sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label ISU AIR KEDAH. Show all posts
Showing posts with label ISU AIR KEDAH. Show all posts

Monday, 24 June 2013

GEMPAR !!! TAK BAYAR AYAQ , PENANG BAKAL DISERAH PADA KEDAH ?? #HanyaDiKedah


Memang patut pun Kerajaan Kedah terus desak Kerajaan Pulau Pinang agar membincangkan isu penjualan air mentah yang disedut bejuta juta gelen setiap hari oleh Kerajaan Pulau Pinang..

Sebelum ini Guan Eng mendakwa kerajaan Pulau Pinang tidak perlu membayar caj air kepada kerajaan Kedah kerana air Sungai Muda yang mengalir itu adalah hak milik mereka juga..

Namun harus diingat, Kerajaan Kedah terpaksa belanja berjuta juta setiap tahun untuk memastikan air yang mengalir dari hulu Sungai Muda hingga ke hilir itu bersih.. Sudahlah sebarang aktiviti di hulu tak dapat di jalankan semata mata untuk memastikan air mentah sentiasa bersih..

Kerajaan Pulau Pinang tanpa perlu berbelanja 1 sen pun untuk menjaga kualiti air memandangkan sumber air yang mengalir di Sungai Muda terletak di negeri Kedah.. Sepatutnya Guan Eng harus bertanggungjawab untuk membantu Kedah dengan membayar setiap liter air mentah yang disedut dari negeri ini.

Pulau Pinang satu negeri yang mendapat faedah cukup banyak untuk membangunkan sebuah negeri industri dengan menggunakan air dari Kedah yang disedut percuma.. Sepatutnya Pulau Pinang perlu membalas dan menghargai sumber berkenaan dan bukannya menuduh kerajaan Kedah mempolitikkan isu..

Ini bukan soal politik, atau nak mempolitikkan isu air tapi ini satu adalah satu tanggungjawab yang perlu diberikan oleh Pulau Pinang kepada Kedah. Kalau Kerajaan Kedah nak politikkan isu air ini dah lama boleh buat.. Lencongkan saja air yang mengalir tu masuk ke dalam sempadan Kedah..Habis cerita..

Sebelum ini Datuk Mukhriz Mahathir pernah berkata, Pulau Pinang pernah menulis surat kepada Kedah untuk meminta dilepaskan air dari empangan di Kedah ke Sungai Muda untuk meningkatkan bekalan air yang semakin berkurangan disebabkan kemarau pada suatu ketika dulu.

Ini menunjukkan surat itu adalah bukti pengakuan bahawa bekalan air itu sememangnya berpengkalan di Kedah.




Dari konteks sejarah pula, Kedah masih lagi mempunyai hak keatas Pulau Pinang dimana sehingga sekarang kerajaan Pusat masih membayar ufti kepada Sultan Kedah seperti yang termaktub dalam perjanjian Sultan Kedah dan British pada 1786.. Pulau Pinang adalah hak milik Kedah sebelum berlakunya perjanjian 1786..

Setelah negara kita merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak. Tetapi Pulau Pinang tidak dikembalikan kepada Kedah dan terus dijadikan sebuah negeri yang berasingan..

Dalam perjanjian yang dibuat antara Sultan Kedah waktu tu, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah dan Leftenan Gabenor Pulau Pinang, Sir George Leith Baronet pada tahun 1800, Pulau Pinang dipajak untuk menampung keperluan ekonomi pada masa itu.

Pada ketika itu, Pulau Pinang dipajak dengan harga 6,000 manakala Seberang Prai dipajak dengan harga 4,000 dan pihak British membayar wang tersebut kepada Sultan Kedah dengan menggunakan mata wang Sepanyol.

Pulau Pinang dan Seberang Perai disifatkan masih hak milik Kedah kerana duit pajakan masih dibayar oleh Kerajaan Pusat dengan nilai RM10,000 setiap tahun kepada kerajaan negeri Kedah pada masa ini.

Pembayaran pajakan masih wujud sehingga kini dan ini bererti, keadaan tersebut masih wujud dan tidak salah untuk Kedah membuat tuntutan.

medan tempur kedah 

Saturday, 22 June 2013

AIR LAGI !!! NAK AMBIK SURAT NI GUAN ENG !!! BARU TAU LANGIT TINGGI RENDAH !!! #HanyaDiKedah @MukhrizMahathir


Kerajaan Negeri Kedah akan menghantar surat rasmi kepada kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung soal penjualan air mentah dari negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata surat yang akan dihantar dalam tempoh terdekat itu adalah proses permulaan bagi membincangkan isu tersebut sebelum rundingan dibuat antara kedua-dua kerajaan negeri.

