sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label pulau pinang. Show all posts
Showing posts with label pulau pinang. Show all posts

Saturday, 17 October 2015

Pulau Pinang Harus Dikembalikan Kepada Kedah - Sejarawan



Isu Pulau Pinang Dikembalikan Kepada Kedah Terus Berlegar

ALOR SETAR (Bernama) -- Isu perjanjian pajakan Pulau Pinang antara Sultan Kedah dengan British pada 1791 dan Seberang Perai pada 1800, terus menarik perhatian sejarawan negeri ini yang berharap kedua-dua wilayah itu akan dikembalikan suatu hari nanti.

Walaupun kedua-dua perjanjian itu ditandatangani lebih 100 tahun yang lepas, namun ia terus menjadi bahan kajian dan perdebatan dalam kalangan pakar-pakar sejarah, sama ada di Kedah atau pun di luar negeri "Jelapang Padi" ini.

Bagi Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) Datuk Dr Wan Shamsuddin Mohd Yusof, persoalan utama kini adalah "bila" kedua-dua wilayah itu dikembalikan kepada Kedah dan bukan lagi berkisar kepada soal "adakah."

Beliau berkata sudah tiba masa untuk Kedah menghentikan "kerugian" ekonomi ditanggungnya akibat perjanjian pajakan kedua-dua wilayah itu.

"Terlalu banyak kerugian ditanggung Kedah daripada perjanjian pajakan ini. Perjanjian itu perlu dikaji semula atau Pulau Pinang dan Seberang Perai dikembalikan semula kepada Kedah," katanya kepada Bernama semasa seminar Hubungan Kedah-Siam yang berlangsung baru-baru ini.

British memajak Pulau Pinang daripada kerajaan Kesultanan Kedah pada 1791 dengan bayaran sebanyak 6,000 Spanish Dollar setahun, manakala perjanjian pajakan Seberang Perai pula berlaku pada 1800 dengan bayaran 4,000 matawang sama setahun.

Selepas negara mencapai kemerdekaan, Kerajaan Persekutuan meneruskan bayaran pajakan itu sebanyak RM10,000 setahun kepada Kedah.

Bagi Wan Shamsuddin, bukan sahaja perjanjian pajakan itu perlu dikaji semula tetapi kadar bayaran pajakan yang diterima Kedah saban tahun daripada kerajaan pusat juga perlu diteliti semula kerana ia "tidak relevan."

"Kadar pajakan sebanyak 10,000 Spanish Dollar sudah semestinya tidak menyamai nilai RM10,000 diterima Kedah saban tahun ketika ini. Perlu ada kajian semula supaya kita dapat sama nilaikan kadar itu," katanya.

Sekurang-kurangnya kadar pajakan yang baharu itu boleh menjadi sumber pendapatan kepada Kedah, katanya dan menambah, PSMCK bakal menganjurkan seminar khusus untuk membincangkan tentang perjanjian pajakan itu.

Lapan kertas kerja akan dibentangkan oleh pakar-pakar tempatan pada seminar yang belum ditetapkan tarikhnya lagi dan satu resolusi akan dikemukakan pada hari terakhir seminar itu, kata Wan Shamsuddin.

Seorang lagi pakar PSMCK, Dr Ibrahim Bakar pula berpendapat, perjanjian pajakan dengan British sebenarnya sudah luput tidak lama selepas ia ditandatangani berikutan kegagalan kuasa besar berkenaan mematuhi terma perjanjian itu.

Menerusi perjanjian itu, katanya, British telah berjanji melindungi Kedah daripada gangguan dan serangan Siam, tetapi beberapa insiden selepas itu membuktikan kegagalannya berbuat demikian.

"Pihak British tidak memenuhi bahagiannya di dalam perjanjian itu daripada awal lagi. British tidak membantu mempertahankan Kedah daripada Siam. Akibat itu perjanjian itu telah tidak sah dan terbatal," katanya.

Ibrahim berkata British telah membiarkan Siam menyerang Kedah dan perkara itu terkandung di dalam buku "The Blockade of Kedah 1838" karya Sherard Osborn, seorang pegawai kapal perang British ketika peristiwa pengepungan itu.

Buku itu, katanya, mendakwa British bukan sahaja tidak membantu Kedah menangani serangan Siam, tetapi turut bersekongkol dengan musuh Kedah itu dalam usahanya menjajah semula negeri Melayu itu.

Namun Prof Ahmad Jelani Halimi daripada Pusat Pengajian Umum Universiti Utara Malaysia (UUM) pula berkata, usaha menuntut kembali Pulau Pinang berdepan jalan sukar kerana ia melibatkan Perlembagaan Persekutuan.

Pakar Sejarah Maritim Asia Tenggara itu berkata usaha sepatutnya tertumpu kepada kenaikan kadar bayaran pajakan daripada RM10,000 setahun ketika ini kepada kadar yang lebih munasabah.

"Saya rasa ia amat sukar kerana membabitkan perlembagaan, tetapi jikalau tuntutan supaya disama nilaikan kadar pajakan itu (dengan kadar masa kini), ia adalah lebih mudah kerana ia hanya melibatkan kerajaan pusat," katanya.

-- BERNAMA

Thursday, 20 June 2013

AIR !!! GUAN ENG JANGAN CAKAP BANYAK , MULAKAN RUNDINGAN !! @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah

Mulakan rundingan - Mukhriz


ALOR SETAR 19 Jun - Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir meminta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersikap lebih budiman dan tidak mempolitikkan isu penjualan air tetapi perlu memulakan satu rundingan antara kedua-dua buah negeri.

Beliau berkata, Guan Eng tidak seharusnya menolak hasrat kerajaan Kedah untuk mengenakan caj bekalan air dari Sungai Muda ke atas kerajaan Pulau Pinang kerana mempunyai hujah kukuh berbuat demikian.

"Walaupun kita dengar daripada pihak mereka tidak bersetuju tetapi sekurang-kurangnya satu rundingan perlu dimulakan. Belum runding sudah tidak setuju, tidak berapa 'gentleman'lah kan.

"Kami mempunyai hujah yang rasional untuk digunakan dalam sebarang perbincangan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Mukhriz berkata, beliau kecewa dengan kenyataan Guan Eng bahawa antara sebab kerajaan Kedah membangkitkan isu tersebut adalah kerana Barisan Nasional (BN) gagal menawan Pulau Pinang pada pilihan raya umum lalu, sedangkan beliau tidak langsung terlintas untuk mempolitikkan perkara berkenaan.

Katanya, isu penjualan air antara kedua-dua buah negeri pernah dibangkitkan oleh kerajaan Pas Kedah sebelum ini yang telah diminitkan dalam mesyuarat Exco selain dibangkitkan dalam sesi pembentangan Belanjawan 2013 Kedah.

"Dakwaan bahawa kerajaan Kedah cuba melaksanakan perkara ini kerana kita 'berdendam' dengan Pulau Pinang adalah tidak berasas.

"Saya ingin mengingatkan Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa lebih baik kita tidak politikkan perkara ini kerana saya selaku Menteri Besar Kedah hendak mempolitikkannya, siapa yang akan terima padah? Tentu sekali bukan Kedah," ujarnya yang menjelaskan belum memutuskan jumlah bayaran yang ingin dituntut.

Menurut beliau, kerajaan Kedah berbelanja untuk memastikan bekalan air sentiasa mencukupi dan berkualiti termasuk memelihara sumber seperti tidak membenarkan pembalakan 'cuci mangkuk' bagi tujuan membina ladang rakyat atau ladang buah-buahan.

Bagaimanapun, katanya, negeri jiran yang menyedut air dari Sungai Kedah kemudian menapisnya dan menjual kepada pihak swasta terutama industri pada kadar harga tinggi sehingga mengaut keuntungan besar.

"Yang mengecewakan, kita sebagai sumber air itu tidak dapat satu sen pun," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mukhriz berkata, pihaknya juga sedang menanti jawapan daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengenai isu berkenaan dalam Dewan Rakyat.

Katanya lagi, berdasarkan kenyataan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid sebelum ini yang kelihatan seperti setuju dengan pendirian Kedah diharapkan dapat memperkukuhkan lagi kedudukan tuntutan berkenaan.

Tambah beliau, kerajaan negeri bagaimanapun tidak akan memasukkan caj air mentah ke dalam Belanjawan Kedah sebagaimana dilakukan oleh kerajaan Pas Kedah sebelum ini kerana belum ada sebarang persetujuan pembayaran dari Pulau Pinang.

Tuesday, 18 June 2013

ISU AIR KEDAH,GUAN ENG JANGAN BIADAP !!! #HanyaDiKedah @MukhrizMahathir


Dalam Isu air yang menjadi perbalahan antara Kerajaan DAP Pulau Pinang dan Kerajaan BN Kedah makin panas selepas Ketua Menteri DAP Pulau Pinang iaitu Lim Guan Eng  mengeluarkan 'fatwa' tidak mahu membayar sebarang caj air mentah kepada Kerajaan Negeri Kedah. 

Dia berhujah mengatakan bahawa Kerajaan Negeri pimpinannya mengambil air mentah dari kawasan Sungai Muda yang terletak di dalam sempadan negeri Pulau Pinang.

Oleh itu  katanya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak perlu membayar apa-apa caj air kepada Kerajaan Negeri Kedah kerana  sumber air yang mereka dapat itu diperoleh di dalam kawasan sempadan negeri Pulau Pinang. Mudahnya Lim Guan Eng bercakap seolah rakyat Kedah ni bodoh sehingga buta berkenaan industri air.

Bab nak kenakan orang memang Guan Eng jaguh  tapi bagi yang faham tentang isu air ni pasti mereka berkata ini alasan paling bodoh yang pernah didengar dan tidak masuk akal.

Dalam kata yangg lebih keras , jawapan Guan Eng ini adalah satu tindakan yang zalim dan tidak adil kepada Kerajaan Negeri Kedah dan rakyatnya.

Guan Eng perlu ingat bahawa Kerajaan Negeri Kedah bertanggungjawab jaga sumber air ini di kawasan hulu Sungai Muda dan bukan sesuatu yang mudah untuk menjaganya selain memerlukan modal dan kos kawal selia yang tinggi .

Untuk menjaga dan memelihara sumber bekalan air mentah, Kerajaan Negeri Kedah perlu memastikan sungai tersebut tidak tercemar dan tidak boleh dijalankan sebarang aktiviti yang mampu mengancam sumber air berkenaan.

Kalau ada pokok bakau yang berkualiti, ia tidak boleh ditebang untuk bantu sumber ekonomi. Dan jika di sekitar kawasan Sungai Muda itu berpotensi untuk dibangunkan, ia terpaksa dilupakan demi memelihara kebersihan dan kualiti sumber air tersebut.

Faham atau buat-buat tak faham  Guan Eng dalam kes ini bahawa semua komitmen memelihara sumber air semulajadi itu merugikan Kerajaan Negeri Kedah dan memerlukan kos yang sangat tinggi untuk memastikan kawasan itu tidak tercemar?

Adakah semua kos ini dibayar oleh Guan Eng sebagai menghargai jasa dan budi baik Negeri Kedah bagi memastikan air yang mereka guna tu tidak tercemar ? Baru nak caj dah macam-macam bunyi keluar dan sikap kurang ajar Guan Eng ini jangan sampai makan diri sendiri.

