Beliau berkata kepimpinan UMNO negeri tiada masalah dan berada dalam keadaan amat terkawal di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
"Cabar mencabar untuk letak jawatan ini mainan lama, sekarang ini kita kena kuatkan diri menghadapi perkara besar. Siapa tidak setuju, dia yang sepatutnya kena letak jawatan, bukan minta orang lain (letak jawatan)," katanya kepada pemberita selepas perasmian Skuad Annur anjuran Biro Agama Pergerakan Wanita UMNO Kedah oleh Mukhriz di sini, hari ini.
Menurutnya UMNO Kedah sentiasa beri sokongan padu terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Mukhriz memandangkan kedua-kedua tokoh itu berpengaruh di peringkat negara dan negeri.
"Sokongan kami padu, Mukhriz sangat istimewa dan sangat unik...saya rasa Perdana Menteri tahu," kata Mashitah.
Baru-baru ini, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin meminta Mukhriz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar sekiranya gagal menyokong kepimpinan perdana menteri.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment