sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label KOMANDO MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label KOMANDO MALAYSIA. Show all posts

Monday, 18 March 2013

UPDATE OP DAULAT : KELUARGA KIRAM DITAHAN #Pray4Sabah


Lahad Datu, 17 Mac -Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keluarga Jamalul Kiram antara 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

"Mereka yang ditahan berada di sini dipercayai anggota keluarga (Jamalul) Kiram yang menggunakan nama lain...di sini mereka guna nama lain, di Filipina mereka guna nama lain. Ini kita sedang siasat," katanya dalam sidang media bersama Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim di Felda Sahabat 16 di sini, hari ini.

Beliau berkata operasi membanteras pengganas tidak hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram, yang didakwa dalang insiden pencerobohan di Sabah sejak 12 Feb lepas, kerana polis turut menjejaki kaum keluarga anggota militan lain yang dipercayai terlibat insiden pencerobohan itu.

"Kita juga turut menyiasat orang lain yang mempunyai kaitan dengan pengganas di bawah SOSMA," katanya tanpa memberitahu bila mereka akan didakwa di mahkamah.

Mengenai kematian seorang tahanan di bawah SOSMA di Semporna semalam, beliau berkata individu itu meninggal dunia di hospital akibat sakit dan bukannya membunuh diri seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Sehingga kini seramai 104 orang telah ditahan di bawah SOSMA dan 232 lagi ditahan atas pelbagai kesalahan lain. Dalam pada itu, Hamza berkata keadaan di seluruh Sabah adalah terkawal termasuk di Semporna dan Lahad Datu, kecuali di kawasan operasi di gugusan Tanjung Labian, yang kini dalam proses pembersihan. - BERNAMA

Thursday, 14 March 2013

UPDATE OP DAULAT : MILITAN SULU ANGGAP MAYAT PEJUANG NEGERA SEBAGAI BANGKAI !! CELAKA !! #Pray4Sabah




" Apa kita mahu buat dengan bangkai-bangkai ini ? Sudah aku tatak (penggal) kepala mereka " 

Ayat ini penuh penghinaan terhadap mayat-mayat pejuang negara yang terkorban dalam pentempuran di Kampung Simunul , pada 2 Mac lalu . Percakapan militan ini jelas didengar oleh pasukan keselamatan yang terlibat dalam misi membantu pasukan hadapan yang terkorban.

Menurut seorang anggota keselamatan yang terlibat dalam operasi menyelamat ini , militan sulu ini tidak berperi kemanusiaan dan berperangai seperti binatang dan mahu mengerjakan pasukan keselamatan negara cukup-cukup. 

Percakapan militan ini didengari mereka dan mereka ingin menunjukkan mereka meraikan kejayaan menumpaskan pasukan keselamatan Malaysia .

APJ : Walaupun militan sulu bersifat binatang tetapi kami di Malaysia tetap kebumikan militan ini ikut cara Islam bukan cara bangkai binatang '

Wednesday, 13 March 2013

UPDATE OP DAULAT : PASUKAN KESELAMATAN KEMBALI BERTEMPUR #Pray4Sabah




SELEPAS 48 JAM TENANG, PASUKAN KESELAMATAN KEMBALI BERTEMPUR

Kuala Lumpur, 12 Mac - Selepas lebih 48 jam tenang tanpa sebarang pertempuran, bumi Lahad Datu yang menjadi lokasi pencerobohan kumpulan militan bersenjata Sulu kembali menumpahkan darah hari ini.

Operasi membanteras, menggeledah dan pembersihan militan yang memasuki hari kelapan hari ini menyaksikan seorang anggota keselamatan terkorban, kematian pertama dialami pasukan tentera sejak Operasi Daulat dilancar Selasa lalu.

Kejadian di Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu itu terjadi selepas pasukan keselamatan yang sedang melakukan operasi pembersihan bertembung dengan sekumpulan musuh yang bertindak melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran.

"Dalam pertempuran itu dua musuh berjaya dibunuh, malangnya seorang anggota kita turut gugur dan seorang lagi cedera," kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dalam sidang media pada 8 malam.

Hari kelapan Operasi Daulat juga menyaksikan seorang lagi anggota tentera terkorban apabila trak yang dipandunya terbabas di Jalan Lahad Datu-Cenderawasih hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 10 anggota keselamatan maut sejak tragedi pencerobohan 12 Feb lepas.

Di sebalik rasa hiba, ada juga berita menggembirakan diterima selepas tragedi pendaratan pengganas di Kampung Tanduo yang genap sebulan hari ini - kampung tersebut diisytiharkan bersih sepenuhnya daripada ancaman pengganas militan.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang mengumumkan perkara itu berkata operasi pembersihan pasukan keselamatan kini diperluas ke Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu dan Kampung Labian.

Sehingga sidang akhbar itu, polis mengesahkan 56 orang kumpulan militan ditembak mati dengan 24 mayat berjaya dikeluarkan, manakala 97 orang ditahan disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas dan 196 orang lagi ditahan kerana memasuki kawasan larangan.

Sementara itu pengganas yang menceroboh Lahad Datu dan Semporna yang ditahan bakal berdepan tindakan undang-undang selepas polis membuka dua kertas siasatan berhubung pencerobohan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata bentuk tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas itu akan ditentukan selepas dibincangkan bersama Peguam Negara.

Dalam pada itu, nasib penduduk kampung yang terjejas dalam Operasi Daulat berikutan insiden pencerobohan pengganas turut diberi perhatian oleh kerajaan persekutuan apabila mengumumkan tiga bantuan khas bagi Kampung Tanduo dan
Tanjung Batu.

Bantuan meliputi pemberian bantuan ehsan wang tunai RM1,000 kepada setiap keluarga, bantuan pembinaan semula rumah yang musnah dengan kos setiap rumah RM50,000 serta pembaikan kecil untuk rumah yang rosak, dan penjadualan semula bayaran pinjaman kepada penduduk yang berniaga dan meminjam daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (Tekun Nasional) dan Amanah Ikhtiar itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
ketika melawat ke kawasan tragedi itu hari ini.

Kesemua bantuan itu hanya akan diberi kepada penduduk yang memiliki kad pengenalan dan dokumen kelahiran yang sah sebagai warganegara ini.

"Bagi kesemua bantuan itu, penduduk perlu mendapatkan pengesahan daripada ketua kampung, pemimpin setempat dan pihak berkuasa bagi menentukan mereka merupakan penduduk yang terjejas dalam Operasi Daulat," kata Muhyiddin.

Selain dua anggota tentera yang terkorban hari ini, krisis pencerobohan itu turut meragut nyawa lapan anggota polis yang terbabit dalam serangan hendap pengganas, iaitu dua di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam di Semporna sehari
selepas itu.- BERNAMA

Tuesday, 12 March 2013

UPDATE OP DAULAT : GAMBAR PEJUANG CEDERA !! #Pray4Sabah

FOTO ini dibekalkan oleh ATM memaparkan anggota Paramedik Batalion Pertama Kor Perubatan Diraja memberi rawatan kepada anggota tentera darat dalam Op Daulat di Kampung Tanduo, Lahad Datu


Sumber : KLIK SINI

UPDATE OP DAULAT : ILMU KEBAL PENGGANAS TAK MENJADI !!! #Pray4Sabah

gambar cth

BILANGAN PENCEROBOH YANG MAUT BUKTI MEREKA TIDAK KEBAL

Lahad Datu, 11 Mac - Bilangan penceroboh militan yang terbunuh dalam Operasi Daulat membuktikan mereka tidak kebal, sekaligus menolak dakwaan penceroboh menggunakan ilmu mistik untuk berhadapan dengan pasukan keselamatan.

"Ini terbukti apabila pasukan keselamatan berjaya menembak mati 54 orang daripada mereka," kata Penolong Ketua UrusetiaKetua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohammed Yusoff.

Beliau berkata perkara itu mulai tersebar di laman sosial apabila satu daripada gambar penceroboh militan yang terbunuh menunjukkan pengganas itu memakai tangkal dan kain berwarna kuning pada badannya.

Ramli berkata penggunaan tangkal itu mungkin untuk meyakinkan pengikut kumpulan itu bahawa tindakan mereka kononnya adalah jihad.

"Hakikatnya hanya ilmu pengetahuan yang mampu memberikan kita kepandaian dalam mempertahan negara dan bukan ilmu tahyul yang menyempitkan akal kita," katanya. - BERNAMA

UPDATE OP DAULAT : GAMBAR-GAMBAR MAYAT PENGGANAS SULU #Pray4Sabah




Antara bungkusan mayat pengganas Sulu yang dikeluarkan dari Kampung Tanduo untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat. - kedahkini

Monday, 11 March 2013

OP DAULAT : 2 ANGGOTA YANG CEDERA DISERANG MILITAN #Pray4Sabah




Dua anggota keselamatan negara dari BN PGA 12 Miri yang diserang di kampung Tg Batu telah dikenal pasti iaitu:

1. RF 116409 Mohd Zariman; dan
2. RF 160726 Fendi B. Rosli

Sumber diperolehi juga memaklumkan keadaan anggota yang cedera diserang oleh penceroboh yang menyamar sebagai penduduk tempatan itu dalam keadaan stabil.

'Ops daulat' adalah fasa mengepung dan membersihkan saki-baki penceroboh yang kini bergerak secara perseorangan mahu pun dalam kumpulan kecil dengan menyamar sebagai penduduk tempatan.

Seramai 85 orang yang disyaki sebagai penceroboh mahu pun dikaitkan dengan penceroboh yang mengganas telah ditahan oleh pihak berkuasa dan disiasat di bawah seksyen 130c (1) (a) kanun keseksaan dibaca bersama security offences (special measure) act 2012.

Saturday, 9 March 2013

UPDATE OPS DAULAT : MILITAN KIRAM TERPERANGKAP !!! #Pray4Sabah




MILITAN TERPERANGKAP, MULA BERGERAK DALAM KUMPULAN KECIL

Lahad Datu, 9 Mac - Pasukan keselamatan yakin anggota militan
bersenjata dari Selatan Filipina kini bergerak dalam kumpulan kecil setelah terperangkap dalam kepungan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, kira-kira 130 kilometer dari sini.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawalan ketat yang dilakukan di lokasi berkenaan sejak Op Daulat dilancarkan bagaimanapun tidak memungkinkan penceroboh bersenjata itu memboloskan diri.

"Berdasarkan kejadian dan tindakan yang diambil, kami berkeyakinan besar bahawa sememangnya mereka kini terperangkap di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu.

"Jadi, kami akan meneruskan kepungan dan membuat penggeledahan, fokus kami kini tertumpu pada kedua-dua tempat dan kepungan dikekalkan bagi mengelak pihak musuh masuk semula ke Kampung Tanduo selepas melarikan diri ke Tanjung Batu," katanya dalam sidang media bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di markas operasi Op Daulat Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Seorang daripada militan Sulu maut ditembak di Kampung Tanjung Batu, di sini selepas cuba memboloskan diri daripada kepungan pihak berkuasa seorang diri dalam insiden pada 8 pagi ini.

Zulkifeli berkata pasukan keselamatan akan mengetatkan lagi kepungan di kawasan hutan dan berpaya di kedua-dua kampung berkenaan yang dikenal pasti dijadikan laluan oleh kumpulan militan itu untuk meloloskan diri sebelum ini.

"Mereka tidak mungkin lepas daripada kepungan. Mereka cuma dapat keluar dari Kampung Tanduo ke Kampung Tanjung Batu melalui jalan hutan sekunder serta berpaya, bukan melalui jalan darat dan laut...jadi, kita akan perketatkan kepungan di kawasan itu," katanya.

Beliau berkata kepungan di Kampung Tanduo dijalankan membabitkan jarak seluas empat kilometer persegi dan aktiviti pembersihan ke atas penceroboh akan bermula di situ sebelum diperluaskan ke Kampung Tanjung Batu.

Zulkifeli berkata sejak gerakan ofensif dan beberapa serangan susulan dilancarkan penceroboh kini mula menyembunyikan diri di dalam semak serta hutan tebal dan pokok-pokok besar, bukan lagi di dalam rumah penduduk.

Polis mengesahkan, selepas lima hari dilancarkan, Op Daulat yang membabitkan pasukan polis dan angkatan tentera berjaya membunuh 53 orang militan dengan 79 ditahan, manakala tiada anggota pasukan keselamatan yang dilaporkan cedera atau
terkorban. - BERNAMA

Tuesday, 5 March 2013

UPDATE LAHAD DATU : VIDEO @11.00 #LahadDatu





LAHAD DATU: KENYATAAN MEDIA KPN

Pasukan keselamatan telah melancarkan tindakan 'offensive' terhadap kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada jam 7.00 pagi tadi. Operasi ini dilaksanakan oleh PDRM bersama pihak ATM.

Sejak operasi ini dimulakan sehingga kini, masih terdapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh. Ketika ini 'mopping up' dan penggeledahan sedang dijalankan. Bagaimanapun, jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh masih belum dapat disahkan dan setakat ini tidak ada kemalangan di pihak pasukan keselamatan.

Oleh itu semua pihak dinasihatkan agar tidak membuat andaian atau spekulasi tentang sebarang kehilangan nyawa memandangkan operasi ini masih lagi berjalan. Berita-berita yang tidak tepat boleh menjejaskan operasi ini.

Orang ramai tidak perlu bimbang kerana operasi ini hanya dilancarkan di Kampung Tanduo sahaja. Oleh itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak masuk ke kawasan operasi dan seterusnya menerima arahan dan mematuhi nasihat pihak polis yang bertugas di sekatan jalanraya yang menghala ke Kampung Tanduo.

UPDATE LAHAD DATU : PERISIK PENGGANAS SULU DIKENAL PASTI !! CELAKA LAHANAT !! #LahadDatu



Lelaki dalam foto ini sedang dikesan kedudukannya dipercayai bertindak sebagai penyokong & perisik Penceroboh Lahad Datu yang aktif mengawasi pergerakan pasukan keselamatan & maklumat-maklumat keselamatan berkaitan insiden di Sabah melalui media baru seperti facebook,twitter dll.

Semenjak insiden Lahad Datu dia telah banyak kali menukar nama Facebooknya & memadam gambar-gambar dirinya bersama senjata & latihan ketenteraan yang disertainya dari album fotonya.

Bantu pihak pasukan keselamatan dengan menyalurkan maklumat jika anda kenal,tahu atau ada mempunyai maklumat lokasinya atau orang-orang mencurigakan sepertinya.SUMBER

Hubungi IPK Sabah 088-253 555 atau sms Rakan Cop POLISSABAH [Maklumat Aduan ] hantar ke 32728 DAPAT.

UPDATE LAHAD DATU : MENTERI PERTAHANAN DAN MENTERI KDN BERSAMA PEJUANG-PEJUANG DI MEDAN PELURU TAK BERMATA ~ #LahadDatu









Monday, 4 March 2013

UPDATE OPS SULU : AGONG UCAP TAKZIAH


AGONG UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA PEGAWAI DAN ANGGOTA POLIS YANG TERKORBAN

KUALA LUMPUR, 4 Mac - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim
Muad''zam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia yang terkorban semasa menjalankan tugas mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Seri Paduka amat
berdukacita di atas kehilangan pahlawan negara tersebut.

Seri Paduka juga berdoa semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah.

Baginda juga berharap agar setiap ahli keluarga anggota yang terkorban supaya tenang serta tabah menghadapi ujian ini.

Dua anggota VAT 69 terkorban dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu pada 1Mac manakala enam anggota pasukan keselamatan terkorban setelah diserang hendap kumpulan penceroboh bersenjata di Semporna, Sabtu lepas. - BERNAMA

