka sendiri, terutamanya memecah belahkan jentera pemuda antara pemuda dan kepimpinan negara. 

Jadi pihak yang bertopengkan Barisan Nasional yang mempertahankan PM ini sangat berbahaya atas agenda mereka sendiri. Jangan sampai parti kita rosak kerana mereka-mereka ini. 

1 comment:

AriffSMB said...

Salam...

Mohon jasa tuan link kan blog :

http://suaramelayubaru.blogspot.com/

dalam bloglist tuan sebagai tanda sokongan kepada matlamat yang satu, memenangkan calon UMNO BN di Permatang Pauh dan Rompin.

Terima kasih...

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive