
Dia berhujah mengatakan bahawa Kerajaan Negeri pimpinannya mengambil air mentah dari kawasan Sungai Muda yang terletak di dalam sempadan negeri Pulau Pinang.
Oleh itu katanya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak perlu membayar apa-apa caj air kepada Kerajaan Negeri Kedah kerana sumber air yang mereka dapat itu diperoleh di dalam kawasan sempadan negeri Pulau Pinang. Mudahnya Lim Guan Eng bercakap seolah rakyat Kedah ni bodoh sehingga buta berkenaan industri air.
Bab nak kenakan orang memang Guan Eng jaguh tapi bagi yang faham tentang isu air ni pasti mereka berkata ini alasan paling bodoh yang pernah didengar dan tidak masuk akal.
Dalam kata yangg lebih keras , jawapan Guan Eng ini adalah satu tindakan yang zalim dan tidak adil kepada Kerajaan Negeri Kedah dan rakyatnya.
Guan Eng perlu ingat bahawa Kerajaan Negeri Kedah bertanggungjawab jaga sumber air ini di kawasan hulu Sungai Muda dan bukan sesuatu yang mudah untuk menjaganya selain memerlukan modal dan kos kawal selia yang tinggi .
Untuk menjaga dan memelihara sumber bekalan air mentah, Kerajaan Negeri Kedah perlu memastikan sungai tersebut tidak tercemar dan tidak boleh dijalankan sebarang aktiviti yang mampu mengancam sumber air berkenaan.
Kalau ada pokok bakau yang berkualiti, ia tidak boleh ditebang untuk bantu sumber ekonomi. Dan jika di sekitar kawasan Sungai Muda itu berpotensi untuk dibangunkan, ia terpaksa dilupakan demi memelihara kebersihan dan kualiti sumber air tersebut.
Faham atau buat-buat tak faham Guan Eng dalam kes ini bahawa semua komitmen memelihara sumber air semulajadi itu merugikan Kerajaan Negeri Kedah dan memerlukan kos yang sangat tinggi untuk memastikan kawasan itu tidak tercemar?
Adakah semua kos ini dibayar oleh Guan Eng sebagai menghargai jasa dan budi baik Negeri Kedah bagi memastikan air yang mereka guna tu tidak tercemar ? Baru nak caj dah macam-macam bunyi keluar dan sikap kurang ajar Guan Eng ini jangan sampai makan diri sendiri.
Jika Kerajaan Kedah boleh bertindak kejam sepertimana yang Guan Eng buat pastinya lumpuh segala ekonomi dan kerja harian mereka di Pulau Pinang. Pembinaan Empangan bagi melencongkan air sungai juga boleh dibuat jika Guan Eng terus bersikap kejam dan kurang ajar pada Kerajaan Negeri Kedah dan rakyat kedah sendiri.
Apj bercakap bukan kerana permusuhan lama dengan Guan Eng tapi kerana sikap angkuh yang suka membuli dan kenakan orang yang ada pada diri Guan Eng ini sudah sampai tahap melampau.
Kami sebagai rakyat Kedah punya hak untuk mempertahankan hasil bumi negeri Kedah dari dikaut dan dicuri oleh orang luar seperti Guan Eng lakukan berkenaan isu air. Jangan sampai menjadi barah nanti baru menyesal .