Jika Kerajaan Kedah boleh bertindak kejam sepertimana yang Guan Eng buat pastinya lumpuh segala ekonomi dan kerja harian mereka di Pulau Pinang. Pembinaan Empangan bagi melencongkan air sungai juga boleh dibuat jika Guan Eng terus bersikap kejam dan kurang ajar pada Kerajaan Negeri Kedah dan rakyat kedah sendiri.

Apj bercakap bukan kerana permusuhan lama dengan Guan Eng tapi kerana sikap angkuh yang suka membuli dan kenakan orang yang ada pada diri Guan Eng ini sudah sampai tahap melampau. 

Kami sebagai rakyat Kedah punya hak untuk mempertahankan hasil bumi negeri Kedah dari dikaut dan dicuri oleh orang luar seperti Guan Eng lakukan berkenaan isu air. Jangan sampai menjadi barah nanti baru menyesal .

Friday, 7 June 2013

TERKINI : REBAH LIHAT JENAZAH ADIK MANGSA RUNTUHAN JAMBATAN !!

Jambatan runtuh: Mayat berjaya dibawa keluar



GEORGETOWN - Mayat mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan tanjak penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang berjaya dibawa keluar kira-kira jam 8.40 malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, mayat mangsa berjaya dibawa keluar setelah pihak penyelamat yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam(JPAM) dan polis berusaha keras sejak operasi menyelamat dijalankan sejak semalam.

"Berdasarkan daripada pakaian dan pengecaman awal keluarga, mangsa dikenali sebagai Tajuddin Zainal Abidin yang berasal dari Permatang Damar Laut dan berusia 45 tahun.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang(HPP) untuk dibedah siasat dan pengecaman mayat mangsa oleh ahli keluarga," katanya kepada media di lokasi kejadian, hari ini.

Menurutnya, kerja mencari akan diteruskan berikutan polis menerima maklumat daripada orang ramai bahawa kemungkinan ada mangsa lain yang terperangkap.

"Berdasarkan daripada maklumat orang ramai, kemungkinan masih ada mangsa lain yang terperangkap.

"Oleh itu, kita akan teruskan kerja mencari dan menyelamat untuk mencari mangsa lain sekiranya ada.

"Setakat ini, polis hanya menerima hanya satu laporan kehilangan ahli keluarga iaitu daripada keluarga mangsa manakala laporan lain berhubung kehilangan ahli keluarga tidak kami terima," katanya lagi.

Sementara itu, di lokasi kejadian, abang mangsa yang hadir membuat pengecaman tiba-tiba rebah sebaik melihat mayat dibawa keluar dari bawah runtuhan.

APJ : Takziah pada keluarga mangsa - Al-Fatihah 

TERKINI : 4 MAUT RUNTUHAN SUSUR MASUK JAMBATAN KEDUA


Friday, 10 May 2013

PANAS !! GUAN ENG DAN AHMAD YAAKOB DAH ANGKAT SUMPAH TAPI ANWAR DOK JADI SAMPAH TAK TERIMA HAKIKAT !!! #PRU13 #TolakPR #BNBagus




Tindakan Anwar anjurkan Perhimpunan Kemarahan Rakyat malam kemarin bukti cita-cita beliau hanya mahukan jawatan PM.

Walaupun Anwar tidak terima, KM P Pinang dan MB Kelantan sudah pun mengangkat sumpah. Adakah mereka juga tidak terima keputusan PRU13?

Tindakan Anwar menulis tweet PR telah menang sebelum sebarang keputusan diumumkan adalah taktik Anwar untuk memburukkan proses pilihanraya.

Apapun yang Anwar buat dua gengnya dari Pulau Pinang dan Kelantan telah menerima keputusan PRU13 dengan mengangkat sumpah sebagai pemimpin negeri masing-masing.

Ternyata sikap suka menjahanamkan negara tidak pernah lekang dari Anwar , rakyat diheret ke jalan . Sapa rugi ? rakyat rugi ... Anwar tak apa ada pemandu , boleh sewa heli , jet dan sebagainya tapi yang dok bertempit di jalan hanya rakyat.



POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...