Bercakap ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong, Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, orang seperti Azran tidak layak berada di negara ini dan patut berhijrah ke negara lain.
Bagaimanapun, speaker Pandikar Amin Mulia mencelah dan berkata, tidak perlu mengkritik seseorang yang tidak boleh menjawab balik.
Beliau menegur supaya anggota Parlimen itu tidak menyalahgunakan kelebihan sebagai wakil rakyat untuk bercakap apa sahaja dan beliau mengingatkan supaya membahaskan isu berkaitan sahaja.
Bagaimanapun, Bung Mokhtar terus mengkritik Azran dengan menggelarnya "Melayu biadab" ketika bertukar hujah dengan Khalid Samad (PAS-Shah Alam).
1 comment:
Tahniah Bung, sepatutnya Speaker dapat memberi ruang untuk di perbincangkan kerana perkara ini menjadi isu negara, bukan si Azran seorang saja patut di selar oleh Bung tetapi pada orang2 yang seangkatan dengannya, mentang2lah si kak tu bersama mereka2 ni nampaknya kuat betul imunitinya, Kuale bangga dah maju sedikit tanpa beliau...
Post a Comment