UPDATE OPS SULU : GAMBAR PENGGANAS SULU YANG DI PUKUL PENDUDUK MULA TERSEBAR !! #LahadDatu


Puluhan penduduk membelasah hingga mati seorang lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi.
Dalam insiden awal pagi ini, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam dan bersenjatakan M-16 turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, Semporna di sini.
Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata selepas melepaskan tembakan, lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa “saya yang menembak polis malam tadi”.
“Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang,” katanya yang turut berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan.
Abdul Hani berkata penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya. Beliau berkata lelaki itu dibelasah hingga mati dan mayatnya diletakkan berhampiran sebuah pokok di kampung itu.
Pesuruhjaya Sabah Datuk Hamza Taib pada sidang akhbarnya mengesahkan kejadian itu dan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, penceroboh menyelinap masuk ke kampung itu melalui jalan pantai.
“Penceroboh itu bersenjatakan M-16 dan membawa pelancar roket,” katanya sambil memberitahu bahawa siasatan mendapati lelaki itu berbangsa Sulu dan berumur dalam lingkungan 60-an.
Wartawan Bernama yang dalam perjalanan membuat liputan majlis perasmian jambatan baharu oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Kampung Nihak Nihak, pada 8.30 pagi iaitu 30 kilometer dari Kampung Senallang Lama, sempat melihat mayat lelaki itu dan mendapati kepala lelaki itu berlumuran darah.
Penduduk kelihatan mengemas beg pakaian mereka dan mengosongkan rumah mereka dengan membawa anggota keluarga, termasuk kanak-kanak dan wanita, untuk melarikan diri ke kawasan kampung lain.
Kebanyakan penduduk di kampung itu adalah petani dan pekebun ladang kelapa sawit. Kampung Sri Jaya Simunul terletak di pinggir bandar Semporna dan Kampung Senallang Lama pula kira-kira lima kilometer dari pekan itu.
Tinjauan Bernama di pekan Semporna hari ini mendapati pekan itu kini lengang apabila hampir semua premis perniagaan ditutup, termasuk tiga stesen minyak.
Pasar Awam Semporna yang biasanya begitu sibuk dengan peniaga dan pelanggan juga sepi apabila hanya kelihatan segelintir peniaga membuka gerai mereka, malah kaum nelayan juga tidak turun ke laut untuk menangkap ikan.
Sementara itu pelancong dari Republik Czech Jam Pesta, 67, yang bersama keluarganya merancang untuk bercuti ke Pulau Mabul berharap insiden pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan bersenjata yang tidak dikenali itu dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.
“Saya dapati Semporna mungkin antara destinasi pelancongan terbaik di dunia dan sudah tentu di kawasan Asia. Saya berharap insiden ini cepat berakhir,” katanya.
Beliau berkata rancangan percutiannya ke Pulau Mabul bersama isteri dan anggota keluarganya ditangguh ke tarikh yang belum ditentukan oleh agensi pelancongan.
“Saya sudah di sini selama dua hari. Sepatutnya esok saya dan isteri ke Pulau Mabul namun secara tiba-tiba ditangguh oleh agensi pelancongan,” katanya.
Sementara itu, beberapa penduduk Kampung Sri Jaya yang ditemui pula berkata hampir kesemua kira-kira 2,000 hingga 3,000 penduduk kampung itu telah meninggalkan rumah masing-masing.
Sementara itu, Perdana Menteri turut memuji tindakan berani penduduk kampung di Semporna yang menumpaskan seorang penceroboh yang dianggap beliau bukti penduduk setempat tidak bersetuju dengan kes pencerobohan di Lahad Datu. - Bernama

UPDATE OPS SULU :TERKINI KEADAAN DI KAMPUNG SRI JAYA SIMINUL, SEMPORNA DAN LAHAD DATU #LahadDatu


KEADAAN DI KAMPUNG SRI JAYA SIMINUL, SEMPORNA DAN LAHAD DATU TENANG


Semporna, 3 Mac - Suasana di Kampung Sri Jaya, Simunul dan
kawasan tertentu di sini kelihatan tenang malam ini selepas enam anggota polis terbunuh dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di perkampungan atas air itu, semalam.

Dalam kejadian itu, enam anggota kumpulan itu turut maut. Tinjauan Bernama mendapati laluan masuk ke perkampungan itu dan kawasan sekitarnya dikawal oleh anggota tentera dan polis.

Pasukan keselamatan juga menasihatkan penduduk, yang masih tinggal di perkampungan itu, supaya mengambil langkah berjaga-jaga.

Keadaan di bandar Semporna pula tetap aman dan terkawal meskipun ia agak lengang berbanding situasi biasa. Sementara itu, suasana di Lahad Datu juga dilaporkan tenang.

Dalam kejadian di Kampung Tanduo, Lahad Datu, pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan kumpulan penceroboh dari wilayah selatan Filipina yang dikepung sejak 9 Feb lepas, menyebabkan dua anggota polis dan 12 anggota kumpulan itu terbunuh.- BERNAMA

OPS SULU : VIDEO TERKINI OPS SELAMAT 19 ANGGOTA #LahadDatu




PERKEMBANGAN TERKINI 03 MAC 2013 (9.00 PM)

Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah semalam, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Hj Omar berkata enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas
air itu. Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira
7 malam, Tan Sri Ismail berkata polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.

