sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label KETUA POLIS MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label KETUA POLIS MALAYSIA. Show all posts

Thursday, 14 March 2013

UPDATE OP DAULAT : MILITAN SULU ANGGAP MAYAT PEJUANG NEGERA SEBAGAI BANGKAI !! CELAKA !! #Pray4Sabah




" Apa kita mahu buat dengan bangkai-bangkai ini ? Sudah aku tatak (penggal) kepala mereka " 

Ayat ini penuh penghinaan terhadap mayat-mayat pejuang negara yang terkorban dalam pentempuran di Kampung Simunul , pada 2 Mac lalu . Percakapan militan ini jelas didengar oleh pasukan keselamatan yang terlibat dalam misi membantu pasukan hadapan yang terkorban.

Menurut seorang anggota keselamatan yang terlibat dalam operasi menyelamat ini , militan sulu ini tidak berperi kemanusiaan dan berperangai seperti binatang dan mahu mengerjakan pasukan keselamatan negara cukup-cukup. 

Percakapan militan ini didengari mereka dan mereka ingin menunjukkan mereka meraikan kejayaan menumpaskan pasukan keselamatan Malaysia .

APJ : Walaupun militan sulu bersifat binatang tetapi kami di Malaysia tetap kebumikan militan ini ikut cara Islam bukan cara bangkai binatang '

Tuesday, 5 March 2013

UPDATE LAHAD DATU : 'TRIBUTE' KEPADA PERWIRA NEGARA !! POST ISTIMEWA INSP ZULKIFLI #LahadDatu



Gambar ini telah dikongsikan oleh salah seorang fan laman page ini kepada Allahyarham Insp Zukifli bin Mamat. - PDRM

UPDATE OPS SULU : JENAZAH WIRA NEGARA TIBA DAN SELAMAT DIKEBUMIKAN #LahadDatu

Photo: Jenazah allahyarham Supt. Ibrahim b Lebar, sedia dibawa masuk ke dalam masjid Al-Falah, USJ 9, Subang Jaya untuk disembahyangkan selepas solat Isya.

KUALA LUMPUR, 4 Mac - Jenazah enam pegawai dan anggota polis
yang terkorban dalam serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna, tiba dan dikebumikan di kawasan kediaman masing-masing hari ini.

Jenazah Supt Ibrahim Lebar, 52, dan jenazah L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada pukul 6.35 petang.

Suasana pilu menyelubungi pangkalan TUDM itu apabila anggota keluarga tidak dapat mengawal kesedihan melihat ketibaan jenazah yang dibawa dengan pesawat tentera C-130 itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hadir bersama-sama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar serta ratusan pegawai dan anggota polis bagi memberi penghormatan terakhir kepada dua wira negara itu.

Turut hadir isteri Sultan Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah,
Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Ibrahim dari Cawangan Khas Bukit Aman dan Mohd Azrul dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau ialah antara enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam kejadian serang hendap oleh kumpulan bersenjata di perkampungan atas air itu kira-kira pukul 8 malam, Sabtu lepas.

Empat lagi yang terkorban ialah ASP Michael Padel dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna, Sjn Detektif Baharin Hamid dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Sjn Abd Azis Sarikun dari PGA Tawau dan Kpl Salam Tongiran (IPD Tawau).

Jenazah Ibrahim dibawa ke kediamannya di No.45 Jln USJ 9/5F Subang Jaya dan dikebumikan di tanah perkuburan USJ 22, Subang Jaya malam ini manakala jenazah Mohd Azrul dibawa ke kediaman keluarganya di Lot.6278/2461 Jalan Telok Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang untuk dikebumikan malam ini.

Perkarangan pangkalan TUDM dibanjiri anggota keluarga pegawai dan anggota polis itu sejak jam 4.30 petang.

Di KUCHING, mayat mendiang ASP Michael Padel Sano tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAB) Kuching pada pukul 5.30 petang.

Turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada wira negara itu ialah Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Mayat mendiang dibawa pulang ke Kampung Bidayuh, Tembakang di Serian dan akan dikebumikan di Makam Pahlawan Sarawak di Kuching pada Rabu.

Di KOTA KINABALU, jenazah Baharin tiba di Lapangan Terbang Terminal 2, Kota Kinabalu, Sabah pada pukul 2 petang.

Di SEMPORNA, jenazah Abd Azis yang tiba dengan van jenazah di Surau IPD Semporna pada pukul 9.30 pagi, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 2, Jalan Bunga Raya di sini selepas solat Zohor.

Jenazah Salam pula disembahyangkan di Surau IPD Tawau dan dikebumikan di Tanah perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas Tawau, Sabah pada pukul 10.15 pagi ini. - BERNAMA

Monday, 4 March 2013

OPS SULU : 4 RAKYAT MALAYSIA DITAWAN PENGGANAS - SULTAN SULU #LahadDatu



KUALA LUMPUR: Empat rakyat Malaysia didakwa telah tawan oleh kumpulan penceroboh bersenjata di Semporna, lapor stesen radio Filipina pada Ahad.

Terdahulu, pihak berkuasa Malaysia mengatakan mereka telah menawan tiga penceroboh Filipina itu diikuti dengan pertempuran di tiga lokasi di Sabah yang menyebabkan kematian lima anggota polis dan dua anggota kumpulan penceroboh.

Kumpulan bersenjata yang mendakwa mereka sebagai Tentera Kesultanan Sulu, Jamalul Kiram III, berkata kepada pemberita di Bandar Taguig, lapor stesen radio Filipina 'dzBB Divine Caraecle'.

Jamalul dipetik sebagai berkata dia tidak mengarahkan serangan terhadap pihak berkuasa Malaysia dan menegaskan pengikutnya juga diarahkan untuk menghormati hak rakyat Malaysia yang ditawan itu.

Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sebelum ini dilaporkan berkata berlaku tiga insiden di tiga lokasi berlainan iaitu penahanan tiga anggota penceroboh yang cuba keluar dari kawasan kepungan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo, lima anggota polis mati ditembak di Kampung Seri Jaya Simunul di Semporna dan laporan pencerobohan 10 lelaki di Kampung Lumalong dan Kampung Dasar Lama di Kunak.

"Saya juga telah memanggil Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin untuk mengukuhkan kedudukan dengan mengambil kira apa yang berlaku di tiga lokasi itu," katanya pada sidang akhbar di Felda Sahabat kira-kira 130 kilometer dari sini.

"Mereka juga dalam keadaan bersedia untuk tindakan selanjutnya."

Ismail turut meminta orang ramai agar jangan mempercayai khabar angin dan berita yang tidak disahkan oleh polis tentang apa yang berlaku di negeri ini.

Beliau berkata orang ramai tidak perlu membuat andaian melainkan disahkan pihak berkuasa terutama jika berdasarkan laporan di media sosial dan komunikasi lain.

Ismail sekali lagi menegaskan bahawa sehingga hari ini polis tidak pernah mengeluarkan perintah berkurung kepada penduduk di negeri ini.

Zulkifeli yang turut hadir dalam sidang media itu berkata bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan mereka, dua lagi batalion tambahan tentera dihantar hari ini dan ditempatkan di beberapa kawasan di kawasan pantai timur negeri itu - MSTAR

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...