Beliau berkata sebelum ini kerajaan negeri pimpinan PAS telah menghantar surat sama kepada Pulau Pinang tetapi ia hanya melibatkan Exco kerajaan negeri sahaja dan tidak sampai kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

"Saya akan lihat balik (mengenai permohonan terdahulu) dan kita akan lanjutkan perkara itu. Saya tak mahu politikkan isu air ini.



"Saya akan pastikan permohonan isu penjualan air kepada Pulau Pinang mengikut lunas-lunas perundangan dan akan berbincang perkara tersebut dengan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)dan Penasihat Undang-undang," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Semula Rumah-rumah Siap Dibaik pulih di Wisma Umno Jerlun di sini hari ini.

Mukhriz berkata beliau turut berterima kasih kepada bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi yang menyokong tindakannya untuk meneruskan tuntutan pembayaran air mentah.

Kenyataan Phahrolrazi dalam sebuah akhbar menyifatkan penjualan air mentah kepada Pulau Pinang bukan bersifat politik tetapi berdasarkan hak dan kewajaran negeri ini mendapat bayaran menerusi penjagaan sumber air mentahnya.

Mukhriz berkata pihaknya juga mahu mendengar jawapan daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi membolehkan isu tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

"Sebelum ini seorang Exco Pulau Pinang yang mewakili DAP dalam sidang Dewan Undangan Negeri telah mengemukakan isu tersebut dan mahu dibawa ke Parlimen untuk mendapatkan jawapan dari kementerian terlibat.

"Saya menantikan jawapan yang bakal diberikan oleh kementerian tersebut," katanya.

Thursday, 20 June 2013

AIR !!! GUAN ENG JANGAN CAKAP BANYAK , MULAKAN RUNDINGAN !! @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah

Mulakan rundingan - Mukhriz


ALOR SETAR 19 Jun - Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir meminta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersikap lebih budiman dan tidak mempolitikkan isu penjualan air tetapi perlu memulakan satu rundingan antara kedua-dua buah negeri.

Beliau berkata, Guan Eng tidak seharusnya menolak hasrat kerajaan Kedah untuk mengenakan caj bekalan air dari Sungai Muda ke atas kerajaan Pulau Pinang kerana mempunyai hujah kukuh berbuat demikian.

"Walaupun kita dengar daripada pihak mereka tidak bersetuju tetapi sekurang-kurangnya satu rundingan perlu dimulakan. Belum runding sudah tidak setuju, tidak berapa 'gentleman'lah kan.

"Kami mempunyai hujah yang rasional untuk digunakan dalam sebarang perbincangan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Mukhriz berkata, beliau kecewa dengan kenyataan Guan Eng bahawa antara sebab kerajaan Kedah membangkitkan isu tersebut adalah kerana Barisan Nasional (BN) gagal menawan Pulau Pinang pada pilihan raya umum lalu, sedangkan beliau tidak langsung terlintas untuk mempolitikkan perkara berkenaan.

Katanya, isu penjualan air antara kedua-dua buah negeri pernah dibangkitkan oleh kerajaan Pas Kedah sebelum ini yang telah diminitkan dalam mesyuarat Exco selain dibangkitkan dalam sesi pembentangan Belanjawan 2013 Kedah.

"Dakwaan bahawa kerajaan Kedah cuba melaksanakan perkara ini kerana kita 'berdendam' dengan Pulau Pinang adalah tidak berasas.

"Saya ingin mengingatkan Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa lebih baik kita tidak politikkan perkara ini kerana saya selaku Menteri Besar Kedah hendak mempolitikkannya, siapa yang akan terima padah? Tentu sekali bukan Kedah," ujarnya yang menjelaskan belum memutuskan jumlah bayaran yang ingin dituntut.

Menurut beliau, kerajaan Kedah berbelanja untuk memastikan bekalan air sentiasa mencukupi dan berkualiti termasuk memelihara sumber seperti tidak membenarkan pembalakan 'cuci mangkuk' bagi tujuan membina ladang rakyat atau ladang buah-buahan.

Bagaimanapun, katanya, negeri jiran yang menyedut air dari Sungai Kedah kemudian menapisnya dan menjual kepada pihak swasta terutama industri pada kadar harga tinggi sehingga mengaut keuntungan besar.