Dalam sidang media kira-kira 9 malam ini di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu dihantar ke Hospital Semporna.


ENAM POLIS TERKORBAN, ENAM ANGGOTA PENGGANAS MATI #LahadDatu

ENAM POLIS TERKORBAN, ENAM ANGGOTA KUMPULAN BERSENJATA TERBUNUH DI SEMPORNA

LAHAD DATU, 3 Mac - Seorang lagi anggota polis terkorban dalam
serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah semalam, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas air itu.

Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira 7 malam, Ismail berkata polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.

Dalam sidang media kira-kira 9 malam ini di Felda Sahabat, Kampung
Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu di hantar ke Hospital Semporna.

"Identiti mangsa akan dimaklumkan kepada anggota keluarga terlebih dahulu sebelum dipaparkan di media sosial rasmi PDRM," katanya. - BERNAMA

UPDATE OPS SULU : SETELAH 22 KEMATIAN PENGGANAS SULTAN SULU MAHU BERUNDING #LahadDatu



Kesultanan Sulu Sedia Berunding, Mahu Tuntutan Ke Atas Sabah Diiktiraf


KUALA LUMPUR: Insiden keganasan di Sabah yang telah menyebabkan 22 kematian hanya akan tamat secara aman sekiranya Manila bersetuju dengan tuntutan pengikut Kiram yang mendakwa negeri utara Borneo itu adalah milik keturunan Sultan Sulu, lapor akhbar Filipina pada Ahad.

Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III berkata kepada Philippine Daily Inquirer/ beliau masih lagi membuka pintu rundingan dengan pentadbiran Aquino walaupun kerajaan Filipina itu menyebelahi kerajaan Malaysia.

"Rundingan masih belum terlambat kerana saya mengatakan semuanya masih terbuka," kata Jamalul dipetik media Filipina di kediamannya di sana petang Ahad.

Jamalul yang mendakwa beliau merupakan keturunan diraja Sulu yang memiliki negeri Borneo itu dilaporkan berkata keluarganya hanya menuntut tanah mereka di Sabah.

Adik kepada Jamalul, Agbimuddin Kiram, dilaporkan mengetuai sekumpulan lelaki bersenjata sekitar 100 hingga 200 orang telah menceroboh Lahad Datu, Sabah, pada 9 Februari dan berakhir dengan pertempuran dengan pihak berkuasa Malaysia di tiga kawasan.

Portal Borneo Insider pula dilaporkan berkata Agbimuddin pernah berkhidmat sebagai pembantu Pegawai Daerah Kudat ketika Tun Mustapha Harun menjadi Ketua Menteri Sabah.

Jamalul berkata kepada pemberita beliau pelik kenapa Filipina menyebelahi Malaysia.

“Kenapa tidak menyokong kami? Kami rakyat Filipina tetapi mereka menyokong Malaysia,” katanya.

Dia dilaporkan berkata penyokongnya menyeludup ke Sabah hanya mahukan penyelesaian terhadap tanah yang didakwa menjadi milik mereka.

"Ini bukan bahan jenaka. Ini masalah besar,” katanya kepada pemberita.

Jamalul berkata lagi bangsa Tausugs dan Filipina juga sedia mati untuk tujuan itu.

Sementara itu, anak perempuan Kiram, Jacel Kiram, dilaporkan berkata keluarganya mahu berjumpa dengan wakil dari Presiden Filipina, Presiden Benigno Aquino III, yang menjadi jurucakap kerajaan.

"Jika mereka serius, mereka patut duduk dan berbincang dengan kami tanpa melalui orang tengah.

“Ini isu nasional, malah isu antarabangsa. Kenapa tidak kerajaan berjumpa kami?," katanya.

Jacel turut menadikan laporan Filipina bahawa pentadbiran Aquino telah menghantar wakil untuk berbincang dengan keluarga berkenaan dan mereka bercakap dengan Mujiv Hataman, yang menjadi pegawai bertugas dalam Wilayah Autonomi Muslim Mindanao.

