sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday, 26 April 2013

BICARA PRU13 : GANAS DAN PR UMPAMA KUKU DAN ISI !! #PRU13 #GE13 #TukarKedah



Belum pun seminggu kempen PRU-13 berlangsung, sudah berlaku beberapa siri provokasi yang menjurus kepada keganasan yang dilakukan oleh pihak tertentu, mungkin bermaksud untuk menimbulkan kekacauan dan menggugat ketenteraman awam.

Di Nibong Tebal, Pulau Pinang umpamanya satu majlis anjuran BN yang dihadiri 3,000 orang terganggu seketika apabila berlaku satu letupan yang mengakibatkan seorang petugas BN tercedera dan suasana menjadi kelam-kabut.

Manakala di Bakri, Johor pula dua orang penyokong DAP bertindak memecahkan cermin van milik parti itu, mungkin bertujuan untuk suasana kebencian terhadap BN. Bagaimana pun tindakan segera para petugas BN melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa membolehkan penjenayah itu ditangkap.

Seandainya kedua-dua pelaku berusia 18 dan 19 tahun itu gagal ditahan, nescaya keesokan harinya bertebaran cerita provokasi menyalahkan BN atas kejadian tersebut.

Sementara itu di Gua Musang, Kelantan pula seorang petugas sambilan RTM meninggal dunia, beberapa jam sebelum itu mangsa telah dipukul oleh seorang penyokong PAS. Di Kuantan, Pahang pula sebuah Bilik Gerakan BN telah di bakar manakala sebuah lagi Bilik gerakan BN di Sekinchan, Selangor dibaling dengan bom petrol.

Beberapa kejadian di atas memberi satu gambaran betapa tindak-tanduk ganas dan di luar norma kehidupan itu sedang diguna pakai oleh pihak tertentu dalam pakatan pembangkang, seperti sengaja untuk mencetuskan ketegangan menjelang PRU-13.

Seandainya keadaan ini gagal dikawal tak mustahil ia akan menimbulkan ketakutan di kalangan masyarakat yang akhirnya memberi kesan langsung yang boleh menjejaskan perjalanan kempen PRU-13.

Jika ia berterusan dan perasaan takut serta bimbang semakin menguasai rakyat, berkemungkinan peratusan keluar mengundi akan menurun dan senario begini akan memberi kelebihan besar kepada PR, sementara BN pula akan merasa bahang kekalahan.

Itu yang dikehendaki oleh segelintir perancang politik dalam PR, yang mana modus operandinya sama seperti mereka menjemput pengganas Sulu untuk menceroboh Lahad Datu, Sabah bertujuan untuk menggugat keyakinan khalayak terhadap kerajaan seterusnya meraih laba keuntungan dari ketakutan yang menguasai hati rakyat.

Tindak-tanduk ganas dan mencetuskan huru-hara sebegini sememangnya sudah sinonim dengan PR, apatah lagi ia tidak sukar dilakukan apabila mendapat dukungan kuat daripada para penyokong tegar yang rata-ratanya agak emosional dan mudah terangsang dengan kata-kata hasutan pemimpinnya.

Lihat sajalah apa yang berlaku ketika demonstrasi ganas Bersih 3.0 pada April 2012 di mana kereta peronda polis telah di serang dan diterbalikkan mengakibatkan seorang anggota polis mengalami kecederaan. Dalam demonstrasi yang sama juga, para penyokong PR sengaja merempuh halangan polis tanpa menghiraukan arahan Mahkamah.

Selang beberapa bulan kemudiannya, mereka melakukan pula aksi tunjuk punggung di Dataran Merdeka semasa sambutan Ambang Malam Merdeka sementara kelompok yang lain pula mengibarkan bendera rekaan sang saka rakyat bagi menggantikan Jalur Gemilang.

Ini semua jelas menunjukkan betapa kroniknya penyokong PR yang seakan telah sinonim dengan tindak-tanduk ganas dan sudah agak sebati dengan tingkah laku di luar norma kehidupan.

Golongan luar tabii sebegini sesungguhnya tidak layak dibiarkan untuk mengambil alih pemerintahan negara.

Namun di masa yang sama, percayalah pasukan keselamatan tidak akan sesekali berpeluk tubuh membiarkan keamanan yang sudah berdekad lamanya di kecapi ini hancur begitu sahaja.

Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia menyedari perkara ini dan memberi dukungan sepenuh jiwa raga kepada Kerajaan BN sambil mengambil langkah susulan dengan menjauhi diri dari PR demi kebaikan bersama.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive