sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label NUKLEAR. Show all posts
Showing posts with label NUKLEAR. Show all posts

Friday, 5 April 2013

PANAS !! HARI INI ATAU ESOK SERANGAN NUKLEAR TERHADAP US DAN KOREA SELATAN !!


SEOUL 4 April - Korea Utara, hari ini memberi amaran bahawa negara itu telah memberi kebenaran kepada pasukan tentera negara itu untuk melancarkan rancangan serangan nuklear ke atas sasaran di Amerika Syarikat (AS).

"Masa berlakunya letupan semakin hampir," kata tentera Korea Utara sambil memberi amaran bahawa perang boleh berlaku sama ada 'hari ini atau esok'.

Ancaman terbaharu Pyongyang itu dibuat ketika Washington berusaha meningkatkan pertahanan peluru berpandu negara itu di Pasifik dengan bersiap sedia menghantar pemintas dari darat ke Guam, selain menempatkan dua kapal pemusnah anti-peluru berpandu Aegis.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), kumpulan pegawai Tentera Rakyat Korea memberi amaran kepada Washington bahawa ancaman AS akan 'dibalas dengan pelbagai jenis serangan nuklear'.

"Operasi tentera tanpa belas kasihan bagi bertindak balas atas ancaman AS telah diteliti dan disahkan," kata kenyataan itu.

Sementara itu, Pentagon mendedahkan akan menghantar meriam pemintas peluru berpandu dari darat untuk melindungi pangkalan tentera AS di pulau Guam yang terletak kira-kira 3,380 kilometer ke tenggara Korea Utara.

Pangkalan tentera AS di Guam menempatkan 6,000 tentera AS, kapal selam serta pengebom.

Meriam itu akan melengkapkan sistem pertahanan peluru berpandu AS di rantau itu selepas dua kapal pemusnah antipeluru berpandu Aegis dihantar sebelum ini.

Terminal Pertahanan Kawasan Altitud tinggi (THAAD) adalah sistem pertahanan yang dipasang pada trak yang mampu mengesan peluru berpandu musuh dan pelancarnya serta melancarkan pemintas bagi memusnahkannya. - AFP


Beberapa orang anggota tentera Amerika Syarikat dari Batalion Kimia Ke-23, memakai pakaian perlindungan semasa mengadakan demonstrasi iRobot PackBot di Kem Stanley, utara Seoul, Korea Selatan, semalam. - AFP

Thursday, 4 April 2013

GEMPAR !!! KOREA UTARA LULUS SERANGAN NUKLEAR KE ATAS US



SEOUL 4 April - Tentera Korea Utara hari ini memaklumkan ia telah mendapat kelulusan akhir untuk melancarkan serangan ketenteraan ke atas Amerika Syarikat (AS) dengan kemungkinan menggunakan senjata nuklear.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), Ketua Turus Tentera Rakyat Korea (KPA) berkata, beliau secara rasmi telah memaklumkan kepada Washington bahawa ancaman AS akan 'dibalas dengan pelbagai jenis serangan nuklear'.

"Serangan tanpa belas kasihan daripada pasukan tentera revolusi kami ekoran ancaman AS telah diteliti dan disahkan," kata kenyataan itu. - AFP

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...