Dia turut menggesa pengikut keluarga berkenaan untuk bertenang dan tidak melepaskan kemarahan mereka kepada kerajaan Malaysia yang menganggap mereka di Sabah sebagai “musuh”.

Dia turut mengingatkan Muslim Filipina bahawa rakyat Malaysia di negara berkenaan juga bukan musuh.- MSTAR 

UPDATE OPS SULU : SEMBOYAN TELAH BERBUNYI , TENTERA AMBIL ALIH !! "HAPUSKAN MUSUH " #LahadDatu


Apj terbaca berita dari blog sahabat di KLIKSINI
Katanya lebih kurang begini :

Semboyan/perintah eksekutif telah dikeluarkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengambil alih sepenuhnya kekacauan di Sabah. Arahan yang dikeluarkan ialah''HAPUSKAN MUSUH!!''..
Ini bermakna perperangan telah tercetus. Semua musuh akan dibunuh. Tiada lagi belas kasihan kepada mereka. Semoga pejuang-pejuang kita berjaya.

Apj amat setuju jika musuh dihapuskan agar segalanya tamat dan Malaysia kembali aman damai - 



OPS SULU : KEDUDUKAN ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN DIPERKUKUH DAN BERSEDIA #LahadDatu





Lahad Datu, 3 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar
menegaskan bahawa keselamatan di Sabah terutama di tiga lokasi berlaku pencerobohan kumpulan bersenjata adalah terkawal.

"Saya juga telah memanggil Panglima Angkatan Tentera (Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin) untuk mengukuhkan kedudukan dengan mengambil kira apa yang berlaku di tiga lokasi itu.

"Mereka juga dalam keadaan bersedia untuk tindakan selanjutnya," katanya pada sidang akhbar di Residental Felda Sahabat kira-kira 130 kilometer dari sini.

Beliau merujuk kepada tiga situasi iaitu penahanan tiga anggota penceroboh yang cuba keluar dari kawasan kepungan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo, lima anggota polis mati ditembak di Kampung Seri Jaya Simunul di Semporna dan
laporan pencerobohan 10 lelaki di Kampung Lumalong dan Kampung Dasar Lama di Kunak.

Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah Zulkifeli, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Ismail meminta orang ramai agar jangan mempercayai khabar angin dan berita yang tidak disahkan oleh polis tentang apa yang berlaku di negeri ini.

Beliau berkata orang ramai tidak perlu membuat andaian melainkan disahkan pihak berkuasa terutama jika berdasarkan laporan di media sosial dan komunikasi lain.

Ismail sekali lagi menegaskan bahawa sehingga hari ini polis tidak pernah mengeluarkan perintah berkurung kepada penduduk di negeri ini.

Beliau turut memberi jaminan keselamatan kepada pelancong yang ingin datang ke negeri ini untuk bercuti. Sementara itu, Zulkifeli dalam sidang akhbar sama berkata penduduk di negeri
ini terutama masyarakat setempat di daerah ini tidak perlu bimbang kerana situasi adalah terkawal dan pihaknya berkerjasama rapat dengan polis dalam menangani situasi keselamatan.

"Saya dan Ketua Polis Negara telah merancang sesuatu dan kami boleh tangani situasi ini dengan kawalan keselamatan yang ketat," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya penduduk di daerah ini, Semporna dan Kunak menjalani kehidupan seperti biasa.

Zulkifeli berkata bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan mereka, dua lagi batalion tambahan tentera dihantar hari ini dan ditempatkan di beberapa kawasan di kawasan pantai timur negeri ini.- BERNAMA

Sunday, 3 March 2013

UPDATE LAHAD DATU : TENTERA SULU TAMBAH KEKUATAN DI LAHAD DATU ?? MENDARAT DI PANTAI SABAH ? #LahadDatu




Kejadian kedua ialah yang berlaku di daerah Kunak di mana maklumat diterima terdapat satu pendaratan penceroboh di antara Kg. Lormalong dan Kg. Dasar Lama. Seramai 10 orang disyaki orang asing, 3 daripadanya bersenjata dan kini bersembunyi di sebuah rumah. VAT 69 telah dihantar untuk "ground assesment" dan bertindak. - PDRM 

APJ : HARUS BERTINDAK CEPAT HAPUSKAN MUSUH 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...