"Yang mengecewakan, kita sebagai sumber air itu tidak dapat satu sen pun," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mukhriz berkata, pihaknya juga sedang menanti jawapan daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengenai isu berkenaan dalam Dewan Rakyat.

Katanya lagi, berdasarkan kenyataan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid sebelum ini yang kelihatan seperti setuju dengan pendirian Kedah diharapkan dapat memperkukuhkan lagi kedudukan tuntutan berkenaan.

Tambah beliau, kerajaan negeri bagaimanapun tidak akan memasukkan caj air mentah ke dalam Belanjawan Kedah sebagaimana dilakukan oleh kerajaan Pas Kedah sebelum ini kerana belum ada sebarang persetujuan pembayaran dari Pulau Pinang.

Tuesday, 18 June 2013

ISU AIR KEDAH,GUAN ENG JANGAN BIADAP !!! #HanyaDiKedah @MukhrizMahathir


Dalam Isu air yang menjadi perbalahan antara Kerajaan DAP Pulau Pinang dan Kerajaan BN Kedah makin panas selepas Ketua Menteri DAP Pulau Pinang iaitu Lim Guan Eng  mengeluarkan 'fatwa' tidak mahu membayar sebarang caj air mentah kepada Kerajaan Negeri Kedah. 

Dia berhujah mengatakan bahawa Kerajaan Negeri pimpinannya mengambil air mentah dari kawasan Sungai Muda yang terletak di dalam sempadan negeri Pulau Pinang.

Oleh itu  katanya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak perlu membayar apa-apa caj air kepada Kerajaan Negeri Kedah kerana  sumber air yang mereka dapat itu diperoleh di dalam kawasan sempadan negeri Pulau Pinang. Mudahnya Lim Guan Eng bercakap seolah rakyat Kedah ni bodoh sehingga buta berkenaan industri air.

Bab nak kenakan orang memang Guan Eng jaguh  tapi bagi yang faham tentang isu air ni pasti mereka berkata ini alasan paling bodoh yang pernah didengar dan tidak masuk akal.

Dalam kata yangg lebih keras , jawapan Guan Eng ini adalah satu tindakan yang zalim dan tidak adil kepada Kerajaan Negeri Kedah dan rakyatnya.

Guan Eng perlu ingat bahawa Kerajaan Negeri Kedah bertanggungjawab jaga sumber air ini di kawasan hulu Sungai Muda dan bukan sesuatu yang mudah untuk menjaganya selain memerlukan modal dan kos kawal selia yang tinggi .

Untuk menjaga dan memelihara sumber bekalan air mentah, Kerajaan Negeri Kedah perlu memastikan sungai tersebut tidak tercemar dan tidak boleh dijalankan sebarang aktiviti yang mampu mengancam sumber air berkenaan.

Kalau ada pokok bakau yang berkualiti, ia tidak boleh ditebang untuk bantu sumber ekonomi. Dan jika di sekitar kawasan Sungai Muda itu berpotensi untuk dibangunkan, ia terpaksa dilupakan demi memelihara kebersihan dan kualiti sumber air tersebut.

Faham atau buat-buat tak faham  Guan Eng dalam kes ini bahawa semua komitmen memelihara sumber air semulajadi itu merugikan Kerajaan Negeri Kedah dan memerlukan kos yang sangat tinggi untuk memastikan kawasan itu tidak tercemar?

Adakah semua kos ini dibayar oleh Guan Eng sebagai menghargai jasa dan budi baik Negeri Kedah bagi memastikan air yang mereka guna tu tidak tercemar ? Baru nak caj dah macam-macam bunyi keluar dan sikap kurang ajar Guan Eng ini jangan sampai makan diri sendiri.

Jika Kerajaan Kedah boleh bertindak kejam sepertimana yang Guan Eng buat pastinya lumpuh segala ekonomi dan kerja harian mereka di Pulau Pinang. Pembinaan Empangan bagi melencongkan air sungai juga boleh dibuat jika Guan Eng terus bersikap kejam dan kurang ajar pada Kerajaan Negeri Kedah dan rakyat kedah sendiri.

Apj bercakap bukan kerana permusuhan lama dengan Guan Eng tapi kerana sikap angkuh yang suka membuli dan kenakan orang yang ada pada diri Guan Eng ini sudah sampai tahap melampau. 

Kami sebagai rakyat Kedah punya hak untuk mempertahankan hasil bumi negeri Kedah dari dikaut dan dicuri oleh orang luar seperti Guan Eng lakukan berkenaan isu air. Jangan sampai menjadi barah nanti baru menyesal .

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...