sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label PERANG DI SABAH. Show all posts
Showing posts with label PERANG DI SABAH. Show all posts

Tuesday, 9 April 2013

UPDATE OP DAULAT : PENGGANAS SULU KEMBALI KE SABAH ?? 34 ORANG DI TAHAN DI PERAIRAN SABAH #LahadDatu #Pray4Sabah


32 INDIVIDU DITAHAN DI PERAIRAN SABAH, PELBAGAI SENJATA DIRAMPAS

Kota Kinabalu, 8 April - Tiga puluh dua individu yang menaiki sebuah bot ditahan di perairan Sabah, kira-kira 12 batu nautika dari Tambisan, Lahad Datu awal pagi ini.

Pasukan keselamatan turut merampas pelbagai senjata seperti senjata api, barong dan kapak serta beberapa dokumen yang dibawa kumpulan lelaki itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata setakat ini kesemua mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

"Kami belum mengenal pasti bangsa mereka," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kota Kinabalu, di sini hari ini. Beliau berkata bot yang dikenali sebagai 'kumpit' yang dinaiki kumpulan lelaki itu ditunda ke Sandakan untuk siasatan lanjut.

Hamza sekali lagi memberi jaminan keadaan di semua daerah di Sabah terkawal dan menafikan dakwaan terdapat 100 pengganas bersenjata memasuki negeri ini.

"Pasukan keselamatan sentiasa mengawal keadaan dengan kawalan ketat di kawasan perairan Sabah," katanya. Sementara itu, pasukan Forensik menemui 15 lagi mayat di Kampung Tanduo, dekat Lahad Datu dan kesemua mayat itu akan dibawa keluar dari kawasan yang menjadi kubu militan dari selatan Filipina itu petang ini.

Beliau berkata kesemua mayat itu adalah daripada pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan yang sebelum ini tidak dapat dibawa keluar atas faktor keselamatan. - BERNAMA

MOHON UPDATE DARI PDRM 

Saturday, 6 April 2013

OP DAULAT : SENARAI PENGGANAS SULU YANG DIKEHENDAKI #Pray4Sabah



Krisiss Pencerobohan Di Lahad Datu pada 12 Februari 2013 telah membongkar beberapa individu yang dikenalpasti sebagai watak-watak utama di sebalik pencerobohan ini samada selaku ketua pengganas Mahupun sebagai talibarut.

Datu Esmail Kiram @ Raja Tua Kesultanan Sulu, 60 seorang suluk daripada Kg. Maimbong Jolo Sulu.

Datu Agbimuddin Datu Kiram @ Datu Puing, 60 merupakan Raja muda Kesultanan Sulu daripada Tubig Indangan, Simunul, Tawi-Tawi. Semasa di Lahad Datu tinggal bersama anak-anaknya Datu Nulbakti Datu Malhimuddin Jamalul Kiram @ Datu Puing di Kg Bilis, Tungku, Lahad Datu.

Agbimuddin @ Datu Puing adalah individu yang bertanggungjawab melatih 1,500 Royal Sulu Force, di Tubig Simunul. Panglima yang bertanggungjawab melatih adalah Jeneral Hadji Musa Abdulla dan Lt. Con. Ernesto Sambas @ Lion of Sulu.

Datu Piah Kiram, 60 seorang Suluk daripada Zamboanga City; pernah berkerja sebagai juruukur tanah di sebuah syarikat swasta di Kota Kinabalu, belum tertangkap dipercayai masih bersembunyi di Semporna.

Amat Malandi @ Mat Bom, 71 bajau sibutu - memberi perlindungan kepada pengganas di Kg Tanduo Felda 17 Sahabat, sehingga meletusnya tembak menembak dengan pasukan keselamtan pada 1 Mac. Mat Bom kini dalam tahanan.

Ali Amat-37 anak Mat Bom yang bertanggungjawab memasukan pengganas ke kg Tanduo. Ali yang memandu Toyota Cygnus dan Toyota Prado mempunyai aktiviti penyelundup dan mencuri buah kelapa sawit daripada ladang Felda.

Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 40 seorang suluk yang tinggal di kg Sri Melur, Bugaya Semporna- telah ditangkap. Bertanggungjawab menyebar berita palsu termasuk pada blog-blog dan media di Filipina.


Senarai Pengganas Sulu Yang Diburu?

1. Jamalul Kiram – Kononnya Sultan Sulu

2. Agbimudin Kiram – Bekas Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat, Sabah

3. Haji Kiram – Tinggal di Sandakan & mempunyai seorang anak yang berkahwin dnegan kakitangan kerajaan

4. Haji Kaluang – ahli “Majic 8″ komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dan pembiayan pencerobohan siri Lahad Datu

5. Amirbahar (anak kepada Esmail iaitu adik kepada Jamlul Kiram)

6. Aidani - Penduduk Semporna, berperanan sebagai penjaga senjata api dan dikatakan telah menyimpan senjata api di lokasi rahsia di Semporna

- Belia Bangkit

Wednesday, 13 March 2013

UPDATE TERKINI OP DAULAT : GEMPAR !! #Pray4Sabah




UPDATE OP DAULAT : PASUKAN KESELAMATAN KEMBALI BERTEMPUR #Pray4Sabah




SELEPAS 48 JAM TENANG, PASUKAN KESELAMATAN KEMBALI BERTEMPUR

Kuala Lumpur, 12 Mac - Selepas lebih 48 jam tenang tanpa sebarang pertempuran, bumi Lahad Datu yang menjadi lokasi pencerobohan kumpulan militan bersenjata Sulu kembali menumpahkan darah hari ini.

Operasi membanteras, menggeledah dan pembersihan militan yang memasuki hari kelapan hari ini menyaksikan seorang anggota keselamatan terkorban, kematian pertama dialami pasukan tentera sejak Operasi Daulat dilancar Selasa lalu.

Kejadian di Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu itu terjadi selepas pasukan keselamatan yang sedang melakukan operasi pembersihan bertembung dengan sekumpulan musuh yang bertindak melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran.

"Dalam pertempuran itu dua musuh berjaya dibunuh, malangnya seorang anggota kita turut gugur dan seorang lagi cedera," kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dalam sidang media pada 8 malam.

Hari kelapan Operasi Daulat juga menyaksikan seorang lagi anggota tentera terkorban apabila trak yang dipandunya terbabas di Jalan Lahad Datu-Cenderawasih hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 10 anggota keselamatan maut sejak tragedi pencerobohan 12 Feb lepas.

Di sebalik rasa hiba, ada juga berita menggembirakan diterima selepas tragedi pendaratan pengganas di Kampung Tanduo yang genap sebulan hari ini - kampung tersebut diisytiharkan bersih sepenuhnya daripada ancaman pengganas militan.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang mengumumkan perkara itu berkata operasi pembersihan pasukan keselamatan kini diperluas ke Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu dan Kampung Labian.

Sehingga sidang akhbar itu, polis mengesahkan 56 orang kumpulan militan ditembak mati dengan 24 mayat berjaya dikeluarkan, manakala 97 orang ditahan disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas dan 196 orang lagi ditahan kerana memasuki kawasan larangan.

Sementara itu pengganas yang menceroboh Lahad Datu dan Semporna yang ditahan bakal berdepan tindakan undang-undang selepas polis membuka dua kertas siasatan berhubung pencerobohan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata bentuk tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas itu akan ditentukan selepas dibincangkan bersama Peguam Negara.

Dalam pada itu, nasib penduduk kampung yang terjejas dalam Operasi Daulat berikutan insiden pencerobohan pengganas turut diberi perhatian oleh kerajaan persekutuan apabila mengumumkan tiga bantuan khas bagi Kampung Tanduo dan
Tanjung Batu.

Bantuan meliputi pemberian bantuan ehsan wang tunai RM1,000 kepada setiap keluarga, bantuan pembinaan semula rumah yang musnah dengan kos setiap rumah RM50,000 serta pembaikan kecil untuk rumah yang rosak, dan penjadualan semula bayaran pinjaman kepada penduduk yang berniaga dan meminjam daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (Tekun Nasional) dan Amanah Ikhtiar itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
ketika melawat ke kawasan tragedi itu hari ini.

