
Apj ada terbaca dalam sebuah majalah keluaran Utusankarya iaitu majalah 'Keluarga Harmoni' yang menceritakan tentang Datuk Suraya Yaacob. Apa yang menarik diceritakan di situ Apj kongsikan buat tatapan rakan-rakan pembaca.
CABARAN WAKIL RAKYAT WANITA
Suraya yang juga wakil rakyat bagi Dun Sungai Tiang dan di lantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Kedah ini mengakui bahawa beliau semakin matang dalam selok-belok politik.