Kesemua bantuan itu hanya akan diberi kepada penduduk yang memiliki kad pengenalan dan dokumen kelahiran yang sah sebagai warganegara ini.

"Bagi kesemua bantuan itu, penduduk perlu mendapatkan pengesahan daripada ketua kampung, pemimpin setempat dan pihak berkuasa bagi menentukan mereka merupakan penduduk yang terjejas dalam Operasi Daulat," kata Muhyiddin.

Selain dua anggota tentera yang terkorban hari ini, krisis pencerobohan itu turut meragut nyawa lapan anggota polis yang terbabit dalam serangan hendap pengganas, iaitu dua di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam di Semporna sehari
selepas itu.- BERNAMA

Monday, 11 March 2013

UPDATE OP DAULAT : 2 TRAK POLIS ANGKUT MAYAT MILITAN #Pray4Sabah



LAHAD DATU: Dua trak polis yang membawa beg plastik hitam dipercayai mengandungi mayat lelaki bersenjata dilihat meninggalkan kampung Tanduo, petang Ahad.

Kg Tanduo adalah antara kawasan di mana pasukan keselamatan menjalankan operasi pembersihan saki baki lelaki bersenjata Sulu.

Dua kenderaan berperisai juga dilihat dipandu di hadapan trak.
Mereka tiba di kompleks Sahabat Felda di mana mayat diserahkan kepada pasukan forensik.

Sumber-Mstar Online

Saturday, 9 March 2013

UPDATE OP DAULAT : VIDEO YANG BUAT KITA MENGALIRKAN AIR MATA !! PEJUANG-PEJUANG NEGARA #Pray4Sabah




UPDATE OP DAULAT : SEORANG LAGI MILITAN TUMPAS DI TANGAN PEJUANG #

pic sebelum ni


OP DAULAT: SIDANG MEDIA SEMASA (9 MAC 2013: 12 PM)

Operasi Dulat masih lagi diteruskan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu. Pada jam 8 pagi tadi, semasa operasi dijalankan, seorang penceroboh telah cuba menyelinap keluar dari Kampung Tanjung Batu dan berlaku kejadian tembak menembak. Pasukan keselamatan telah berjaya menumpaskan peceroboh tersebut.

Di samping itu, usaha juga telah dijalankan di luar kawasan operasi dengan maklumat-maklumat yang diperoleh hasil daripada tangkapan penceroboh sebelum ini. Pihak polis juga meneruskan usaha-usaha mengesan suspek-suspek yang masih bebas. Sehingga kini seramai 79 suspek telah ditangkap dan mereka berada dalam tahanan pihak polis untuk siasatan.

OPS DAULAT : LETUPAN BOM DI FELDA SAHABAT #Pray4Sabah

KEADAAN KESELAMATAN TERKAWAL BIARPUN KEDENGARAN BUNYI LETUPAN

Lahad Datu, 9 Mac - Keadaan di Felda Sahabat adalah terkawal
biarpun bunyi beberapa siri letupan bom dilepaskan di kawasan zon merah dalam Op Daulat selepas 24 jam tiada pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan Sulu yang menjadikan Kampung Tanduo dan Tanjung Batu, 130
kilometer dari bandar Lahad Datu, sebagai kubu sejak 12 Feb lalu.

Malah di bandar Lahad Datu dan bandar Semporna, yang terletak 150 kilometer dari sini, adalah terkawal dan tenang dengan aktiviti masyarakat serta premis perniagaan berjalan seperti biasa.

Di Felda Sahabat 16, kedengaran beberapa bunyi dentuman bom yang datang dari kawasan zon merah Op Daulat pada 1 pagi dan 7.30 pagi.

Selain itu pada pagi ini turut kedengaran pesawat helikopter berlegaran di ruang udara Felda Sahabat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meninjau markas Op Daulat di Felda Sahabat, Khamis lalu berkata Malaysia menolak sebarang tawaran gencatan senjata dan menegaskan satu-satunya pilihan bagi penceroboh itu ialah letak senjata dan serah diri tanpa bersyarat.

Gerakan Op Daulat yang memasuki hari kelima hari ini mengesahkan 52 penceroboh militan terbunuh.

Sejak pencerobohan itu juga seramai lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada 2 Mac.- BERNAMA

OPS DAULAT : GAMBAR-GAMBAR SEKITAR KAMPUNG FELDA SAHABAT 16 , LAHAD DATU #LahadDatu





   

  

   

Bertempat di Masjid Felda sahabat 16, Lahad Datu hari ini, Ketua Polis Negara sempat solat Juamaat bersama penduduk sekitar Felda Sahabat 16. Kehadiran beliau disambut mesra oleh qariah-qariah masjid.

- KECEKAPAN ANGGOTA PERWIRA NEGARA BUAT RAKYAT RASA TENANG !!

Monday, 4 March 2013

UPDATE OPS SULU : MAYAT PENGGANAS SULU MULAI REPUT !! #LahadDatu




LANJUT BACA SINI 

UPDATE OPS SULU :TERKINI KEADAAN DI KAMPUNG SRI JAYA SIMINUL, SEMPORNA DAN LAHAD DATU #LahadDatu


KEADAAN DI KAMPUNG SRI JAYA SIMINUL, SEMPORNA DAN LAHAD DATU TENANG


Semporna, 3 Mac - Suasana di Kampung Sri Jaya, Simunul dan
kawasan tertentu di sini kelihatan tenang malam ini selepas enam anggota polis terbunuh dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di perkampungan atas air itu, semalam.

Dalam kejadian itu, enam anggota kumpulan itu turut maut. Tinjauan Bernama mendapati laluan masuk ke perkampungan itu dan kawasan sekitarnya dikawal oleh anggota tentera dan polis.

Pasukan keselamatan juga menasihatkan penduduk, yang masih tinggal di perkampungan itu, supaya mengambil langkah berjaga-jaga.

Keadaan di bandar Semporna pula tetap aman dan terkawal meskipun ia agak lengang berbanding situasi biasa. Sementara itu, suasana di Lahad Datu juga dilaporkan tenang.

Dalam kejadian di Kampung Tanduo, Lahad Datu, pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan kumpulan penceroboh dari wilayah selatan Filipina yang dikepung sejak 9 Feb lepas, menyebabkan dua anggota polis dan 12 anggota kumpulan itu terbunuh.- BERNAMA

OPS SULU : VIDEO TERKINI OPS SELAMAT 19 ANGGOTA #LahadDatu




PERKEMBANGAN TERKINI 03 MAC 2013 (9.00 PM)

Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah semalam, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Hj Omar berkata enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas
air itu. Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira
7 malam, Tan Sri Ismail berkata polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.

Dalam sidang media kira-kira 9 malam ini di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu dihantar ke Hospital Semporna.


UPDATE OPS SULU : SEMBOYAN TELAH BERBUNYI , TENTERA AMBIL ALIH !! "HAPUSKAN MUSUH " #LahadDatu


Apj terbaca berita dari blog sahabat di KLIKSINI
Katanya lebih kurang begini :

Semboyan/perintah eksekutif telah dikeluarkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengambil alih sepenuhnya kekacauan di Sabah. Arahan yang dikeluarkan ialah''HAPUSKAN MUSUH!!''..
Ini bermakna perperangan telah tercetus. Semua musuh akan dibunuh. Tiada lagi belas kasihan kepada mereka. Semoga pejuang-pejuang kita berjaya.

Apj amat setuju jika musuh dihapuskan agar segalanya tamat dan Malaysia kembali aman damai - 



Sunday, 3 March 2013

UPDATE LAHAD DATU : LIMA POLIS TERKORBAN DALAM SERANG HENDAP DI SEMPORNA.

LIMA POLIS TERKORBAN DALAM SERANG HENDAP DI SEMPORNA.

Seorang pegawai dan empat anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah semalam, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada sidang akhbar di Lahad Datu hari ini.

Sementara dua dari kumpulan bersenjata turut terbunuh, katanya.- BERNAMA

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...